Assalamualaikum semua,
Nampaknya cuti sekolah datang lagi...tak sedar rasanya. Cepatnya masa berlalu. Terasa baru lagi kita bercuti panjang akhir tahun, cuti Tahun Baru Cina dan tup-tup sekarang cuti lagi. Bagi para pelajar dan guru SMA Terengganu mereka mula bercuti pada 14hb Mac 2010 kerana 3 hari sebelumnya telah diadakan Kejohanan Sukan MASMAT ke 40.
Musim sukan sudah berakhir, namun begitu kepada pelajar yang dilihat berkeupayaan dalam permainan tertentu akan mara lagi keperingkat mewakili negeri untuk acara sukan seterusnya, seperti SUKMA. Namun bagi pelajar yang berketrampilan harus tahu membahagi masa antara aktiviti kokurikulum dengan prestasi pembelajaran mereka. Perjuangan perlu diteruskan.
Betapa sibuknya golongan guru / pendidik sekarang ni ye. Tiap saat mengejar waktu, terlalu banyak sangat perkara yang hendak dibereskan , terlalu banyak sangat yang dituntut daripada kita. Prestasi akademik sekolah harus dijaga. Potensi pelajar harus dicungkil dan diperkembangkan. Disiplin pelajar harus diawasi sentiasa dan sikap positif serta nilai-nilai murni harus ditanam ke dalam diri pelajar. Ini adalah tanggungjawab kita sebagi pendidik. Semua itu adalah cabaran.
Bagi sekolah saya SMAASZA, terutama bagi kelas-kelas peepriksaan iaitu pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5, mereka akan datang semula ke sekolah pada hari Rabu / Khamis kerana Kem Mata Pelajaran akan bermula pada Hari Khamis 18hb Mac 2010. Ini bermakna mereka bercuti hanya 4 hari sahaja. Ini lah pengorbanan yang mereka harus hadapi dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan masing-masing. Namun bagi pelajar yang bijak akan bersyukur dengan program yang telah dirancang untuk mereka dan menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya untuk belajar, mengulangkaji dan membuat latihan pengukuhan kendiri.
Seperti biasa dikala musim cuti begini, rakyat Malaysia akan mengambil kesempatan mengadakan majlis perkahwinan, majlis kesyukuran dan sebagainya. Saya sendiri mendapat 8 kad undangan perkahwinan yang harus diraikan...he, he, he, tiap-tiap hari nampaknya makan nasi minyak minggu ni. Walau apa pun kesihatan perlu dijaga....terutama yang menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis. AWAS!
Selain daripada berkumpul bersama keluarga untuk meraikan majlis perkahwinan, ada juga ibu bapa yang merancang cuti sekolah dengan membawa anak-anak mereka ke tempat-tempai peranginan yang indah di dalam negara kita. Walau apa pun aktiviti yang dilakukan adalah untuk menghabiskan masa cuti bersama keluarga disamping dapat mengeratkan hubungan kasih sayang antara ahli dalam keluarga.
"SELAMAT BERCUTI"
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment