Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

22 November 2011

Jambori Pengakap 2011

Sekarang berlangsung Karnival Jambori Pengakap Malaysia dan Antarabangsa Terengganu 2011 bertempat di Kem Askar di Telaga Batin, pantai Teluk Ketapang , Kuala Terenggaunu.
Di sini saya paparkan serba sedikit aktiviti yang saya sempat rakam sempena jambori tersebut semasa saya bertugas di sana. Karnival jambori ini berlangsung selama seminggu sejak Ahad lalu dan akan berakhir esuk, Jumaat 25 NOv 2011.



Seni ukiran yang ditunjukkan di galeri pameran sungguh unik dan indah sekali.

Barangan bercorak batik juga turut dipamerkan



Menenun kain

Batik lukisan tangan

Kontinjen dari Johor

Cuaca mendung dan diselangi hujan lebat tidak mengganggu aktiviti yang telah dijadualkan.

Berteduh di bawah khemah sementara hujan berhenti...

Anak-anak buahku yang bertuah yang dapat menyertai perkhemahan ini.

Suasana pantai Teluk Ketapang yang indah dan sejuk mata memandang menggamit pengunjung datang makan-makan dan bersantai bersama keluarga sambil menikmati makanan yang dijual digerai2 yang terletak di luar tapak kawasn ditepi pantai.

Gerai burger ini terletak didalam kawasan tapak perkhemahan...

Hujan menyebabkan para peserta berasak melakukan aktiviti di bawah khemah, walau apa pun ia berjaya dilaksanakan sebagimana yang dirancang.



Kehidupan berkhemah, memang akan mengalami kesukaran dan kepayahan. Manakan boleh selesa seperti di rumah. Ada peserta yang tidak tahan lasak dan manja akan menelefon ibu bapa meminta apa2 keperluan dihantar kepadanya. "Kalau tak tahan tak payah datang berkhemah, duduk saja kat rumah, lagi sedap", itulah antara yang dirungutkan oleh seoarang petugas. Betul juga katanya , kan?



Aktiviti luncur........peserta akan turun dari tempat tinggi lebih kurang 100 meter, dengan tali diikat pada badan. ehhh, tak tahu lah pulak nama apa aktiviti ni. saja saya sebut luncur..heeehhhe.


Kraf daun kelapa....

Gajet

Santai dan kelihatan ceria

Pelbagai bangsa dari pelbagai negara

Rakan guru yang bertugas sebagai pelapor untuk dokumentasi........cergas.