Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

17 May 2011

Mantee ku 2 lelaki dan 4 perempuan..

Program Mentor - mantee ini ialah satu program yang berbentuk bimbingan dan sokongan secara lebih dekat antara seorang guru yang dinamakan mentor dan beberapa orang murid di bawahnya, iaitu 5-7 orang yang dinamakan mantee.

Ini mantee saya, 2 lelaki dan 4 perempuan. Kesemua mereka daripada tingkatan 3, tetapi mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza dan pencapaian akademik yang tidak sama tahap. Adalah diharapkan mereka akan bekerjasama dalam sebuah pasukan yang akan melengkapi antara satu sama lain.

Program ini terbukti keberkesanannya jika sekiranya mentor memainkan peranan masing-masing berasaskan konsep ambil berat, cakna dan kasih sayang serta rasa tanggungjawab yang terhadap mantee masing-masing.
Biasanya pertemuan antara mentor dengan mantee ini dilakukan 2 minggu sekali, atau kadang-kadang 1 bulan sekali mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sempena hari guru 16 Mei 2011 ini kami telah mengadakan satu pertemuan dengan agenda "sarapan pagi bersama".

Rasionalnya program ini wajar dilaksanakan sebagai satu usaha pihak sekolah bertujuan:
1. Meningkatkan prestasi akademik mereka dengan cara memberi nasihat, motivasi berterusan 2. Menunjuk ajar kaedah belajar yang betul secara lebih efektif.
3. Berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan di dalam satu team bagi merangsang budaya
belajar yang lebih baik.
4. Belajar dalam kumpulan adalah lebih baik berbanding dengan belajar secara individu.
5. Satu kaedah belajar berkesan ialah dengan mengajar orang lain.


Makan nasi lemak dan sedikit kueh muih...mantee saya berpakat membawa sebiji kek dan kami berbual2 sambil makan - salah satu terapi untuk mereka yang pendiam dan agak pasif dalam perbincangan,

Mantee juga digalakkan bertemu mentor jika ada apa kemusykilan dan tidak semestinya menunggu hari pertemuan rasmi. Kekangan masa yang padat tidak membolehkan pertemuan rasmi diadakan dengan lebih kerap. Memadai 1 atau 2 kali sebulan.

Unit disiplin boleh mengemukakan laporan kes disiplin kepada mentornya jika didapati mantee nya berbuat salahlaku dan terlibat dengan kes disiplin. Kerjasama dan kesepaduan dalam satu unit atau organisasi adalah sangat penting. Ini adalah selari dengan pendekatan "semua guru adalah guru disiplin". Jika semua pihak mengambil inisiatif untuk sama-sama mengembelingkan tenaga untuk meningkatkan prestasi pelajar dan membanteras kes disiplin, tentu sekali kerja yang bera tidak akan rasa terbeban.

Kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran sebenarnya bermula di rumah. Oleh itu ibu bapa harus memainkan peranan mereka untuk memantau persiapan serta proses pembelajaran anak masing-masing di rumah. Di sekolah para guru yang bertindak sebagai mentor akan memberi pengukuhan dalam aspek-aspek yang lebih berkaitan dengan peningkatan prestasi sahsiah dan akademik mereka.

Mentor perlu memupuk kerjasama dikalangan mantee, mempunyai matlamat yang jelas dan menyuntik ciri-ciri kepimpinan perlu disemai dikalangan mereka. Rasa tanggungjawab yang terbit daripada diri masing-masing menunjukkan impak yang positif, dan dibuktikan pada setiap kali pertemuan.
Makan kenyang2, nanti selepas ni, nak masuk sukaneka hari guru....

Kerjasama dan kasih sayang perlu dipupuk seperti adik beradik...

2 orang putera....agak pendiam, jarang bersuara.

Sejauh manakah objektif tercapai? Apakah rasionalnya itu akan menjadi nyata atau sebaliknya? Tanya pada hati, pada diri, dan perlu kreatif agar dapat membuat mereka berasa sangat penting berada dalam kumpulan, diperlukan oleh kawan dan dinanti oleh guru (mentor) nya. Bila tiga perkara ini tumbuh dalam diri mereka, insyaallah , objektif dan matlamat keberkesanan sistem mentor-mantee akan tercapai.

Program Akademik Membantu Prestasi Kecemerlangan Pelajar

Sedang menyampaikan ceramah dalam slot "answering techniques di SMA Setiu , Terengganu

Guru perlu ada strategi, pelajar perlukan strategi....

"PRACTICE MAKES PERFECT

Pelajar sedang mengikuti program dengan tekun.

Pembelajaran Matematik dalam apa bentuk sekali pun tidak akan berkesan jika tidak disusuli dengan latihtubi....do and ask, do and ask ..