Sikap dan Akauntabiliti Guru Malaysia
Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar dan Ibu Bapa
- Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.
- Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain.
- Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
- Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran.
- Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.
Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri
- Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
- Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa.
- Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya adalah seibang dengan perbelanjaan harian.
- Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.
- Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio dan television serta internet.
- Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah.
No comments:
Post a Comment