Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

19 August 2011

Pasar Tani






































Berbuka dengan lontong Norish Muss

Satu hidangan lengkap lontong, nasi impit, sayur lodeh, sambal bawang bilis pedas dan telur rebus.

Hari ni saya ada Kem Akademi PMR yang diadakan di Seri malaysia, Marang bagi Slot Matematik bermula pukul 10.30 pagi hingga pukul 5.15 petang. Fikir-fikir menu berbuka puasa apa yang patut dihidangkan dengan cepat supaya sempat berbuka pada waktunya petang nanti. Terus menelefon anak saya Nadia supaya merebus nasi impit, balik karang cuma masak kuah dan sambal nya saja.. Suka nak share di sini resepi lontong yang selalu saya buat dan menjadi kegemaran anak-anak. Jom ke dapur bersama saya!


Kuah lontong - sayur lodeh

Bahan2 : untuk 30 biji ketupat mini.
1 mangkuk besar santan kedua
10 ulas bawang merah ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk
3 batang serai diketuk
1 sudu besar udang kering dikisar
10 batang kacang panjang dipotong
1 batang karot dipotong
sebungkus suhun yg bercampur dengan pucuk dan cendawan
bunga kobis (ikut suka banyak mana)
1 keping tempe dipotong2
1 keping gelugur
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam, gula, dan serbuk (perasa jika) suka secukupnya.
(anda boleh pilih sayur anda sendiri jika tal suka sayuran yang di atas.)

Cara:
Masukkan santan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan semua bahan2 tadi ke dalam periuk dan didihkan sehingga masak.

Sambal bawang bilis pedas
Bahan :
1 mangkuk kecil bawang merah kisar
1 mangkuk kecil cili boh
1/4 kilo bilis yang kecil
3 sudu besar gula
1 sudu kecil asam jawa
(garam mungkin tak perlu sebab bilis dah sedia masin)
Minyak untuk menumis.
sedkit serbuk perasa.
1 biji bawang besar dimayang.

Cara:
Tumis bawang merah dan cili boh sehingga wangi dan naik baunya. Masukkan bilis dan semua bahan-bahan lain. Jika terlalu kering masukkan sedikit air dan masaklah sehingga sehingga selesai. (bilis boleh juga diganti dengan udang)


Nah, ini nasi impit yang telah siap direbus dan dipotong dua.






Telur direbus dan dibelah dua.



Lontong siap untuk dimakan berbuka puasa nanti. Saya suka minum air jus delima dan buah kurma sebagai iringan menu ini. Siap. Kira makan nasi lah juga kan? sama seperti nasi dengan lauk2nya. Selamat berbuka puasa dan bersahur untuk hari ini dan esuk. wassalam.

Akademi PMR Siri ke 12.

Walaupun sedang berpuasa, mereka tetap kuat, tetap tabah. Tidak sedikit pun menunjukkan mereka letih dan lemah. Inilah semangat pelajar2 PMR yang sedang mengikuti Kem Akademi PMR 2011 di Seri Malaysia, Marang. Ada lagi sekumpulan pelajar yang juga sama-sama menyertai kem ini pada tarikh yang sama , tapi di tempat yang berbeza iaitu, di Sumai Hotel, Batu Buruk.
Ini bukti yang menunjukkan berpuasa bukan menghalang kita daripada melakukan aktiviti harian kita seperti biasa. Bahkan menjadi lebih baik dan hebat kerana amalan berpuasa sebenarnya proses menjana minda, menguat semangat dan mendidik rohani.

Pelajar pengerusi majlis

Cikgu Zamri Ismail daripada SMK Kompleks Gong Badak

Pelajar-pelajar sedang tekun menjawab soalan module yang disediakan.


Terima kasih anak2ku.....ada juga 2, 3 orang pelajar yang sudi bergambar dengan cg setelah selesai slot Matematik.... huhuhu.

Semoga anak2 pelajar semua mencapai objektif program ini dan seterusnya mendapat score A for maths , PMR 2011 khususnya dan straight A PMR amnya.



Cg Abdul Halim daripada SMK Tok Jiring, Kuala Terengganu.

Apa jua yang ilmu yang diperolehi daripada Kem Akademi PMR ini seharusnya dapat dimanfaatkan apabila anda pulang ke sekolah nanti dan seterusnya boleh membantu anak2 pelajar semaksimum yang mungkin dalam PMR 2011.


18 August 2011

Sotong Sumbat @ Ketupat Sotong yang uhmmmph!

Sekarang ni musim orang bercandat sotong. Salah satu masakan sotong kegemaran saya ialah sotong sumbat atau orang terengganu panggil ttupak sutong. Hmm, memang sedap. Bahan2 yang digunakan untuk membuatnya juga simple dan sangat mudah didapati. Tapi awas menu ini tinggi kandungan kolesterolnya, makan sekur dah cukup. Menyandar lah jawabnya selepas makan.......hmmm, menjilat tangan. (jari tak main dah, hehehhe).


1. 1 kilo sotong yang saiznya 6 inci panjang dibersihkan, asingkan kepalanya.


2. Mayang bawang dan hallia, dan bersihkan 1 sudu besar halba.


3. Beras pulut dibasuh bersih dan direndam biar kembang sekejap dalam 15-20 minit. Sejatkan.


4. Ini semua bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat ketupat sotong, senang saja, bawang merah, halia , halba termasuk garam, gula dan perasa. Mari ikuti cara seterusnya.


5. Masukkan beras pulut ke dalam perut sotong sehingga 1/2 penuh sahaja.


6. Hah...ini dia lidi yang dipotong2 biar runcing dihujungnya, hehehe sebab isi sotong ni boleh tahan juga tebalnya. nanti senang nak cucukkan.


7. Cucukkan lidi pada sotong supaya pulut tak terkeluar apabila direbus nanti.


8. Ni dia kelihatan sotong yang telah siap disumbat pulut dan dicucuk dengan lidi.


9. Masukkan sotong yang telah disumbat beras pulut tadi ke dalam periuk , bubuh sedikit air dan biarkan ia mendidih separuh empuk. Selepas itu masukkan santan kedua secukupnya, sehingga 3/4 tenggelam sotong tadi. Masukkan bawang, halia dan halba.


10. Masukkan gula, garam dan perasa secukupnya, dan biarkan mendidih sehingga masak. Kacau rata dan hati-hati supaya santan tidak pecah minyak.


11. Nah, ini dia ketupat sotong yang sudah dimasak....hmm sedap!!!


12. Jeng, jeng, jeng, ketupat sotong sudah siap untuk dimakan.....jom lah.


13. Yang ni pulak ialah tom yam seafood. Kepala sotong yang diasingkan tadi dipotong2 dan buat tom yam seafood. Cuma masukkan kepala sotong tadi, udang, fishball/fishcake, lada benggala, buah tomato, jagung muda, bunga kobis, serai, lengkuas, halia, bawang putih, lada jarum, daun limau purut,asam keping dan rempah tomyam adabi disamping garam dan serbuk perasa (jika suka)....sedap.