Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

18 August 2011

Bila dapat bonus....

Alhamdulillah , semua kakitangan dapat bonus raya separuh daripada gaji pokok masing-masing. Lain orang, lain cara mereka membelanjakan rezeki yang diperoleh itu. Ada yang suka membeli belah, ada juga guna untuk bayar hutang, dan hehehe, tak lepas juga kepada yang tebus semula barang kemas yang digadai. ooops ada ke? ada. Mungkin juga ada yang suka simpan saja duit tu untuk keperluan pada masa-masa yang lebih memerlukan. Dan ada juga orang yang suka membahagi2kan rezeki itu kepada saudara yang kurang bernasib baik. Syukur Alhamdulillah.


Tapi sempena musim perayaan ni ramai orang berpusu-pusu membeli belah barang keperluan termasuk pakaian raya untuk anak-anak dan keluarga. Pendek kata rezeki itu dapat dinikmati bersama seisi keluarga.


Yang paling untung ialah para peniaga. Banyak sale yang diiklankan, tapi awas, adakah harga yang ditawarkan itu benar-benar harga diskaun seperti yang tertera? hati-hati ketika membeli.



Sudah menjadi tabiat orang-orang kita, suka membeli di saat-saat akhir menjelang hari raya. Saya pun begitu, kerana pernah juga membeli persiapan awal, terutama sehelai dua baju 3 bulan sebelum raya. Tapi apa yang jadi....tak sampai raya, dah pun dipakai terlebih dulu. Lama sangat menunggu kot, hehehe. Lagipun suasana raya akan lebih terasa jika berbelanja pada saat akhir seperti itu.


Tapi kita yang bekerja ni tak perlu sangat membeli banyak pakaian, kerana hari-hari keluar rumah bekerja tu kita pakai pakaian yang kemas dan agak baru, kira macam raya lah. Jadi bila hari raya cukup sepasang dua saja. Lagipun Ramadhan bulan kita berpeluang beribadat sesungguhnya. Sepatutnya kita berjimat dan tidak berbelanja berlebihan.




Rambang mata....kadang-kadang ambil masa yang lama nak pilih mana satu. Apa2 pun kena biar alah membeli, asal menang memakai.




Tudung yang beraneka bentuk dan fesyen menjadi kegemaran ramai remaja masa kini.

Untuk mendapat keberkatan bulan yang mulia ni kita disarankan agar lebih banyak bertaddarus membaca ayat2 alquran, bertahajjud,qiamullai, solat terawis dan sebagainya. Bukannya berbelanja berlebihan, membeli banyak makanan sehingga membazir atau bermegah-megah menyambut syawal......bersederhana lah dalam segala perkara mengikut kemampuan. Insyaallah akan mendapat keberkatan Allah SWT.

15 August 2011

1 hari 1 lauk...

Orang Malaysia khususnya orang melayu memang tidak boleh berpisah dengan nasi. Kalau ada pun yang tak sukakan nasi sebagai makanan utama cuma segelintir saja. Sudah menjadi tradisi makanan ruji kita adalah nasi dengan lauk pauk yang beraneka jenis.
Bulan Ramadhan dimana umat Islam berpuasa tidak digalakkan makan makan yang terlalu beraneka jenis, kerana akan mengundang penyakit sahaja.


Sup sayur campur, salah satu menu yang mengandungi lauk pauk dan sayuran lengkap didalamnya. Ia mengandungi kebanyakan nutrin yang diperlukan oleh badan kita.

Bagi saya bulan Ramadhan adalah bulan jimat cermat. Lauk yang dimasak untuk berbuka hanya 1 lauk sahaja setiap hari, jika ada lebih satu lagi pun kerana ulam2an dan sayur2an hijau.


Udang goreng bersalut oat.


Ikan siakap 3 rasa. Satu lauk ini sudah cukup bagi satu hidangan. Tak perlu lagi lauk lain, kecuali nak tambah sayur2an dan ulam2an.

Info kesihatan: Kalau boleh elakkan makan daging atau ayam bersama dengan seafood seperti ikan , sotong dalam satu hidangan. Kerana ia akan mengganggu sistem prcernaan dalam badan kita.

Ketupat sotong
Semalam berbuka dengan ketupat sotong, sedap. Tapi jangan makan selalu, kerana kandungan kolesterolnya yang agak tinggi.

Gulai ayam kampung yang menyelerakan
Gulai ayam kampung yang sedap. Boleh dijadikan hanya satu lauk sahaja sebagai hidangan. Tetapi kita masukkan juga sayuran seperti terung, kacang bendi dan kentang di dalamnya.

Nasi ayam
Nasi ayam juga adalah satu menu yang simple tapi sedap (bagi mereka yang suka). Lauknya simple tapi terdapat sayuran segar seperti timun, daun salad, buah tomato dan sos cili sebagai pelengkapnya.

Laksa Terengganu
Laksa Terengganu boleh diganti dengan nasi sebagai makan utama. Ia juga mengandungi bahan2 protein dan lain2 nutrin. Jadi apabila anda teringin nak makan laksa , sebolehnya jangan ada menu nasi dan lauk pauknya lagi dalam hidangan anda.

Sotong masak pindang
Sedap, berselera ketika makan, berlemak dan tinggi proten. Nak kurangkan lemak dalam badan kena gilir2kan penggunaan santan dalam menu anda.

Timun + tembikai
Ini adalah ulam harian saya. Biasanya saya makan saja ketika makan nasi. Tapi ada juga yang mengatakan sayuran dalam kategori buahan kena makan 1 atau 2 jam sebelum dan selepas makan. Kalau kita bertanyakan dietician, memang banyak sangat undang2 cara pemakanan yang perlu kita patuhi untuk penjagaan kesihatan.

Kerabu mangga yang kecur liur....hmmm slurrppppp!
Saya ada 2, 3 pokok mangga depan rumah. Selalu lah buat kerabu ni bila berbuah. Ia memang menambah selera makan....laju jer. hahahha. Saya memang suka makan kerabu mangga ni dengan ikan masak sweet sour atau ayam bakar madu. Memang sedap.

Tomyam seafood
Mengandungi pelbagai jenis lauk di dalamnya seperti sotong, udang, fishball dan ada juga ditambah dengan ayam dan daging. Pelbagai sayuran yang sesuai juga boleh dimasukkan bersama, mengikut kesukaan masing-masing.

Telur dadar

Popia sesuai untuk makan petang, bersama teh o + limau kasturi.

Ikan siakap 3 rasa

Sayuran dan ulaman yang selalu menjadi iringan bersama lauk lain.

Ayam masak lemak cili api.

Nasi kunyit - satu hidangan lengkap





Sebolehnya jangan makan kek / manisan lain selepas makan nasi. Ini akan menambah paras gula dalam badan dengan cepat, lebih-lebh lagi kepada yang menghidap kencing manis.

ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN....selamat menjamu selera.

13 August 2011

KEM AKADEMI PMR 2011



Kem Akademi siri ke 8, berlangsung di Mid Town Hotel Kuala Terengganu. Semoga usaha JPNT berbaloi.



Diharap kumpulan pelajar yang bertuah ini akan sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman bersama rakan-rakan mereka yang tidak berpeluang mengikuti kem seumpama ini apabila pulang ke sekolah nanti.



Kebelbagaian kaedah dalam P & P yang diperolehi akan memantapkan lagi kefahamaan pelajar.



Pelajar-pelajar yang telah didedahkan dengan kem seperti ini akan mendapat lebih latihan pengukuhan dan pengayaan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan.



Perkara penting yang perlu diambil kira ialah "FOKUS". Maksud fokus di sini ialah, melihat, mendengar, dan fikir apa yang sedang diajarkan/dilakukan dan seterusnya mempraktikkan apa yang telah dipelajari untuk mendapatkan kemahiran yang maksimum.





Kumpulan pelajar yang terdiri daripada beberapa sekolah belajar dan bergabung dalam satu kumpulan besar membuatkan mereka begitu teruja mengikuti kem. Semoga mereka semua dapat score "semua A" dalam PMR 2011.





Terima kasih kepada urusetia Kem yang tidak jemu-jemu mengendalikan Kem ini dengan pelbagai kerenah pelajar. Sama-samalah kita berusaha dan berdoa yang terbaik untuk anak didik kita. Cemerlang sahsiah, cemerlang akademik.


07 August 2011

Kem, Seminar Teknik Menjawab, Bengkel , Kem Tutorial dan Klinik Mata pelajaran. Apa perbezaannya?



Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR, SPM mahu pun STPM dan STAM, masing-masing baru sahaja berlalu dan mungkin sesetengahnya akan bermula. Demam peperiksaan dikalangan pelajar sudah mula terasa. Pelajar pula sibuk mengulangkaji mata pelajaran masing-masing , dan cikgu-cikgu pula semakin sibuk menyediakan keperluan untuk pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung dihujung tahun ini. Bermula dengan UPSR , PMR dan SPM dan seterusnya yang lain-lain.



Berbagai-bagai usaha dan pendekatan dilakukan oleh guru dalam memastikan P & P mencapai keberkesanan melalui input-input yang disuntik kepada pelajar-pelajar. Dan sudah tentu kayu pengukuran kepada tercapainya objektif P & P ialah kejayaan anak-anak pelajar dalam setiap ujian dan peperiksaan.

Program-program yang dijalankan oleh pihak Projek Kecemerlangan Sekolah, Panitia matapelajaran dan juga Jabatan pelajaran negeri juga sangat membantu dalam usaha untuk melonjak prestasi anak-anak pelajar.



Yang menjadi persoalan kepada saya ialah kesesuaian program yang dijalankan dengan tahap pencapaian semasa pelajar. Guru perlu bijak mengatur strategi pembelajaran kepada anak-anak pelajar. Disini suka saya memperkatakan serba sedikit kategori pendekatan program yang biasa dijalankan.

1. Kem Mata pelajaran.
-bermaksud satu perkhemahan mata pelajaran yang diadakan dalam jangkamasa beberapa hari dengan beberapa jenis matapelajaran mengikut jadual tertentu. Jumlah pelajar mungkin mencapai 100 hingga 300 orang dalam satu masa. Setiap satu slot matapelajaran akan dibimbing oleh 3 atau 4 orang guru yang bertindak sebagai fasilitator. Penyampaian oleh fsilitator adalah secara keseluruhan dan mendedahkan format-format soalan peperiksaan sebenar dan penerangan diberikan secara menyeluruh berkonsepkan teknik-teknik menjawab.
Pada saya Kem mata pelajaran sesuai untuk pelajar-pelajar elit atau cemerlang,untuk mencapai tahap pengukuhan dan pengayaan.


2. Bengkel Matapelajaran

-bermaksud "membaikpulih" pelajar ke satu tahap untuk mencapai suatu standard kualiti seperti yang dikehedaki. Justeru itu program ini tidak sesuai diadakan dalam kumpulan besar. Pelajar akan dikelompokkan kepada beberapa kumpulan kecil dimana setiap kumpulan mungkin terdiri daripada 5-6 orang dalam satu kumpulan. Kumpulan yang kecil ini boleh dikelompokkan ke dalam kumpulan besar. Semua gerak kerja mereka akan dipantau dan dibimbing oleh seorang fasilitator. Pendedahan dan teknik menjawab diberi secara lebih dekat dengan lebih detail dan mendalam. Program ini lebih sesuai untuk pelajar sederhana.

3. Kem Tutorial.

Kem tutorial biasanya dijalankan dalam keadaan pelajar berada di dalam kelas dengan seorang guru/fasilitator. Mereka diberi modul matapelajaran tertentu dan diberi kaedah menjawab mengikut format peperiksaan tertentu. Kumpulan pelajar pula terdiri daripada pelajar-pelajar daripada sekolah-sekolah yang berlainan. Kalau dibuat di sekolah dengan pelajar yang sama, kumpulan pelajar digaul semula supaya mereka boleh bercampur dan sama-sama berkongsi dalam pembelajaran dan berasa suasana yang berlainan.


4. Klinik Subjek.
Kadang-kadang ada yang menggelarnya Kelas ICU, Kelas Pemulihan. Saya memanggilnya kelas Polek. Sebab mereka yang agak lemah ini perlu diberi perhatian yang lebih dan pendekatannya kena face to face. Mereka perlu "personal touching dan personal coaching" kerana tahap kebolehupayaan mereka dalam menguasai isi kandungan pelajaran yang "slow" sedikit. Jadi orang Terengganu kata kena ppolek sorang-sorang, baru menjadi. Justeru itu kerana bilangan yang agak ramai dengan bebanan kerja lain yang banyak saya menggunakan khidmat Guru Muda membantu mereka bersama-sama dengan saya bagi setiap satu sesi pengajaran.

26 July 2011

LAWATAN PENANDA ARAS ke SASER dan TKC


Ketua Sektor Jaminan dan Kualiti JPNT, Tn Hj Mohammad b Embong sedang bersama-sama dgn Pengetua Sek Sains Seremban (SASER) ketika taklimat.



Sedang meninjau persekitaran lokasi dokumentasi SASER, yang dihiasi dengan pelbagai info terkini termasuk sejarah kejayaan sekolah dari masa ke semasa.



Berukar-tukar cenderahati antara JPNT SASER dan TKC.

Bertukar-tukar cenderahati antara JPNT dengan TKC (Kolej Tunku Khursiah)







Kami diberi taklimat yang cukup jelas tentang perkembangan sekolah dan punca kecemerlangan akademik yang dicapai oleh kedua-dua buah sekolah ternama negara ini.