Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

14 February 2012

Lempeng Nyor



Lempeng nyor memang sedap. Saya teringat masa kecik2 dulu mak saya selalu buat masak lempeng nyor ni. Ayah sangat suka lempeng nyor. Bahan-bahan yang digunakan juga murah dan mudah didapati. Makanan  tradisuional yang enak dan lazat!

Tapi ramai juga saya dapati antara kawan-kawan yang malu nak bawa bekal lempeng nyor ke sekolah, maklumlah kononnya makanan yang out of date. Tapi bila makanan ini sekarang sudah dikomersialkan ramai pulak yang membelinya, dan malah memilih manu ini untuk menjamu selera di restoran-restoran yang yang ada menyediakannya.......alahai.
Anda nak cuba sendiri memasaknya? senang saja tau! hahaha;

1 mangkuk gandum
1 mangkuk nyor muda ,
(separuh diblend halus dan separuh lagi diblend kasar)
secawan air kelapa muda
secawan air sejuk
sedikit gula dan garam

semua bahan diatas digaul sebati dan digoreng dalam kuali tanpa minyak
(lihat gambar di atas)

Bila sudah masak dan warna kekuningan, boleh lah diangkat dan dihidangkan.
 
Hah, ini pula kuahnya.......kari ayam norishmuss.

1 /2 ekur ayam dipotong kecil
1 paket serbuk kari peladang (kari ayam/daging)
2 biji ubi kentang dipotong dadu.
Bahan kisar
2 ini halia
inci lengkuas
3 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 tangkai daun kari
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 ini kulit kayu manis
2 sudu besar chili boh
1 keping asam gelugur
minyak untuk menumis
1 cawan santan
sedikit garam, gula dan serbuk perasa.

Tumis bahan kisar dengan minyak dan masukkan bahan satu persatu. Kacau sebati sehingga ayam dan ubi kentang empuk. Masukkan santan dan lain2 bahan sehingga masak.


Lempeng dan kuah kari sudah siap untuk dibawa ke sekolah.....sedap dimakan bersama kawan-kawan. hahahahaha, siapa yang tak makan, rugi tau!

Lempeng nyor dan kuah kari ayam norishmuss. Namun ada juga yang suka makan lempeng nyor ini dengan mencicahkan dengan gula sahaja. Masing-masing selera. Hmmm, memang sedap.