Ikan siakap masak stim dan seafood sos tiram.
Musim-musim cuti begini kebanyakan masa saya memerap di rumah saja. Lagi pun baru saja balik dari Melaka dan Kuala Lumpur. Nak pergi makan angin lama-lama pun banyak halangannya. Salah satunya tak cukup korum, mana boleh pergi makan angin kalau tak cukup satu family, tak syok lah. Ada macam-macam hal. Tak dapat cuti lah, kena tanda kertas exam lah, dan yang paling penting, tak cukup ongkos dong! hehhehehehe. Lagi pun banyak undangan kenduri kawin yang saya patut penuhi disamping mesyuarat-mesyuarat persediaan untuk sesi 2012 sudah bermula.
Ha, hari ini apa kata kita sama-sama kongsi lauk untuk makan tengahari. Hari ni saya masak dua lauk, iaitu ikan siakap masak stim dan seafood masak sos tiram. Mudah saja. Kena cuba ni. hmmmm menyelerakan!

Ikan siakap masak stim
Bahan-bahan ( 4 orang makan )
- 1 ekor ikan siakap putih segar yg sederhana bsar
(ikan kerapu dan bawal putih jyga sedap, ye) - 5 ulas bwg putih ditumbuk
- 1 inci halia dihiris nipis
- 1 inci lengkuas dihirid nipis
- 1 sudu besar sos ikan
- 2 batang serai dipotong nipis atau diketuk
- 1 biji tomato dipotong dadu
- 1 labu bawang besar dimayang
- setangkai daun sup dipotong kecil-kecil
- 1 tangkai daun bawang dipotong kecil-kecil
- 1 biji cili merah dimayang
- 10 biji lada jarum(diketuk)
- 4 sudu besar air perahan limau nipis
- 4 sudu besar limau kasturi
- 5 sudu besar susu cair
- sedikit garam
- 1 mangkuk air
- 1/2 batang karot
- 1/3 biji bunga kobis
(semasa menghidangnya letak 2 helai daun limau purut di atasnya untuk mendapatkan lebih aromanya)
Cara memasak
Didihkan air di dalam kuali. Masukkan ikan, halia, bawang putih, cili api , serai dan lengkuas. Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, cili merah, karot, bunga kobis, . Kacau dengan rata. Masukkan susu cair, garam, dan tomato. Biarkan mendidih selama 2 minit. Tutup api, masukkan air perahan limau dan taburkan daun sup dan daun bawang. Tudung sekejap dan bolehlah dihidangkan.Seafood masak sos tiram
Bahan-bahan ( udang, sotong dan bebola ikan )
Bahan-bahan ( udang, sotong dan bebola ikan )
- 1/4 kilo udang
- 1/4 kilo sotong
- 12 biji bebola ikan digereng terlebih dahulu
Bahan tumis - 5 biji bawang kecil
- 3 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 1 labu bawang besar
Bahan perencah - 10 biji lada jarum
- 8 sudu besar sos tiram
- garam secukup rasa
- sedikit kicap manis
- sedkit asam jawa
- sedikit minyak untuk menumis
- sedikit ajinomoto (jika suka)
Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tumis seperti di atas. Bila wangi masukkan udang, sotong dan bebola serta semua bahan-bahan perencah satu persatu. Kacau sebati sehingga 7 -10 minit sehingga sotong dan udang empuk.hmmmm, sedap., jangan tak cuba tau!
Ha, ni dia lauk tengahari saya sekeluarga hari ini, ikan siakap putih masak stim, seafood masak sos tiram, ikan pekasam goreng, ulam timun dan sambal belacan. Elakkan gula yang berlebihan dalam masakan. (hehehhe, untuk peringatan diri sendiri)......hmmm, sedap hingga menjilat tangan. Saya juga menggunakan beras taj mahal faiza herba ponni yang kandungan kanjinya sedikit sahaja. (malah sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis juga)Alhamdulillah atas segala nikmatMU. Tiada apa yang membahagiakan hidup kita di dunia ini, melainkan diberiNYA kesihatan yang baik. Subhanallah!.