Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

13 March 2010

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI......

Antara tempat menarik di Terengganu untuk anda menghabiskan masa cuti bersama keluarga
Assalamualaikum semua,

Nampaknya cuti sekolah datang lagi...tak sedar rasanya. Cepatnya masa berlalu. Terasa baru lagi kita bercuti panjang akhir tahun, cuti Tahun Baru Cina dan tup-tup sekarang cuti lagi. Bagi para pelajar dan guru SMA Terengganu mereka mula bercuti pada 14hb Mac 2010 kerana 3 hari sebelumnya telah diadakan Kejohanan Sukan MASMAT ke 40.

Musim sukan sudah berakhir, namun begitu kepada pelajar yang dilihat berkeupayaan dalam permainan tertentu akan mara lagi keperingkat mewakili negeri untuk acara sukan seterusnya, seperti SUKMA. Namun bagi pelajar yang berketrampilan harus tahu membahagi masa antara aktiviti kokurikulum dengan prestasi pembelajaran mereka. Perjuangan perlu diteruskan.

Betapa sibuknya golongan guru / pendidik sekarang ni ye. Tiap saat mengejar waktu, terlalu banyak sangat perkara yang hendak dibereskan , terlalu banyak sangat yang dituntut daripada kita. Prestasi akademik sekolah harus dijaga. Potensi pelajar harus dicungkil dan diperkembangkan. Disiplin pelajar harus diawasi sentiasa dan sikap positif serta nilai-nilai murni harus ditanam ke dalam diri pelajar. Ini adalah tanggungjawab kita sebagi pendidik. Semua itu adalah cabaran.

Bagi sekolah saya SMAASZA, terutama bagi kelas-kelas peepriksaan iaitu pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5, mereka akan datang semula ke sekolah pada hari Rabu / Khamis kerana Kem Mata Pelajaran akan bermula pada Hari Khamis 18hb Mac 2010. Ini bermakna mereka bercuti hanya 4 hari sahaja. Ini lah pengorbanan yang mereka harus hadapi dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan masing-masing. Namun bagi pelajar yang bijak akan bersyukur dengan program yang telah dirancang untuk mereka dan menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya untuk belajar, mengulangkaji dan membuat latihan pengukuhan kendiri.

Seperti biasa dikala musim cuti begini, rakyat Malaysia akan mengambil kesempatan mengadakan majlis perkahwinan, majlis kesyukuran dan sebagainya. Saya sendiri mendapat 8 kad undangan perkahwinan yang harus diraikan...he, he, he, tiap-tiap hari nampaknya makan nasi minyak minggu ni. Walau apa pun kesihatan perlu dijaga....terutama yang menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis. AWAS!

Selain daripada berkumpul bersama keluarga untuk meraikan majlis perkahwinan, ada juga ibu bapa yang merancang cuti sekolah dengan membawa anak-anak mereka ke tempat-tempai peranginan yang indah di dalam negara kita. Walau apa pun aktiviti yang dilakukan adalah untuk menghabiskan masa cuti bersama keluarga disamping dapat mengeratkan hubungan kasih sayang antara ahli dalam keluarga.

"SELAMAT BERCUTI"

TAHUKAH ANDA? SEDARKAH ANDA?



Doctors may be over treating patients


A spate of recent reports suggests that many Americans get unnecessary tests and procedures. The reasons

• New blood pressure study • Advances in heart health

10 questions for doctors

1. Scenario: Back Pain and Joint Pain
Question: Besides arthritis or injury, what could be causing my back pain or joint pain?

2. Scenario: Severe Headache
Question: This is the worst headache of my life—could it possibly be an aneurysm?

3. Scenario: Flu
Question: I’m still feeling terrible. Considering my medical history, what else could be wrong with me?

4. Scenario: Breast Cancer
Question: Can I have an ultrasound even through my mammogram was negative?

5. Scenario: Chest Pain
Question: Am I having a heart attack? Let’s not wait—can we please be sure and ‘draw the enzymes’?

6. Scenario: Stroke
Question: Could my mother be having a stroke? What about giving clot-busting drugs right now?

7. Scenario: Childbirth
Question: Which types of doctors are always physically present in my hospital, in care of me and my baby in an emergency?

8. Scenario: Abdominal Pain
Question: Should I have an abdominal CT scan or other tests before going to the OR?

9. Scenario: Child’s Head Trauma
Question: Could a head injury or trauma account for my symptoms?

10. Scenario: Macular Degeneration
Question: Can the new medications I’ve heard about, Lucentis and Avastin, apply to me?


MAJLIS PENUTUP MASMAT KE 40

Kelihatan para peserta memenuhi Dewan Fikri SMAASZA untuk Majlis penyampaian hadiah dalam majlis penutup.


Hari ini Sabtu, 13 Mac berakhirlah Kejohanan Masmat kali ke 40 setelah 3 hari berkampung di SMAASZA. Tahniah kepada Atlit dari SMA Marang yang menjuarai keseluruhan permainan kategori Lelaki , manakala SM Imtiaz Kuala Berang telah menjadi Johan Kategori Perempuan. Shabas!
Kepada pasukan sekolah lain diharap jangan berputus asa dan cuba lagi di masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada para peserta kerana bermain dengan penuh muhibbah dengan semangat kesukanan yang tinggi. Majulah sukan untuk MASMAT.


Majlis diserikan lagi dengan ucapan daripada Yang Berbahagia Tuan Hj Razali b Salleh selaku Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Terengganu, Bahagian Pendidikan.

Inilah dia Piala Pusingan Kategori Lelaki dan Perempuan yang menjadi rebutan para peserta MASMAT.

Para peserta daripada SMA Marang bergambar kenangan dengan Pengetua mereka.

Tidak ketinggalan juga barisan guru-guru SMAASZA "berposing mesra" sambil menunggu ketibaan dif-dif Kehormat tiba untuk Majlis Penutup. Dari kiri, Pn Sh Aisyah, Pn Normaha, Pn Wan Norhidayah, Pn Rohani dan Puan Halimah.

Antara hadiah-hadiah yang disampaikan kepada pemenang

Sebahagian lagi peserta sedang berbaris didalam Dewan

Peserta daripada SM IMTIAZ

Johan Kategori Lelaki, SMA Marang, bergambar bersama Guru Pengurus Pasukan dan Pengetua . Tahniah!

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Dato' Abdul Rahin b Mohd Said diiringi oleh Tn Hj Razali b Salleh Perasmian Penutup disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Abdul Rahin bin Mohd Said. Exco Kerajaan Negeri Terengganu.



***Tahniah kepada Pegawai-pegawai JHEAT dan PK Koko SMAASZA Pn Zalina bt Hassan (he, he, he, walau tidak dapat hadir dalam majlis penutup ) yang telah berjaya mengendalikan perjalanan Kejohanan Sukan kali ke 40 ini, dan seterusnya kepada semua pihak Pengurusan dan guru-guru SMAASZA yang telah memberi sumbangan tenaga dan idea dalam usaha untuk menjayakan Kejohanan kali ini. Terima Kasih.*****