Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

29 March 2010

Food That Can Fix (Almost) Anything


When Hippocrates wrote, “Let food be thy medicine, and medicine be thy food,” he was probably worrying about the pesky plague epidemic of 430 BC—not thinking about how a handful of almonds might ward off a girl’s pre-period headaches or how green tea might give her thicker, lusher hair. But those things may in fact be true, and scientists are beginning to figure out how food helps the body run smoothly inside and out.

“People absolutely underestimate the importance of nutrition when it comes to appearance,” of: Being Beautiful. The prescription is simple—and mercifully easy to swallow. Read on, dig in, repeat as necessary.

If someone told you there were eight foods that could make you more beautiful and help you feel a lot healthier, you’d want to eat up, right? Consider this your grocery list.

28 March 2010

BENGKEL PEMBINAAN ITEM OTI MATEMATIK 2010

Sebahagian peserta Bengkel Pembinaan Item Matematik OTI 2010 JPNT


Kelihatan Cg Reduzan Kadir (tengah ) selaku Ketua Panel sedang berbincang sesuatu dengan peserta.



Cg Zamri (belakang sekali) sentiasa membuatkan guru peserta bengkel tidak kering gusi, bukan kerana lawaknya, tapi kerana ketawanya yang terbahak-bahak.....

Assalamualikum wbt....


Berjumpa kita sekali lagi di laman yang simple dan ringkas tapi bermaklumat ini. Nampak nya sehari dua ini banyak pula perkara yang saya rasa patut berkongsi dengan rakan-rakan siber sekalian. Pada 27 dan 28 Mac 2010 seramai 30 orang guru di Terengganu dipanggil berbengkel oleh JPNT, Sektor Pengurusan Akademik iaitu Bengkel Pembinaan Item OTI Matematik 2010.

Bengkel ini diketuai oleh En Matzuldin b Jusoh, di Bahagian Sektor Akademik JPNT bagi mata pelajaran Matematik, sementara Ketua Panel Pembinaan Item ialah En Reduzan b Kadir daripada SKMA Durian Guling, Marang.

Ini adalah antara agenda jabatan ini untuk meneruskan kecemerlangan diperingkat peperiksaan awam, ujian peperksaan OTI pertengahan tahun 2010 yang akan diadakan setara seluruh negeri Terengganu. Usaha untuk melonjakkan prestasi subjek Matematik dengan kerjasama guru-guru yang sangat komited patut dipuji memandangkan ianya bukan lah satu usaha yng mudah untuk membuahkan satu hasilan yang produktif dan berkualiti.

Sepertimana yang telah dijanjikan selama dua hari berbengkel, kami dapat menyiapkan item-item tersebut dengan baik, iaitu item untuk Kertas Matematik daripada tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, termasuk Matematik Tambahan. Walaupun agak penat kerana tumpuan yang bersungguh-sungguh, tapi kami tetap gembira kerana mendapat kerjasama yang baik daripada seluruh anggota peserta yang terdiri daripada 30 orang guru. Guru-guru yang telah lama menyertai bengkel ini sedia menunjuk ajar dan membantu guru yang baru mula diberi tugasan ini.

Adalah diharapkan dengan usaha yang murni ini akan dapat mempertingkatkan lagi penguasaan dan kemahiran Matematik bagi pelajar-pelajar di Negeri Terengganu khususnya. Tidak dapat dinafikan lagi usaha penggembelingan tenaga seperti ini memberi output yang sangat berguna untuk guru-guru dan juga pelajar dalam meningkatkan prestasi dalam peperiksaan diperingkat persijilan seperti UPSR, PMR dan SPM.

Syabas kepada JPNT dan guru-guru yang menjayakannya. Semoga Terengganu akan terus unggul dalam bidang akademik secara keseluruhannya dan akan menduduki didalam senarai pencapaian terbaik dalam setiap peperiksaan awam yang diduduki.

Wallahua'alam
.

27 March 2010

"KEMENJADIAN" PELAJAR


Pelajar diddik supaya mengamal nilai-nilai murni, berdikari, bersungguh-sungguh dalam pembelajaran , patuh kepada peraturan sekolah, berdaya saing dengan semangat ingin berjaya dengan cemerlang. Persoalannya berapa ramai pelajar menghayati ajaran dan didikan yang disemai? - gambar hiasan -

Assalamulaikum Wbt....

Saya terpanggil untuk mencoret sepatah dua kata di laman ini sebagai memenuhi tuntutan rasa hati dengan senario budaya persekitaran persekolahan, pengisian jiwa yang mereka perolehi dengan penampilan dan pembawaan mereka (golongan pelajar) ke dalam masyarakat.

Kepada anda ibubapa dan golongan guru khususnya..... Pernahkah kita terfikir tentang "kemenjadian" anak-anak yang kita bimbing , asuh dan terap nilai-nilai agama, tatasusila dan segala macam ajaran yang baik-baik sebagai bekalan hidup mereka?


Terus terang boleh dikatakan masalah remaja semakin meruncing hari ini. Pelbagai masalah remaja yang kompleks sering kedengaran dan ketahuan oleh kita melalui media cetak, media eletronik, dan kadang-kadang berlaku di depan mata dalam masyarakat kita.

Kepada siapa harus disalahkan? kepada ibu bapa? atau guru yang tidak berkesan mendidik atau pun kepada masyarakat yang semakin tandus dengan nilai-nilai kerohanian?
Titik permulaan nya adalah rumah. Ibu bapa adalah sebagai pembentuk utama peribadi anak-anak di rumah. Ibu bapa adalah model nombor satu bagi anak-anak. Perletakan batu asas ini seharusnya dihayati, difahami dan dimetrai dengan kuat dalam jiwa anak-anak.

Bermula dari pembelajaran di Tadika, Sekolah Rendah, dan Sekolah Menengah masa mereka banyak dibangku persekolahan, bersama guru. Pendek kata daripada seorang kanak-kanak itu berumur 3 dan 4 tahun lagi mereka telah didedahkan dengan alam P& P guru. Lebih-lebih lagi apalagi seseorang itu membesar di asrama sebaik sahaja selesai UPSR iaitu sejak mula menjejakkan kaki keTingkatan Satu. Itu bagi mereka yang berprestasi baik dalam akademik. Bagaimana pula dengan mereka yang gagal dalam peperiksaan? hanya lepasan darjah enam, PMR atau SPM sahaja?

Kadang kala terdapat sebahagian pelajar apabila sebaik sahaja melangkah keluar dari alam persekolahan sudah tidak tahu menghormati ibubapa, tidak tahu menghargai guru iaitu dua golongan insan yang bertanggungjawab keatas perilaku dan pertumbuhan fizikal, jiwa dan mental mereka. Disinilah nilai-nilai "kemenjadian" keatas mereka harus difikirkan. Apakah kita harus mereka cipta satu instrumen atau mekanisma baru kerana kegagalan ini?

Apakah dengan ilmu dan bekalan yang sedikit itu boleh menampung kehidupan mereka ditengah arus mayarakat yang mencabar dan tanpa sempadan ini? Sana sini kita lihat aktiviti tidak sihat berleluasa berlaku dalam masyarakat kita seperti pelacuran, penagihan dadah, ragut, penderaan keatas kanak-kanak yang tidak berdosa, dan berbagai macam bentuk jenayah yang tidak terbayang dan tidak terduga oleh kita.

Agaknya apakah bentuk atau struktur masyarakat yang akan terjadi kepada jenerasi mendatang? Renung dan fikir-fikirkan lah..........

Mudah-mudahan golongan guru tidak akan jemu berdepan dengan "pancaroba" ini dan sentiasa bersemangat dalam mendidik anak bangsa.

18 March 2010

ANSWERING TECHNIQUES- Mathematics PMR


Assalamualaikum wbt....


Lagi 2 hari sekolah akan kembali dibuka, namun bagi sesetengah pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada hujung tahun ini seperti UPSR, PMR, SPM, STPM dan sebagainya telah kembali ke sekolah masing-masing lebih awal lagi. Ini adalah kerana sekolah mempunyai pelbagai aktiviti akademik sepanjang musim cuti ini seperti, kelas tambahan, kem mata pelajaran, teknik menjawab, program motivasi dan lain-lain lagi.

Kelihatan sebahagian daripada 135 pelajar SMAASZA sedang mengikuti Program Teknik Menjawab Matematik PMR 2010.

Walaupun slot ini hanya memakan masa 2 jam, tetapi pelbagai input yang saya sampaikan kepada mereka mengenengahkan konsep Matematik keseluruhan tajuk-tajuk ulangkaji Ting 1 dan 2 , termasuk juga sebahagian tajuk Ting 3.

Pelajar perempuan.............

Pelajar lelaki............

Begitu juga dengan para guru, jika pelajar sibuk mengikuti pelbagai program, sudah pasti ianya diterajui oleh guru-guru. Jadi tugas guru berterusan tidak mengira musim cuti persekolahan atau sebaliknya. Ia memerlukan pengorbanan yang sesungguhnya demi melihat anak murid mereka mencapai kecemerlangan sepertimana yang diharapkan.

Begitu juga dengan saya, setiap tahun bila selesai sahaja 3 bulan pertama persekolahan akan mula mendapat jemputan sesi ceramah teknik menjawab Matematik PMR. Hari ini saya berpeluang bersama-sama dengan pelajar-pelajar ting 3 SM Imtiaz, Kuala Terengganu (dulunya dikenali sebagai KOSPINT). Mereka adalah pelajar cemerlang, terima kasih kepada anak pelajar sekelian kerana telah memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi tersebut. InsyaAllah anda semua akan mendapat A dalam Matematik khususnya dan cemerlang dengan Straight A dalam PMR 2010. InsyaAllah.............

Dan pada malam ini, jam 8.00 hingga 10.00 malam nanti saya akan bertemu semula dengan 135 orang pelajar kesayangan saya iaitu pelajar ting 3 SMAASZA 2010 dalam program yang sama. Kamu semua adalah menjadi harapan ibubapa dan kebanggaan sekolah... Berusahalah dengan gigih, insyaAllah kamu semua akan mendapat straight 9A dalam PMR 2010...........Amin.

16 March 2010

TIPS - MATEMATIK ITU MUDAH!


Ramai antara pelajar yang mengatakan bahawa Matematik itu susah. Kenapa? Mungkin sebab anda tidak pernah mendapat A dalam setiap kali ujian atau peperiksaan. Jadi jika nak senang dapat A, kena berbaik-baik lah dengan Matematik, he, he, he, jangan berjauh hati dengannya...........TAK KENAL MAKA TAK CINTA.

Berikut ada beberapa langkah/tips yang boleh anda ikuti untuk menguasai subjek Matematik dengan mudah.

1. Jangan gunakan kalkulator semasa membuat latihan Matematik.
Dengan menggunakan kalkulator menyebabkan anda tidak dapat mengingati sifir dengan baik, kurang cekap mengira , mendarab, membahagi nombor2, malah tidak tahu meletak titik perpuluhan apabila operasi Matematik tersebut menggunakan nombor2 perpuluhan.

Anda boleh menggunakan kalkulator untuk menyemak jawapan anda. Walaubagaimana pun kemahiran menggunakan kalkulator juga perlu untk menjawab soalan Matematik kertas 1 semasa peperiksaan.

2. Selalu bertanyakan kawan, guru atau sesiapa sahaja yang boleh membantu kita menyelesaikan masalah dalam pembelajaran Matematik.

3. Jangan bertangguh apabila anda tidak faham kaedah penyelesaian atau operasinya. Usahakan berkali-kali tanpa jemu sehingga anda dapat memahaminya. Kalau tidak anda akan lebih tertekan apabila guru anda mula beralih kepada topik yang lain, dan masalah dalam pembelajaran Matematik menjadi semakin banyak untuk diseselaikan.

4. Memahami Konsep Matematik. Apabila pelajar dapat memahami konsep dengan jelas semua penyelesaian Matematik menjadi mudah. Rujuk kepada guru anda bagaimana hendak memahami konsep pada setiap topik yang anda pelajari.

5. "Workout" sekurang-kurangnya 20 hingga 30 soalan sehari mana-mana soalan / topik yang anda kenalpasti yang menjadi masalah kepada anda selama ini. Jika anda berjaya menjawab lebih daripada 3/4 atau betul sekurang-kurangnya 8 daripada 10 daripada soalan-soalan tersebut, anda berjaya. Kalau tak, anda seharusnya mengulangi semula latihan tersebut sehingga berjaya. Cuba dan cuba lagi.

6. Jangan "give-up". Berputus asa akan menjadikan pembelajaran Matematik anda semakin teruk prestasinya. Matematik adalah satu subjek yang menarik tapi mencabar. Hanya orang yang sanggup menempuh cabaran sahaja yang akan berjaya.

7. Ulangkaji berterusan. Ualngkaji secara berterusan akan membantu anda mengingati formula, menemukan anda dengan kepelbagaian kaedah dan akan merangsang minat anda untuk belajar Matematik.

8. Mengajar orang lain. Apabila anda memahami sesuatu operasi penyelesaian Matematik, walau semudah mana pun, cuba ajarkannya kepada orng lain. Dengan mengajar kepada orang lain akan menambah ingatan anda dan meningkatkan kemahiran dalam Matematik.

9. Matematik menajamkan minda. Apabila anda mengulangkaji sesuatu pelajaran dan rasa mengantuk, kembali kepada latihan Matematik untuk seketika, dan teruskan semula belajar matapelajaran tersebut. Latihan Matematik boleh menajamkan minda anda, jadi selang selikan ulangkaji anda dengan jadual belajar yang efektif. Setiap orang mempunyai gaya belajar dan pelbagai kecerdasan.

10. Yakin, anda bijak Matematik! Apabila anda mengamalkan tip-tips di atas, insyaAllah kemahiran anda dalam Matematik akan bertambah. Ini akan membuatkan anda semakin yakin kerana prestasi Matematik anda didapati meningkat dari semasa kesemasa. Yakin lah, anda boleh!

"PRACTICE MAKES PERFECT"