Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

12 April 2012

Besar-besar, Manis bersari.


Strawberry Samchon, South Korea.
Kami berpeluang melawat ladang strawberry semasa berkunjung ke Korea Selatan baru-baru ini dalam rangka lawatan kerja bermaklumat. Yuran masuk adalah KW10, 000.00 dan kita boleh mendapatkannya untuk dibawa balik dan makan seberapa banyak yang kita boleh.....
 Dalam"rumah hijau" di mana pokok stawberry ditanam di atas batas-batas yang panjang dan berbaris-baris. Kami sungguh teruja.  Walaupun boleh makan sebanyak mana pun, hahahaha, tp ikut muat bekas yang diberi dan ikut banyak mana perut kita boleh terima.
Menikmati memetik buah-buahan manis dan lazat ini dalam cuaca musim sejuk yang nyaman. Selepas seronok memetik strawberi, kami diberi peluang untuk merasai nya juga!.  .

Orang Korea ni kata muka saya macam salah seorang ahli keluarganya.....hahahaha. Jadi ada iras orang Korea jugak lah saya ni. Untuk mengambil hati masing-masing, kami sekadar bergambar untuk kenangan. Kelakar sangat.
Kami makan buah strawberry dengan sepuas2nya....maklumlah ia free kan. Lagi pun kat tempat kita agak mahal dan tidaklah manis seperti yang terdapat di sini.
Geram tengok buahnya yang berjuntaian......rasa nak ambil semua. Tapi apakan daya...
Tengok gaya para pegawai dan pengetua, tak ubah seperti budak2 sekolah, maklumlah mereka sangat gembira sekali. Mungkin lepas tension daripada tempat kerja kot, hahahahha.

Jangan tak tahu ye, ada antara kami yang kembung perut, sebab makan strawberry yang manis ini banyak sangat. Memang ralet makan, sebab manisnya bersari. hahahahhaa.
Strawberi Korea lain sikit dari strawbeery yang pernah saya rasa dan temui, ia adalah sangat besar dan manis! Memang sedap, dan tak puas makan!
Tuan Pesuruhjaya JHEAT dan isteri turu serta dalam rombongan kami. Beliau sagat prihatin
dan caring dengan anak buahnya.
Macam budak2 sekolah lagaknya, semua tempat bergambar untuk mengabadikan kenangan.
Bukan main lagi mereka berposing sambil makan strawberry...
Samchon
Pemandu pelancong kami yang fasih berbahasa Inggeris dan sentiasa ramah tamah serta pandai bergurau.
Mendengar taklimat....