Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

29 November 2011

Jalan-jalan.

Ada orang kata window shopping atau melihat2 sambil jamu mata , tapi tidak membeli ini ialah salah satu terapi juga untuk mengurangkan stress. Mungkin juga ada betulnya. Saya teruja melihat barangan yang cantik dan sedap mata memandang dan dalam masa yang sama hati saya tidak beria-ria untuk mendapatkannya, hanya berjalan-jalan menikmati suasana.

Satu info menjaga kesihatan jantung yang baik dan rutin patut dilakukan ialah seseorang itu perlu berjalan dalam 10,000 langkah satu hari. Haahahahaha, saya rasa kita boleh berjalan-jalan di pusat-pusat membeli-belah atau di mana saja yang kita suka sehingga boleh mencapai 50,ooo langkah. Dalam masa 15 minit sekurang2nya kita berjalan sebanyak 1000 langkah. Kalau tak percaya, cuba lakukan dan kira!. Heheheheh, cubalah. Sesekali boleh juga ganti aktiviti jongging dan rasa lebih seronok sambil menjamu mata.

Kata orang "menang membeli alah memakai", apa makna nya tu?. Bagi saya sesuatu yang saya suka tidak semestinya saya beli , jika tidak memenuhi keperluan atau sekadar memenuhi kehendak. Memang telah menjadi lumrah manusia suka yang mahal, cantik dan berjenama. Sepatutnya apabila berbelanja kita perlu ,mengukur baju di badan sendiri, iaitu mengikut keperluan dan kemampuan kita sahaja.

Kerusi rotan yang sangat saya berkenan dari dulu...tapi sampai sekarang tak beli-beli pun, hahahha. Mungkin buat masa ini bukan satu keperluan bagi saya.

Semalam saya menghabiskan masa lebih kurang 4 jam di IKEA, salah sebuah gedung membeli belah barangan keperluan rumah. Saya hanya membeli dua tiga barang yang saya berkenan saja. Yang selebihnya saya banyak berlegar-legar diruang display , showroom dan melihat-lihat apa-apa saja yang cantik di depan mata saya. Boleh merehatkan minda dan mengurangkan stress juga.

Botol air bercorak ini saya beli dengan harga RM11.00 dan gelas 1 set 6 biji RM19.90. Nampak unik kan?

Cuba bayangkan tetamu kita datang, nanti dihidangkan dengan set gelas dan botol ni, kelas gitu! hehehe, gurau je.
Selalunya saya membeli barang yang nampak cantik tetapi murah, hahahhaha. Bukan berkira, tapi hakikatnya biar berbaloi, jangan membazir. Tidak semestinya barang yang berjenama tu berkualiti tinggi. Kadang-kadang perlu melihat kepada keperluan dan bukannya mengikut kehendak semata-mata.

Barangan perabut yang kena pasang sendiri setelah membeli. Semuanya terdapat didalam kotak. Buy and carry... Adakah ianya Best Buy?

Pokok-pokok bunga dan pokok hiasan berdaun hijau pelbagai jenis juga dijual. Dalam bab pokok2 ni saya lebih suka membeli di luar, di kedai-kedai pokok dan juga di tapak semaian berbanding di dalam pusat membeli belah seperti ini, Bagaimanapun ia terpulang kepada diri masing-masing.

Barangan pinggan mangkuk daripada kaca, plastik dan damar tersusun rapi dengan pelbagai lapisan harga. Saya rasa semua golongan mampu membelinya.

Kalau nak diikutkan hati semua nak beli. Yang sedia tersimpan masih ada yang belum dipakai. Seronok juga kita menjamu mata. Tapi ada juga yang tersangkut.

Mug bertudung ini dijual dengan harga RM5.90 sebiji, nak buat ole2. Hahaha cukup untuk 4 orang.




Mangkuk transparent yang besar RM 9.90 dan yang kecil RM4.90. Berpatutan.

Pinggan hidangan bertingkat RM59.90

Yang ini pula termos. Harga nya cuma RM19.90 sebiji, mahal ke?

Saya beli juga termos ni sebiji dan diberikan sebagai cenderamata kepada ipar saya yang selalu suka jamu kami makan anak beranak, terima kasih daun keladi Mak Zu dan Pok Pi.


Barangan plastik sesuai untuk kanak-kanak. Set pinggan, mangkuk, gelas dan sudu/garfu semuanya berharga RM5.90 satu set.

Contoh kabinet dapur yang memikat hati saya...

Warna putih yang memukau....sejuk dan nyaman.


Set bilik tidur yang simple, sesuai untuk ruang bilik yang kecil.


Sofa yang warnanya ungu, sungguh menawan hati saya. Tapi apakan daya, tiada alasan kukuh yang menyebabkan saya kena beli, hhahhha.


Kalau lenguh-lenguh boleh berehat sekejap dan duduk rileks atas sofa yang di display untuk pelanggan.



Saya juga berkenan hiasan di ruangan ini, maka saya pun duduk2 lah rehat, hehehhe. Jomlah.

Setelah agak penat berjalan-jalan sambil bersantai-santai menjamu mata terasa lapar lah pulak. kami singgah makan sekejap tengahari di cafe berhampiran dan pulang......ok, rileks lah juga sesekali.......hmmmm.

Ketahui kah anda????
Terapi minda dan tubuh badan yang sihat ialah ketika kita solat.

"Bangunlah sembahyang dalam sepertiga malam dan bermunajatlah kepadaNYA dengan sesungguhnya" Insyaallah diwaktu siangnya nanti kita akan terasa lebih segar dan nikmat dalam melakukan aktiviti harian yang diredhoinya.....Mudah2an, Aminn.

Sayangi lah Keluarga

Bersama melakukan aktiviti keluarga.............memang seronok.

Keluarga bahagia, keluarga penyayang, keluarga harmonis, keluarga tauladan adalah impian semua orang. Tetapi adakah semuanya kesampaian? Pembentukan akhlak dan sahsiah seisi keluarga bermula daripada pembentukan peribadi yang dijana dalam sebuah rumahtangga yang terdidik dengan didikan agama dan nilai-nilai murni yang dipupuk oleh ibubapa.

Kadangkala walau dah dewasa dan berumahtangga mereka masih perlukan perhatian dan kasihsayang ibu bapa. Keluarga bahagia akan menyerlahkan kegembiraan ahli penghuninya. Saling mendoakan yang terbaik dan hidup penuh kasihsayang.

Sentiasa bersama dan saling berkunjung..


Sejak dari kecil lagi kanak-kanak akan memerhati perlakuan ibubapa dan orang-orang dewasa disekeliling persekitaran mereka. Nilai-nilai murni yang baik yang dipamerkan dan tingkah laku serta cara ibubapa mendidik akan menjadi ikutan dan tersemat di dalam diri mereka. Disinilah akan bermulanya pembentukan sahsiah dan etika anak-anak kita.

Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk anak-anak. Lebih-lebih lagi bila tiba musim cuti sekolah. Kanak-kanak yang masih kecil apatah lagi yang sedang di alam remaja akan terasa diri mereka dikasihi, dicakna dan dilindungi.

Ada sesetengah remaja akan menolong ibu bapa mereka bekerja untuk menambah pendapatan keluarga. Rasa tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa ini menunjukkan kasih sayang antara mereka telah terjalin.


Apabila dewasa kadangkala anak-anak akan cenderung melakukan aktiviti yang sudah terbiasa dilakukan semasa kecil bersama keluarga. Misalnya sejak kecil mereka suka menolong ibu bapa berniaga. Tidak mustahil minat mereka akan tumbuh dan menanam cita-cita untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bermula dari kecil-kecilan akan menjadi usahawan atau ahli perniagaan yang berjaya pada suatu hari kelak.

Alangkah gembiranya anak ini, apabila keluarga membawa ke padang permainan dan dapat bermain layang-layang kesukaannya.

Jiwa kanak-kanak sangat lembut dan mudah mengikut apa yang didorong kepadanya. Tanam lah sifat-sifat terpuji melalui "hidden curriculum" dengan pendidikan berteraskan agama. Melalui masa mereka akan belajar dan mengamalkannya dan akan amat susah untuk mendidik mereka jika ia sudah terjerumus kepada perkara yagn tidak diingini, seperti kata pepatah melayu, "kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya".

Amalan solat berjemaah sekeluarga perlu dilakukan selalu. Seorang lelaki yang menjadi seorang bapa adalah merupakan seorang ketua keluarga yang wajib membimbing isteri dan anak-anak ke jalan yang betul dan diredhai. Jika ini dapat dilaksanakan, insyaallah tidak akan wujud kepincangan dalam sesebuah keluarga itu. Pengetahuan dan amalan agama yng dibaja dan disemai pada anak2 akan melahirkan sebuah masyarakat yang hidup mengikut norma-norma kehidupan yang dituntut oleh agama. Sembahyang adalah tiang agama.

Seorang bapa sedang beriadah bersama anak. Suasana seperti ini seharusnya boleh diamalkan dalam sesebuah keluarga untuk menambat kasih sayang dan hubungan antara ahli dalam sesebuah rumahtangga atau keluarga kian bertambah erat.

Perjumpaan ahli keluarga tidak semestinya berlaku di rumah. Kita boleh saja melakukan di luar seperti di taman rekreasi, padang permainan atau kawasan yang disediakan untuk jogging dan sebagainya. Sangat seronok dan membahagiakan, terutama bagi kanak-kanak.



Berkelah, salah satu acara keluarga boleh dilakukan sekurang2nya 1 bulan sekali. Sesekali dengan makan-makan di tepi sungai , tasik, pantai, hutan lipur, dan kaki-kaki bukit yang pemandangannya indah memang menyelerakan. Kasih sayang keluarga menjadi semakin bertambah.

Sekarang zaman IT, kadang-kadang terdapat dalam sesebuah keluarga itu mempunyai 1 buah laptop untuk 1 orang, wahhh...apalagi masing2 dalam bilik masing2 dengan facebook, twitter, games dan entah apa2 lagi.
Ibu bapa perlu memantau kegiatan anak-anak walau di dalam rumah sendiri. Apatah lagi jika anak-anak keluar rumah hingga jauh malam tanpa pengawasan yang teliti. Di luar sana terdapat bermacam-macam perkara yang boleh menjerumuskan anak-anak ke lembah yang tidak sihat. Sayangilah diri sendiri, sayangilah keluarga kita. Insyaallah mendapat keberkatan sebagai pemimpin kepada anak-anak iaitu amanah Allah SWT kepada kita semua.



Cuti-Cuti 1 Melaka

Melaka Bandaraya Bersejarah. Memang sesuai sangat dengan gelaran yang diberi. Khazanah tinggalan itu telah dijaga rapi dan menjadi bahan sejarah yang tidak ternilai. Apatah lagi orang-orang Melaka sendiri sangat kreatif dan inovatif dalam usaha menarik minat pelancong melancong ke Melaka.

Menara Taming Sari : (Pandangan dari bawah)
Tower Specifications
Tower Name : Menara Taming Sari (360 degree viewing tower)
Cost : RM 24 million together with support building (Melaka house)
Height : 110 meter
Passenger Capacity : 66 passengers
Technology : Switzerland
Ride Duration : 7 Minutes
Ticket Price : RM20.00 (Adult) RM10.00 (Children) (Special Discount for Mykad Holder)
Operation Hour : 10.00 am to 10.00 pm – Daily
Menara Taming Sari. Nama ini diberi sempena nama keris yang digunakan oleh Hang Tuah pada zaman kegemilangannya. Cuba kita lihat bagaimana mereka mengabadikan sejarah keris yang mempunyai keunikan tersendiri dengan menggamit orang ramai dan pelancong yang berkunjung dengan pembinaan menara ini.

Teruja melihat keindagan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St Paul,Dataran Pahlawan, Sg Melaka dan Selat Melaka.

Panorama keseluruhan negeri Melaka ini dapat dilihat setinggi 80 meter. Pada saya ia seolah-olah kita sedang menaiki sebuah lif yang berpusing 360 darjah di dalam sebuah balang kaca yang lutsinar......rasa kecut jugak perut, grrrhhhh. Walaupun pada masa naik dan turun ia hanya memakan masa lebih kurang 7 hingga 10 minit sahaja, ini sudah cukup menjadikan kenangan dan pengalaman ini tidak akan dilupakan.


Pusat maklumat sejarah negeri Melaka
Kedai yang juga menjual barangan cenderamata masih berkonsepkan bangunan tinggalan penjajah untuk menarik minat pengunjung.

A Famosa
Ini ialah sebuah kubu yang dibina oleh buruh paksa yang dikerah oleh oarng Poutugis setelah menawan Melaka. Penjajah Portugis juga menjadikannya sebagai tempat aktiviti orang-orang kristian seperti beribadat, gereja , biara dan hospital.

Salah satu pengangkutan yang digunakam di zaman itu : kereta lembu turut dipamerkan

Menaiki boat, Melacca River Cruise yang membolekan kami melihat perkampungan dan tempat-tempat menarik di tepi Sungai Melaka. Kami dibawa selama 45 minit dengan kadar bayaran RM10 bagi orang dewasa dan RM5.00 seorang bagi kanak-kanak.

Kampung Morten senuah kampung yang terdiri daripada 100 buah rumah yang dibiayai oelh Kerajaan Negeri Melaka. Generasi yang tinggal di sini adalah generasi ke 3, tinggalan warisan.


Mary Go Round, roller coaster ini masih dalam pembinaan. Salah satu usaha untuk menarik keluarga berhibur dan bercuti terutamanya dimusim cuti sekolah.

Kelihatan dalam gambar sepasang pengantin sedang menjalani Outdoor shooting untuk majlis perkahwinan di sepanjang Sungai Melaka.

Pemandangan yng cantik. Kelihatan pokok melaka di kejauhan yang ditanam disepanjang tebing Sungai Melaka. Menurut pemandu pelancong (pemandu bot) buah melaka bentuknya bulat seperti buah cermai dan rasanya masam kelat. Tetapi akan terasa manisnya bila setelah memakannya disuusli dengan minum air. Boleh dijadikan sebagai penawar darah tinggi dan kencing manis, Daunnya pula seperti daun pokok asam jawa.

Teruja melihat awan yang menghiasi langit. Teringat kebesaranMU sang Pencipta. Subhanallah!

Bot kami yang bertembung dan berselilsih dang penumpang lain...terasa meriah.


Kereta perisai

Bas yang membawa pelancong...

Beca yang dihiasi dengan bunga-bungan yang berwarna warni sentiasa bersedia membawa pengunjung ke tempat-tempat bersejarah, di sekitar bandar Melaka. Bayarannya ialah RM20 untuk setiap buah beca dengan 2 orang penumpang. Temponya ialah 30 minit.


Kubu pertahanan penjajaj......Portugis dan Belanda.

Kincir air yang menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia apabila berkunjung ke sini.

Di atas kapal Samudera.

Bergambar kenangan dengan berlatrbelakangkan awan yang seolah-olah memberitahu keagungan tuhan, dan kekuasaanMU tidak terjangkau oleh akal dan minda manusia. Allahuakbar!


Setelah penat dan perut mula berkeroncong, kami singgah direstauran yang menyediakan sajian makan laut dan masakan asam pedas yang memang sudah terkenal dengan keenakannya.