Assalamualaikum wbt....
Lagi 2 hari sekolah akan kembali dibuka, namun bagi sesetengah pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada hujung tahun ini seperti UPSR, PMR, SPM, STPM dan sebagainya telah kembali ke sekolah masing-masing lebih awal lagi. Ini adalah kerana sekolah mempunyai pelbagai aktiviti akademik sepanjang musim cuti ini seperti, kelas tambahan, kem mata pelajaran, teknik menjawab, program motivasi dan lain-lain lagi.
Kelihatan sebahagian daripada 135 pelajar SMAASZA sedang mengikuti Program Teknik Menjawab Matematik PMR 2010.
Walaupun slot ini hanya memakan masa 2 jam, tetapi pelbagai input yang saya sampaikan kepada mereka mengenengahkan konsep Matematik keseluruhan tajuk-tajuk ulangkaji Ting 1 dan 2 , termasuk juga sebahagian tajuk Ting 3.
Begitu juga dengan para guru, jika pelajar sibuk mengikuti pelbagai program, sudah pasti ianya diterajui oleh guru-guru. Jadi tugas guru berterusan tidak mengira musim cuti persekolahan atau sebaliknya. Ia memerlukan pengorbanan yang sesungguhnya demi melihat anak murid mereka mencapai kecemerlangan sepertimana yang diharapkan.
Begitu juga dengan saya, setiap tahun bila selesai sahaja 3 bulan pertama persekolahan akan mula mendapat jemputan sesi ceramah teknik menjawab Matematik PMR. Hari ini saya berpeluang bersama-sama dengan pelajar-pelajar ting 3 SM Imtiaz, Kuala Terengganu (dulunya dikenali sebagai KOSPINT). Mereka adalah pelajar cemerlang, terima kasih kepada anak pelajar sekelian kerana telah memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi tersebut. InsyaAllah anda semua akan mendapat A dalam Matematik khususnya dan cemerlang dengan Straight A dalam PMR 2010. InsyaAllah.............
Dan pada malam ini, jam 8.00 hingga 10.00 malam nanti saya akan bertemu semula dengan 135 orang pelajar kesayangan saya iaitu pelajar ting 3 SMAASZA 2010 dalam program yang sama. Kamu semua adalah menjadi harapan ibubapa dan kebanggaan sekolah... Berusahalah dengan gigih, insyaAllah kamu semua akan mendapat straight 9A dalam PMR 2010...........Amin.