Bengkel ini juga memberi pendedahan cara-cara membina item, peraturan dan skima pemarkahan dan cara-cara menyediakan bahan bantu mengajar berbantukan komputer dan kaedah-kaedah asas dalam penyelesaian masalah dalam Matematik.
Kumpulan peserta guru adalah mereka yang sangat komited dan tekun sekali dalam masa mengikuti bengkel ini, disamping dapat bertukar-tukar pendapat serta pandangan untuk meningkatkan prestasi Matematik dikalangan murid masing-masing terutama dalam masalah memahami konsep asas Matematik.
Guru sentiasa berhadapan dengan pelagai masalah dalam P & P matematik, kenapa?
Pengajaran dan pembelajaran matematik seharusnya bermakna, berguna dan mencabar
untuk murid. Dengan ini ,murid akan melalui suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Oleh itu, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta minat murid. |
Guru-guru Matematik sebagai golongan yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar Matematik berdepan dengan pelbagai masalah pengajaran Matematik yang berbeza mengikut tahap murid. Lebih-lebih lagi untuk menangani masalah murid yang menduduki kelas-kelas peperiksaan yang pencapaian Matematiknya agak rendah. Hanya guru matematik sahaja yang dapat memahami masalah mereka, namun untuk menyelesaikan bukanlah satu usaha yang mudah. Tidak semua guru Matematik berjaya menanganinya.
Antara masalah yang biasa yang dikenalpasti ialah:
1. Murid tidak memberi fokus tentang apa yang diajar oleh guru
2. Murid tidak minat
3. Murid tidak membuat latihtubi/ homework yang diberi oleh guru.
4. Murid tidak berasa seronok belajar Matematik dan membosankan mereka.
5. Murid tidak memahami konsep asas Matematik.
6. Murid telah "setkan" dalam minda yang Matematik itu susah.
Walau betapa banyak masalah yang kita hadapi, yang mana kita sebagai guru tidak dapat menyelesaikannya, ia tetap akan berpunca daripada guru itu sendiri juga. Antaranya mungkin:
1. Guru tidak berjaya menarik perhatian dan minat murid.
2. Tidak ada kepelbagaian kaedah yang disampaikan oleh guru untuk pelbagai tahap murid..
3. Tiada bahan bantu mengajar yang menyokong pengajaran guru.
4. Tiada sesi pemulihan yang bersungguh-sungguh dikalangan murid maupun guru.
5. Guru gagal memecahkan kebuntuan murid bahawa sebenarnya Matematik itu mudah.
Kawalan guru dalam kelas ketika sesi P & P adalah sangat penting. Ada antara murid yang langsung tidak memahami konsep asas matematik sejak dari awal lagi tanpa ada pemulihan menyebabkan mereka gagal menguasai konsep asas nombor dalam Matematik. Mereka juga akan gagal menguasai kemahiran-kemahiran Matematik yang asas - tambah, tolak darab dan bahagi. Jika masalah ini tidak dikenalpasti dari awal dan tidak diambil tindakan sewajar, maka sangatlah sukar mereka untuk mereka menguasai Matematik apabila menduduki tahun peperiksaan.
Agaknya apa yang anda boleh lakukan jika didapati murid anda tidak minat dengan apa yang anda ajar? Sebagai seorang guru Matematik, murid yang tidak minat matematik adalah perkara biasa dan sering terdapat saban tahun. Kadangkala ia juga berkait dengan masalah yang diwarisi! Masalah genetik, otak kiri dan otak kanan yang berkait dengan pelbagai kecerdasan. Jika masalah ini ditambah pula dengan masalah kurang minat dan tidak minat, maka wujudlah golongan murid yan lemah dan tercicir dalam matapelajaran Matematik.........apakah langkah-lanagkah yang perlu diambil untuk mengatasinya?