Di ambang senja......ketika mendongak ke langit , mata terpukau melihat fenomina awan yang mengiringi perjalanan. Masa tu kami berhenti solat di sebuah stesen pam minyak. Gambar ini saya ambil di tempat yang sama di mana tempat saya berdiri. Cuma semasa snap gambar ni badan saya berpusing 360 darjah, untuk mendapatkan suasana dan pemandangan yang berbeza. Sungguh unik, ajaib dan indah lakaranMU yang Allah. Subhanallah, terpukau, tergamam, takut, teruja dan terkedu. CiptaanMU amat menginsafkan......
Seolah-olah jari jemari.........
Seakan sangat dekat mencecah pohon-pohon
Awan tebal yang beransur memecah....gambar diambil betul2 ketika kepala mendongak ke atas.
Mega-mega berserakan
Nun di kejauhan kelihatan bulan menggapai awan. Sungguh cantik.
Awan kelihatan berbalam, semakin kelam menjelang senja yang akan melabuhkan tirai siang.
Kebiruan, kemerahan bersatu dengan awan yang memutih...sungguh syahdu.
Sedang beransur-ansur menutup langit biru yang sentiasa menjadi latarbelakang awan yang berarak.
Kalau direnung lama2, seakan-akan satu lembaga hendak menerkam........ushhhh.
Tidak dapat ku bayangkan..
Tidak dapat ku bayangkan..
Terasa di atas sana ada sesuatu sedang bergelora
Seperti ombak menggila menghempas pantai
Mega ketika matahari terbenam...seperti sebuah lukisan, sungguh mengasyikkan.