Hujan, hujan, hujannnnnnnn............
Betul lah ramalan cuaca kata, hujan dipantai timur lebat sehingga Selasa, 24hb Nov. Ha, ha, Allah Maha Berkuasa, hari Rabu 25hb November sampai hari ini matahari pun mula tersenyum riang...............
Maka mereka yang tinggal di pusat pemulihan banjir telah pulang ke rumah masing2 dan dapat merayakan hari raya Aidil Adha bersama keluarga tersayang.
Tapi kuasa ALLAH tiada tandingan nya, ramalan cuaca juga mengatakan bahawa Sabtu ini 28hb November 2009, bermula lagi episode berikut nya hujan akan melanda lagi............
Tapi kesian pulak, bila tengok dalam berita TV mereka tak dapat buat ibadat Korban kerana kerbau, lembu mereka telah hilang dek banjir.
Mereka insan ikhlas. Hidup mereka tak lah senang, sederhana dan banyak kekurangan. Harta yang mereka ada hanyalah ternakan ayam , itik, lembu dan kerbau. Tapi harta itu lah juga yang ingin di "korban" kan sempena Hari Raya Aidiladha...
Bagaimana dengan anda yang serba serbi hidup mewah, limpahan wang puluhan ribu ringgit yang sentiasa ada dalam tangan..................tak rasa ke hendak berkorban demi tuntutan agama? Pelik...orang yang hidup nya tak berapa senang itulah yang selalu beringat sebagai bekalan.... Tapi yang diselimuti dengan kemewahan selalu terlelap dan alpa.
Justeru itu berfikirlah, hidup kita didunia ini sementara saja. Kita akan kembali kepada NYA. Hanya masa akan menentukan.
Kawin, kawin, kawin....................
Cuti sekolah baru seminggu bermula. Kenduri kawin tetap diadakan sana sini walau cuaca tak menentu. Kalau dah jodoh tak kan kemana. he, he. Ada yang buat ala kadar saja, ada yang sederhana dan tak kurang yang mengadakannya secara besar2an. Tak kisah lah asal ikut kemampuan, bukan ikut nafsu semata-mata.
Yang penting ialah ijab dab kabul.
RENUNGAN:
Segala yang kita buat mestilah ingat kepada NYA. Semua musibah yang menimpa kepada kita kena ingat kepada NYA. Semua yang kita kecapi samada pahit atau manis mesti ingat kepada NYA. Jika kita redha diatas segala nya, maka kita akan merasai bahagia yang sebenar dan nikmat hidup didunia yang fana ini.
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."
26 November 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment