Kawan-kawan seperjuangan ku yang sporting dan menghiburkan..
Walaupun sekolah sudah mula bercuti namun banyak kerja-kerja sekolah yang mesti disiapkan, termasuk membuat laporan semua aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun. Rutin, begitu lah kehidupan seorang guru, sentiasa sibuk dari awal tahun hingga ke penghujungnya.
Malah disepanjang cuti persekolahan akhir tahun ini juga sebahagian guru terpaksa berkorban masa menjadi pengawas peperiksaan awam seperti SPM, STPM, STAM dan seumpamanya. Dan sebahagian lagi pula menjadi pemeriksa kepada peperiksaan sebaik sahaja peperiksaan tersebut berakhir. Tetapi kami tetap senyum, ceria dan sedia bertugas...

Guru-guru sentiasa berbincang untuk melaksanakan sesuatu tugas.
Begitu juga dengan program sekolah yang belum berakhir seperti menjadi guru pengiring apabila sekolah mengadakan lawatan sambil belajar dibawah unit atau badan-badan tertentu serta aktiviti kokurikulum yang sebahagiannya diteruskan sehingga ke bulan Disember. Pada minggu ini diadakan Jambori Pengakap di Kem Askar, Telaga Batin, Kuala Terengganu, dimana guru-guru diberi tugas memantau aktiviti pelajar secara berjadual mengikut giliran masing-masing. Pendek kata guru-guru tidak boleh pergi bercuti sesuka hati, kena rancang betul2 agar tidak bertembung dengan program-program tersebut.

Pada minggu hari-hari terakhir sekolah, walau sesibuk mana pun, kami guru-guru sempat juga berpakat buat "potluck" beramai-ramai, hahahha, acara yang tidak rasmi. Saja, untuk suka-suka. Masing-masing dapat menjamu selera dengan makanan yang dibawa. Sungguh meriah , dengan beraneka jenis makanan. Nampaknya ikatan ukhuwah juga dapat pupuk dikalangan guru-guru.
Sira labu kuning
Sedaaaap, ini sira labu kuning, manis bersari. Awas, bagi yang mengidap diabetis. Tapi nampaknya semua orang makan. Untuk hari ni saja, semua langgar pantang. Hahahhhaaaa. Terima kasih Cg Asmida dengan sira labu yang special ini.
pelbagai hidangan yang enak-enak
Antara hidangan kami, nasi kunyit atau pulut kuning, kek, mee dan banyak lagi kueh mueh. Tak tersenarai. Hmmm sedap sungguh.
Makan karipap je ke?
PK HEM kami, PN Zalina Hassan, nak makan pun masih bersama memo untuk disampaikan kepada guru-guru. Cepat bertindak dan prihatin dengan masalah pelajar.

Tuppeware, o tupperware....
Set Tupperware, hadiah hari jadi untukku, tangggal 15 NOV 2011 yang ke ,,,,,,,,,hahaha. Terima kasih kawan-kawan atas ingatan anda semua.Tau-tau saja yang menjadi kegemaranku.
Bergambar kenangan dengan PK Akademik, Pn Hajjah Rakiah bt Tengah dan rakan2 yang lain.

Kereta kuda yang dihias cantik...
Satu peristiwa yang menjadi kenangan terindah kepada saya ialah diberi peluang menjadi pemandu kereta kuda. Kebetulan pada hari itu ialah hari persaraan seorang rakan kami, Cikgu Wan Norhidayah. Beliau diarak menaiki kereta kuda ini sebelum punch kad terakhirnya pada hari itu. Selepas ni susah juga ye, nak jadi tukang bawa kereta kuda ni, hahhaha.
Cikgu Wan Norhidayah bt Wan Abdullah
Cikgu Wan Norhidayah sedang "punch card" kali terakhir pada hari persaraannya. Jasa mu dikenang. Panggilan 'cikgu' akan tersebut dibibir selagi hayat dikandung badan. Seorang guru yang lemah lembut dan penyayang sudah pasti menjadi kenangan abadi dikalangan anak muridnya. Semoga ceria dan diberi kesihatan yang baik dalam meniti hari-hari yang mendatang.

Ini pokok orkid kesayangan ku. Sebelum terkulai layu ditelan masa, ku abadikannya dalam gambar. Pada musim cuti sekolah , adalah sedikit masa terluang untuk berkebun. Tapi sekarang ini dah masuk musim tengkujuh, aktiviti siram menyiram pokok dibuat jarang-jarang sekali sahaja atau tiada langsung. Pokok2 pun tak suka mandi pada musim hujan, sejuk nnggeee , katanya.