Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

28 January 2012

Taman Rekreasi Masjid Terapung

Tasik Masjid Terapung : Masjid Tengku Tengah Zaharah

Taman Awam Kuala Ibai, Taman Reakrasi Masjid Terapung, Lagun Kuala Ibai,, adalah nama yang sering digunakan orang yang berkunjung ke sini dan memang bukan asing lagi bagi penduduk negeri Terengganu,, khususnya. Sebuah masjid yang dinamakan Masjid Terapung atau Masjid Tengku Tengah Zaharah dibina tersergam indah sebagai mercu tanda taman ini. Memang cantik dan mengasyikkan. Malah ramai pasangan pengantin yang memilih masjid ini sebagai tempat acara akad nikah di hari bahagia mereka.

Deretan pokok kelapa menambahkan lagi keindahan alam semulajadi yang ditonjolkan. Sejuk.

Kelihatan kereta yang membawa keluarga untuk beriadah dan melakukan aktiviti lain, seperti jogging, mandi manda, berkelah, barbeque, memancing dan lain-lain lagi.

Aktiviti kegemaran, kami berkelah. Memang seronok dan terasa nyaman dan rileks sekali.

Nyaman, damai tenang, permai dan sangat menyegarkan...

Nun jauh kelihatan air laut, manakala tempat saya berdiri itu adalah muara sungai.....lagun.

Gabungan alam yang harmoni dan semulajadi, muara sungai dengan tasik dan pertemuan laut dengan muara sungai. . . Apabila air pasang, akan berlaku pertembungan aliran air laut dan air sungai, dimana airlaut mengalir deras menuju ke sungai, fenomena penciptaan Ilahi Yang Maha Berkuasa, ya Rob.

Saya tersempak dengan seorang suami yang sedang menimbus separuh badan isterinya dengan pasir pantai di tepi laut, muara sungai itu. Mereka memberitahu sudah beberapa bulan mereka datang melakukan ativiti itu setelah si isteri terkena stroke dan tidak dapat berjalan. Alhamdulillah, sekarang dia sudah berjalan semula , walau terpaksa dipimpin. Namun yang penting ada perubahan yang positif kepada tahap kesihatannya. Saya yakin dengan ketabahannya serta dengan kuasa Yang Maha Esa, dia akan pulih sepenuhnya pada satu hari nanti.

Garam adalah salah satu egen penyembuh. Berendam dalam air laut dan pasir pantai banyak faedahnya dari segi kesihatan, seperti untuk pesakit gout, kebas-kebas tangan dan kaki, stroke dan juga lenguh-lenguh badan. Jomlah kita datang beramai-ramai. Udara pantai memang menyegarkan dan menyihatkan dan boleh menyembuhkan penyakit-penyakit yang tertentu. Malah bukan saja kita dapat menikmati keindahan alam dan berekreasi, tetapi juga boleh melakukan aktiviti yang seakan-akan seperti di spa!

Bunyi alam semulajadi yang fresh ialah bunyi ombak. Ahli sains mengatakan bahawa bunyi deruan ombak ada kaitan dengan gelombang otak. Ia membolehkan mengurangkan tekanan darah dan stress. Oleh sebab itu ada pereka cipta yang mereka alat atau mesen yang boleh mengeluarkan bunyi seperti ombak, iaitu sebagai salah satu alat terapi kesihatan.

Berada di bawah sinaran matahari pagi untuk 10-20 minit sudah cukup untuk mendapatkan vitamin D. Ia berupaya merangsang kelenjar pituitary otak yang bertanggung jawab untuk mendapatkan tenaga dan menstabilkan emosi dan perasaan. Walaubagaimana pun sinar matahari ini sangat mudah di didapati, dengan hanya keluar dari tempat teduh di mana kita berada., dan tidak semestinya berkunjung ke pantai. Cuma udara dan cahaya di tepi pantai lebih berkualiti dan fresh. Amalkan lah cara hidup sihat. hehehehe.

Udara laut memang bersih. Ia mengandungi ion-ion negatif dan berkemampuan mennyahkan toksin dalam oksigen. Ia sangat baik untuk mereka yang berpenyakit seperti alergi, depresi dan migrain. Oksigen pantai sangat berkualiti untuk dihirup, ia sangat semulajadi.

Alatan permainan untuk kanak-kanak juga disediakan. Tapi yang ini bukan kanak-kanak lagi, dah separuh abad pun, hahahahahahaha.

Pokok-pokok palma (pinang) yang sedang ranum berbuah ini menjadi penghias taman.

Berjalan-jalan di pasir pantai lebih memerlukan tenaga. Otot-otot bekerja lebih keras berbanding berjalan ditanah yang biasa. Kajian menunjukkan, ketika berjogging di pasir pantai kita memerlukan 5 kali banyak tenaga dan boleh membakar kalori sehingga 50% lebih daripada biasa.

Ada orang kata aroma pantai boleh membuatkan kita betul-betul jadi rileks dan meredakan stress. Servis di spa seperti penyediaan bau bungaan yang wangi, lilin beraroma, losyen badan , juga boleh kita dapati di pantai...ianya semulajadi.

Sesekali bertukar arah angin tempat makan dan lepak-lepak bersama keluarga memang menggembirakan. Ia juga boleh menambah kemesraan dan kasih sayang antara ahli keluarga.







20 January 2012

Pantai Teluk Ketapang

Negeri Terengganu sememangnya mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik dan cantik. Ia sesuai untuk membawa keluarga bersantai sambil menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Sungguh nyaman, damai dan syahdu. Salah satu pantai yang indah dan menjadi kesukaan orang ramai untuk berkunjung setiap petang, bukan sahaja dihujung minggu ialah Pantai Teluk Ketapang. Ia terletak kira-kira 15 kilometer dari Pusat Bandar Kuala Terengganu.


Salah satu sebab yang menggamit pengunjung ke pantai Teluk Ketapang ini ialah kerana di sini terdapat banyak gerai-gerai yang menjual makanan laut yang digoreng dengan tepung, seperti ikan, sotong, udang, pari dan lain-lain, orang Tganu sebut ICT (ikan Celup Ttepung) . Malah makanan lain yang digoreng dengan bersalutkan tepung seperti pisang, tapai ubi, cendawan, ubi keledek, ubi kayu, cucur udang, jjeput pisang dan berbagai-bagai lagi. Memang sedap.

Satu pemandangan dari kejauhan yang mengashikkan.

Deretan kereta yang diletak dihadapan gerai makanan.

Orang ramai sedang menjamu selera........hmm macam2 ada.

segar dan rangup

ABJ ....... air batu jagung. hmmm sedap.

Air kelapa memang menyegarkan, lebih2 lagi bila dicampur dengan air perahan limau nipis.

Tenang dan mendamaikan........pagar yang memisahkan kawasan lapangan terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Sesiapa yang teringin hendak menunggang kuda, boleh lah melanggan dengan bayaran tertentu yang dikenakan.


Bersih........

02 January 2012

Mengimbau Kenangan. . .

Kenangan zaman persekolahan memang menjadi nostalgia. Sesuatu yang pahit dan manis yang pernah kita lalui tetap akan menjadi kenangan terindah. Setelah 34 tahun tidak bertemu kami telah berjumpa kembali pada 1 hb jan 2012, kira seperti menyambut tahun baru. Walaupun hanya 19 orang yang dapat hadir, tetapi pertemuan itu sungguh bermakna.

Hanya ini lah saja yang dapat kami kumpulkan dalam reunion kami....alhamdulillah.

Batch kami ni adalah semasa kami menuntut di Smk Padang Midin, K.Trg. Masa tu kami di tingkatan 6 atas dalam aliran Sains. Kami masih ingat bangunan kelas kami jauh terpencil dari bangunan lain, maklumlah hanya 2 kelas sahaja yang terlibat dengan aliran sains, kelas Teratai dan Kelas Anggerik. Semua tinggal di asrama.

3 sahabat yang sentiasa berhubung...

Tentu banyak sekali perkara yg dibualkan....

Setelah selesai peperiksaan STP masing2 berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti, maktab perguruan dan juga mengikuti kursus/latihan di pelbagai institut di serata tempat. Sejak daripada itu ramai antara kami telah terputus hubungan sehingga kini.

Syukur alhamdulillah, tahniah dan syabas, semua antara kami telah berjaya dalam mencapai cita2. Ada yg menjadi pengetua sekolah, pengarah jabatan, ahli akademik, guru, guru cemerlang, pegawai2 penting dan sebagainya. Ada antara kami yang telah mempunyai menantu dan dikurniakan cucu. Yang sangat menggembirakan hati kami masing2 ialah seakan tidak puas bertemu dan masa yang kami luangkan masa hampir 4 jam itu terasa 4 minit sahaja. Hahahaha, sungguh teruja sekali.

Setelah sekian lama tidak bersua, ada juga antara kami yang saling tidak mengenali antara satu sama lain dan terpaksa memperkenalkan diri semula dan mengingati semula babak2 dan insiden yang boleh membantu mengingatkan semula siapa diri masing2.

Guru cemerlang. .....

Terlalu banyak perkara yang diceritakan masing2, maklumlah sekian lama jarak waktu tidak pernah berjumpa, dan sekarang sudah masuk era 50an banyak berubah dari segi fizikal dan penampilan diri serta raut wajah yang semakin dimamah usia.


En MOhd Rasik, Juhari Ali, Ibrahim dan Mohd Isa (Mohammad Kassim tiada dalam gambar)


Hanya 5 saja rakan lelaki yang dapat dikesan: Dari kiri Mohammad Kassim, Mohd Rasik Muda, Mohd Isa, Juhari dan Ibrahim.

Makanan yg terhidang bagaikan merajuk, kerana tidak dijamah sehinggalah pada saat akhir kami nak pulang.


Dr Samsiah sedang buat apa tu?....
Oh hidup ini sungguh penuh dengan keterujaan dan fenomena ini membuat kami insaf dan teringat akan kebesaranNYA. Kami pulang pada petang itu dengan berjanji akan bertemu lagi dilain kali dan berharap akan dapat mengumpulkan lebih ramai kawan-kawan batch kami. Tentu meriah!

31 December 2011

nasi kapit ssambal dengang kuoh kacang

Anda, adalah apa yang anda makan, anda adalah apa yang anda fikirkan. Begitulah antara ungkapan yang sering saya dengar. Betul ke? Tapi kalau bab makan saya makan apa saja, sebab saya suka masak. Tapi kuantiti makan tu saya jaga lah jugak, cuma saya tidak suka makan benda yang sama setiap hari. Saya suka bertukar selera. Dan yang pasti tekak saya ini lebih suka masakan melayu tradisional berbanding dengan masakan moden atau jenis yang western2 ni. Tapi kalau dah depan mata, semua saya makan, hahahahha, tak kiralah makanan moden, barat atau tradisional..

Salah satu makanan untuk sarapan yang saya suka ialah nasi impit (org tganu kata nasi kapit, hihihihi) yang dimakan dengan sambal kelapa dan kuah kacang, best betul. Marilah kita berkongsi resepi lagi.

Nasi kapik

Seperti biasa nak sediakan nasi kapit ni senang saje. Anda boleh beli saja beras ketupat yang telah siap dijual dan rebus dengan air penuh sehingga 1-1 1/2 jam dan toskan. Biarkan sejuk. Boleh dipotong mengikut ukuran saiz anda sendiri.


sambal nyior

Bahan2:

1/2 biji kelapa parut (sederhana muda)
6 biji bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ekur ikan kembung dipanggang (isinya ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk)
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 batang serai (ditumbuk)
1 keping asam gelugur
Sedikit, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.

Cara memasak:

Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak. Kacau rata sampai masak kekuningan.

Kuah kacang

Bahan2:
1 mangkuk kecil kacang tanah digoreng dan dibuang kulitnya (ditumbuk)
12 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
1 batang serai (diketuk)
6 sudu besar cili boh (boleh kurangkan jika suka)
2 ketul gula melaka (boleh ditambah atau dikurangkan)
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis.
1-2 mangkuk air (mengikut kepekatan yg anda suka)

Cara memasak:

Tumis bawang merah dan cil boh hingga agak garing dan masak.
Masukkan semua bahan dan kacau hingga masak.
Perhatian: biarkan mendidih di atas dapur agak lama. (tapi janag sampai berkerak pula!)

Nasi impit dan sambal + kuah kacang.

Nasi kapik cicoh ssambal nyior dang makan pulok dengang kuoh kacang, hmmm sedap.
Senang saja bukan? sesekali anda boleh menggembirakan ahli keluarga anda dengan menyediakan juadah sarapan yang enak-enak pada hari minggu. Sekian, selamat mencuba.

28 December 2011

Di sempadan ini. . . .



Dalam pencarian ini, setiap langkah tergelincir. Sedetik waktu, sehela nafas didalam genggamanNYA. Kita pasrah dalam berusaha, redha dengan ujianNYa berdoa dan berserah. . . .begitu lah hidup kita. Sentiasa didalam kawalanNYA.
Setahun sekali mendapat rawatan kesihatan. Rutin hidup masa kini. Mencegah lebih baik daripada mengubat. Namun masa kita dijemput olehNYA tak kira siapa kita, samaada sedang sakit, sedang ketawa, sedang bermain , bahkan sedang sihat walafiat, kalau ajal sudah sampai kita tidak boleh menolak walau sesaat.
Subhanallah. RahmatMU tidak ternilai, tidak terhitung. Hanya hambaMU yang masih alpa dan selalu lupa akan janji-janji MU.
Sempadan dan jangkawaktu yang diberi seharusnya kita jalani dengan penuh keinsafan dan keimanan. Kesihatan yang baik itu adalah suatu anugerah yang sangat berharga dan bernilai. Wallahualam.

Penyakit sambil lewa. . . .

Berniaga kecil-kecilan dari warung tepi jalan hingga ke kedai makan yang lebih besar, satu permulaan yg baik.


Bermula dengan berjualan di warung di tepi jalan, membuka kedai makan di kampung dan akhirnya berjaya membuka sebuah restoran yang besar, bertaraf antarabangsa merupakan satu kejayaan yang cemerlang.

Sambil lewa, main-main, hendak tak hendak, berlengah-lengah, pandang ringan. tidak serius apabila dalam melakukan sesuatu pekerjaan adalah sikap orang yang tidak berdaya maju. Semestinya mereka tidak mampu untuk bersaing dalam apa jua perkara dan apa jua bidang yang diceburi.

Asal siap, asal ada, asal hadir, asal masuk, asal menyertai, asal cukup adalah beberapa contoh sikap negatif yang masih menebal tanpa kita sedari. Untuk mencapai sesuatu matlamat, target seharusnya tinggi, reasonable, dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Sikap ala kadar, tidak bersungguh-sungguh akan mengundang kegagalan.

Dunia sekarang penuh dengan persaingan, walau dalam apa jua perkara dan apa jua bidang sekalipun. Jadi hendak tak hendak. kita perlu ada vaksin untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik serta dapat memuaskan hati diri kita sendiri.

Sektor swasta contohnya, untuk melonjak sesuatu kejayaan, pengalaman dan kemahiran yang diambil kira tanpa melihat sijil. Budaya kerja yang kreatif dan inovatif amat lah didamba untuk menjana kecemerlangan sesebuah organisasi. Bos-bos di pejabat swasta terutama berbangsa cina sangat berdaya saing dalam mencapai sesuatu hasil kerja yang berdaya maju dan berprestij.

Begitu juga dengan pelajar masa kini. Tuntutan yang pelbagai bentuk semakin hari semakin mendesak. Oleh itu mereka seharusnya mempersiapkan diri, cemerlangkan pencapaian peribadi, tingkatkan budaya kerja, ada jati diri, tanamkan budaya persaingan yang sihat. Seperti contoh, orang India telah bertekad akan melahirkan zuriat sekurang-kurang nya seorang daripda ahli kelurganya termasuk didalam kumpulan sehingga ke peringkat profesional.
Rezeki secupak tidak akan jadi segantang, boleh juga ditukar kepada rezeki secupak , insyaallah akan jadi segantang malah 10 gantang. Namun konsep rezeki ini harus diingat bahawa ia tetap datang dari Allah yang menentukan mengikut kehendakNYA kepada hambaNYA.

Konsep tawakkal dan berserah seharusnya bermula dengan cita-cita. Sesungguhnya Tuhan tidak akan menzalimi hambaNYA melainkan umatNYA sendiri yang menzalimi diri sendiri.
Jangan takut untuk gagal. Berjuang untuk mencapai kejayaan demi kemajuan diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan tanah air adalah jua suatu ibadah. Wallahualam.