Majlis ini juga turut dihadiri oelh pengetua sekolah dan pegawai-pegawai PPD dari seluruh daerah. Tetamu paling kehormat ialah EXCO Pendidikan Terengganu iaitu YB Tn Hj Razif b Ismail.
18 September 2011
Berhari raya di JPNT
Majlis ini juga turut dihadiri oelh pengetua sekolah dan pegawai-pegawai PPD dari seluruh daerah. Tetamu paling kehormat ialah EXCO Pendidikan Terengganu iaitu YB Tn Hj Razif b Ismail.
17 September 2011
Meehun soto ala2 NorishMuss
Mula2 kita rebus air seperiuk (sederhana) dan masukkkan didalamnya dengan 10 ulas bawang merah , 5 ulas bawang putih, 2 inci halia, (ditumbuk) 1 paket perencah sup, 1 paket sup bunjut, 1 keping asam keping. kemudian dimasukkan lagi lagi fishcake, kentang (potong dadu) dan fishball dibelah dua. Mauskkan lagi dengan garam , dan perasa secukup rasa.
Biarkan sehingga mendidih dan empuk. boleh lah dihidangkan dengan menabur sedikit daun sup dan bawang goreng.
01 September 2011
Menjelang raya...terlalu banyak dosa hambaMU ini.
Teringat zaman kanak-kanak dan remaja dahulu. Jauh sangat berbeza dengan apa yang dialami oleh kanak-kanak dan remaja zaman sekarang. Masa saya kecil dulu seminggu sebelum raya selepas solat terawih kami berarak keliling kampung sambil membawa tanglung yang dipasang lilin didalamnya. Malah ada antara kami yang memasang lilin pada tempurung yang dianggap sebagai pelita. Sekarang hanya tinggal kenangan,,,,,
Mereka kata tahun depan nak rileks, kena tempah lah juadah raya. Nanti kita tengok macam mana?
Dalam pada kita sibuk menyediakan juadah hari raya disamping pelbagai persiapan yang lain, hendaklah kita lebih mengutamakan ibadah kita terhadap Yang Maha Kuasa, Allah SWT, yang memberi kita segala nikmat dan rahmat didunia ini.
بسم الله الرحمن الرحيم
عن عبادة بن الصامت رضي الله عنه ، أن رسول الله صلّى الله عليه وسلّم قَالَ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَاْلأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ
Dari ‘Ubadah bin Shamit radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang melaksanakan shalat (pada) malam (hari raya) ‘Idhul Fithr dan ‘Idhul Adha, maka hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati (manusia).”
Yang dimaksudkan hati yang mati iaitu:
1) Hati yang tidak atau susah handak melaksanakan ajaran Islam (ibadah, syariat, iman dll)
Tapi apa yang dibahaskan oleh ulama secara terperinci lagi bekenaan hati yang mati ialah (ringkasan):
1) Hatinya mati iaitu : semasa Sakaratul maut seseorang itu tidak dapat mengucap, lebih teruk lagi apabila ia terpedaya dengan Syaitan dengan menafikan Lailahaillah.
2) Seseorang itu tidak dapat menjawab soalan Malaikat di Alam Barzakh.
- Tidak seperti Syaidina Umar r.a. Beliau dapat mengajukan balik soalan kepada malaikat yang bertanyakan dia semasa di alam barzakh. (ada sahabat nabi yang mendapat mimpi tersebut).
3) Semasa di hisab oleh Allah di akhirat kelak, seseorang itu akan terkedu dan membisu tidak berkata apa-apa dan berbuata apa-apa apabila disoal oleh Allah s.w.t.
Subhanallah! Terlalu banyak dosa hambaMU ini.
SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DENGAN GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERSIFAT SYAITAN .... nauzubillah.