Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

10 November 2013

Kerana Minat

Anakku berniaga di warung.....

Mereka ada ijazah, namun tidak memohon untuk bekerja di jabatan kerajaan. Bekerja dengan pihak Swasta tak sampai setahun berhenti, kerana boring, tidak selesa dan sebagainya. Rupanya minat kerja sendiri, berdikari dan ingin mencuba sesuatu yang biasa sahaja tetapi mencabar dari segi persaingan.

Anakku dan suami di gerainya
Tidak bercita-cita terlalu tinggi, tapi inginkan kehidupan yang selesa dan cukup serba serbi , mereka mengambil keputusan berniaga di warung. Pada peringkat permulaannya hanya beroperasi untuk makan pagi sahaja dengan 6 menu yang tetap disamping lain-lain makanan. 6 menu tersebuat ialah, lontong, nasi lemak, pulut nyor, mee kari , mee goreng dan nasi impit kuah kacang. Semua nya dimasak sendiri seawal jam 5 pagi dan mulakan perniagaan jam 7 pagi.
Makanan lain juga disediakan, seperti popiya goreng, kerpok lekor goreng, dan karipap disamping kueh mueh yang lain.

Sambutan memang menggalakkan dan sudah ada pelanggan nya yang tersendiri.
Pulangan pendapatan nya jauh lebih lumayan berbanding dengan pendapatan semasa bekerja dengan pihak swasta dulu. Ini merupakan daya motivasi yang diterima yang menguatkan semanagt mereka untuk lebih berusaha dengan lebih giat lagi.

Antara pelanggan yang datang
 Konsep yang diterapkan ialah mementingkan, rasa yang sedap, layanan yang mesra pelnggan, keceriaan suasana dan kebersihan yang boleh menggamit pelanggan untuk berkunjung, katanya. Tetapi sejauh mana dipraktiskannya tidak ku kenalpasti kerana aku sendiri jarang ke warung nya dek sibuk dengan tugas sendiri yang banyak dan memerlukan komitmen yang tinggi. In shaa Allah , benar bagai dikata dan menjadi kenyataan.

Hati pelanggan harus dijaga
Semoga perniagaan yang baru saja menapak ini akan terus berkembang maju dan menjadi satu titik tolak sebagai satu kerjaya yang boleh menjadi tunjang kepada pendapatan mereka.
Semua pekerjaan perlukan ilmu untuk melaksanakannya. Jadi perlu belajar selok belok yang berkaitan. Kena bersungguh-sungguh, jangan main-main atau buat ala kadar.

Teringat kata-kata seorang bapa saudara,
"ala kerja warung sarapan makan pagi je, belajar tinggi2 buat apa, kalau hanya mampu buat kerja yang mampu dilakukan oleh mereka yang berkelulusan SPM saja".......
Mereka hanya tersenyum saja. Mungkin menjadi suntikan motivasi dan dorongan yang tinggi baginya.
Sebagaimana, sabda Nabi SAW, "sebaik-baik pekerjaan ialah berniaga"

Wallahua'lam.