Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

30 November 2009

MUSIM CUTI PERSEKOLAHAN BAGI SEORANG GURU

Guru tetap beertugas dan bekerja walau pun pada masa cuti persekolahan. Begitu lah perbezaan yang ketara kalau nak dibandingkan dengan guru-guru era sebelum nya. Antara tugas atau aktiviti yang sedia maklum ialah:

1. Menghadiri mesyuarat penting yang dianjurkan oleh pihak sekolah jabatan dan yang berkaitan.

2. Mengawas peperiksaan awam.

3. Menjadi Pemeriksa Kertas peperiksaan bagi peperiksaan awam.

4. Menghadiri kursus yang berkaitan.

5. Menyediakan jadual pembelajaran untuk murid dan jadual pengajaran guru untuk sesi tahun beikutnya.

6. Menyediakan pelan tindakan program / aktiviti untuk tahun berikutnya.

7. Mengenalpasti program kecemerlangan akademik yang akan dilaksanakan disiapkan sepenuhnya.

8. Menyususn atur kelas mengikut ranking pelajar.

9. Membuat persiapan untuk kemasukan dan pendaftaran pelajar baru.

10. ..........................dan banyak lagi.

HANTARAN UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN

Wan Ahmad Marwan dan Siti Noraini
Pada: 28hb November 2009.














Bekas Cincin
















Kain Sutera

















Tuala, sireh dan bekas cincin





















Tuala dalam bakul






















Mas Sejemput















Kueh traditional : Mas Sejemput dan Jala Mas





















Buah2an



Kek Chokelat




















Jambangan Sireh



SEMOGA HASRAT HATI SAMPAI KE PENGHUJUNG DAN SELAMAT MENEMPUH ALAM BARU.

29 November 2009

MajlisPertunangan
Nurul Asma Hasliza & Mohd Faisal

Pada : 29hb November 2009




















































































































































26 November 2009

Hujan, hujan, hujannnnnnnn............


Betul lah ramalan cuaca kata, hujan dipantai timur lebat sehingga Selasa, 24hb Nov. Ha, ha, Allah Maha Berkuasa, hari Rabu 25hb November sampai hari ini matahari pun mula tersenyum riang...............

Maka mereka yang tinggal di pusat pemulihan banjir telah pulang ke rumah masing2 dan dapat merayakan hari raya Aidil Adha bersama keluarga tersayang.

Tapi kuasa ALLAH tiada tandingan nya, ramalan cuaca juga mengatakan bahawa Sabtu ini 28hb November 2009, bermula lagi episode berikut nya hujan akan melanda lagi............



Tapi kesian pulak, bila tengok dalam berita TV mereka tak dapat buat ibadat Korban kerana kerbau, lembu mereka telah hilang dek banjir.
Mereka insan ikhlas. Hidup mereka tak lah senang, sederhana dan banyak kekurangan. Harta yang mereka ada hanyalah ternakan ayam , itik, lembu dan kerbau. Tapi harta itu lah juga yang ingin di "korban" kan sempena Hari Raya Aidiladha...


Bagaimana dengan anda yang serba serbi hidup mewah, limpahan wang puluhan ribu ringgit yang sentiasa ada dalam tangan..................tak rasa ke hendak berkorban demi tuntutan agama? Pelik...orang yang hidup nya tak berapa senang itulah yang selalu beringat sebagai bekalan.... Tapi yang diselimuti dengan kemewahan selalu terlelap dan alpa.
Justeru itu berfikirlah, hidup kita didunia ini sementara saja. Kita akan kembali kepada NYA. Hanya masa akan menentukan.


Kawin, kawin, kawin....................

Cuti sekolah baru seminggu bermula. Kenduri kawin tetap diadakan sana sini walau cuaca tak menentu. Kalau dah jodoh tak kan kemana. he, he. Ada yang buat ala kadar saja, ada yang sederhana dan tak kurang yang mengadakannya secara besar2an. Tak kisah lah asal ikut kemampuan, bukan ikut nafsu semata-mata.
Yang penting ialah ijab dab kabul.


RENUNGAN:


Segala yang kita buat mestilah ingat kepada NYA. Semua musibah yang menimpa kepada kita kena ingat kepada NYA. Semua yang kita kecapi samada pahit atau manis mesti ingat kepada NYA. Jika kita redha diatas segala nya, maka kita akan merasai bahagia yang sebenar dan nikmat hidup didunia yang fana ini.

19 November 2009

Nasi Kunyit Norish Muss

Makanan tradisional kesukaan saya.....mesti buat 2 atau 3 minggu sekali.


hmmmm....harum baunya bila diserikan dengan aroma daun pandan. menyelerakan.


Ni lauk gulai ikan tongkol. Sedap dimakan dengan nasi dagang. Tapi saya sesekali makan dengan nasi kunyit jugak.
Tapi disini saya sertakan lauk rendang ayam simple untuk dimakan bersama nasi kunyit. Boleh dihidang pada hari raya juga.


Ulam yang paling saya gemari bila makan nasi kunyit. Buah tembikai dan timun.

MENU KU:

Sesekali makan makanan tradisional enak juga kan.
Puas makan aneka pasta, spageti, steak, aneka puding....... lama tak sedar pelbagai penyakit bersarang. Nasi kunyit tinggi sangat kalorinya. Bagi yang ada penyakit kencing manis kena hati2. Jangan makan selalu.

Hari ni apa kata kalau kita cuba masak nasi kunyit pulak , rendang ayam simple. Ha, ha. ha.

NASI KUNYIT:

1. 1 kilo beras pulut
2. 2 sudu besar serbuk kunyit.
3. Air secukup nya untuk merendam beras.
4. 1 cawan santan pekat
5. 2 sudu besar gula
6. 2 sudu kecil garam halus.

CARA:

1. Rendam beras pulut bersama air , serbuk kunyit dan beras pulut
selama 1 hingga 2 jam)

2. Jerang air dalam periuk pengukus
3. Bila mendididih masukkan beras kedalam periuk dan kukus beras
pulut tadi selama 15 minit
4. Angkat dan balik2kan beras dengan sedikit air sampai rata
5. Ulangi proses kukus tadi untuk kali /kedua.
6. Bila dah masak angkat dan masukkan kedalam satu bekas lain.
7. Gaulkan dengan santan, gula dan sedikit garam sampai rata.
8. Hidangkan.

Rendang Ayam simple

1. 1 ekur ayam
2. 10 ulas bawang merah*
3. 2 inci halia*
4. 3 ulas bawang putih*
5. 3 sudu besar cili boh
6. 2 keping asam gelugur
7. 1 paket kecil sudu besar rempah kari ayam ADABI
8. Sedikit garam, gula, secukup rasa
9. 1/2 sudu kecil Ajinomoto(jika suka)
9. Sedikit minyak untuk menumis
10. 1 mangkuk Santan
11. Sedikit daun kunyit

12. Timun untuk di buat ulam.


CARA:

1. Semua bahan* di atas ditumbuk halus
2. Satukan semua bahan tersebut dan tumis dalam minyak yg panas.
3. Kacau rata, bila wangi masukkan ayam yg dipotong ikut suka saiz nya.
4. Masukkan sedikit air, dan bila yam hampir empuk masukkan santan,
dan semua bahan lain2 lain.
5. Akhir sekali masukkan daun kunyit.
5. Kacau rata dan masaklah sehingga masak.

hoooooo, dah siap. Ia boleh dibuat juadah untuk majlis hari jadi anak-anak anda. Sesekali kena tukar dengn kek. Makanan tradisional patut diketengahkan dikalangan anak2.

Anda boleh bentukkan nasi kunyit ini seperti kek 2 tingkat.
Letak dalam pinggan yang besar. Disekelilinya letaklah rendang ayam tadi. BEST!

Boleh ditambah lauk nya dengan hirisan telur dadar dan kepingan telur rebus. Cuba lah!!!
RENUNGAN:

"Sekali air bah, sekali pantai berubah.........begitu lah dgn dunia yang fana ini dan segala makhluk penghuninya....ihat anak2 zaman sekarang! Dunia mereka penuh pancaroba, kalau tak banyak dibekalkan dgn ilmu yang BENAR , iman yg KENTAL...akan kecundang lah mereka untuk menjadi INSAN.

KEPUTUSAN UPSR DAH KELUAR.................

TAHNIAH KEPADA WARGA PENDIDIK NEGERI TERENGGANU KHUSUSNYA YANG TELAH MELAHIRKAN RAMAI PELAJAR CEMERLANG 5A UPSR 2009























Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera.............


Tahniah kepada anak-anak pelajar yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR yang baru saja diumumkan.
Nampaknya setiap tahun keputusan peperiksaan yang ditunjukkan semakin meningkat dan memberi impak yang sangat besar kepada golongan insan yang bergelar guru.

Anak-anak ini akan terus berjuang untuk menduduki epperiksaan yang seterusnya diperingkat yang lebih tinggi. Adalah diharapkan mereka juga akan mempunyai kualiti jati diri yang tinggi disamping sahsiah dan akhlak yang cemerlang juga.

RENUNGAN KEPADA IBU BAPA:
Anda akan berasa kecewa jika anda dapati anak-anak anda tidak mencapai kecemerlanagn dalam pendidikan di sekolah seperti yang anda harapkan.......dan untuk itu anda kan berhabisan dengan segala daya upaya dalam memastikan anak-anak mendapat kemerlangan dalam bidang akademik yang dikatakan sebagai menjamin masa depan mereka.

TAPI...
Adakah anda berasa begitu, jika anak-anak anda tidak tahu mengaji Quran, tidak khatam Quran,tidak belajar fardhu ain dan mengamalkan nya. Adakah anda model terbaik untuk anda mengemudi anak-anak untuk menjalani kehidupan yang sangat mencabar dan penuh dengan gelodak ini. Adakah anda juga akan berusaha dengan bersungguh-sungguh agar anak anda akan cemerlang dalam pendidikan akhirat juga sebagaimana cemerlang dalam pendidikan duniawi?

JIKA....
...semua ibu bapa berjaya mengimbangkan pendidikan dunia dan akhirat kepada anak-anak, InsyaAllah negara kita dapat melahirkan generasi yang berakhlak, berilmu, beriman dan beramal soleh.

MAKA...