Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

04 May 2010

PERKELAHAN AKADEMIK

Norish Muss

Perkelahan TOP 10 - Bersama dengan 27 org pelajar Tingkatan 3 Abu Darda'.

Tahniah kerana mendapat Gred Purata Kelas Terbaik.....dan hmm lumayan hadiahnya ialah berkelah bersama guru2 PMR dengan makanan yang lazat2....Turut serta Pen Kanan Akademik Pn Hjh Rakiah Tengah dan Ketua Bidang, Pn Normaha. Terima kasih kerana komitmen semua pihak.

PROGRAM : TOP TEN
SASARAN : Semua pelajar PMR 2010 - 135 orang
TARIKH : 4hb Mei 2010 (SELASA - 3.00 - 5.30 petang)
TEMPAT : Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak sekolah untuk melihat presatsi akademik pelajar meningkat dari masa kesemasa. Baru-baru ini pihak Projek Kecemerlangan PMR SMMASZA 2010 telah melancarkan program TOP 10 dalam usaha untuk melihat pelajar lebih bersemangat belajar dan berdaya saing yang tinggi dikalangan mereka dan seterusnya menjadi pemangkin terhadap kemajuan pembelajaran mereka.

Terdapat 5 kelas pelajar dan setiap kelas terdiri daripada ketiga-tiga kumpulan pelajar iaitu pandai, sederhana dan lemah. Kesemua mereka belajar didalam kelas yang mengambil kira kepelbagaian kecerdasan, tidak hanya dari segi akademik semata-mata.

Objektif:

1. Menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan
2. Pelajar pandai membantu kepada pelajar yang kurang pandai - Aktiviti Guru Muda
3. Pelajar menjadi rakan pembimbing kepada pelajar lain - Pembimbing Rakan Sebaya.
4. Memparaktikkan "peer coaching" dikalangan pelajar - Tutor-tutee
5. Memupuk semangat KEKITAAN dikalangan pelajar untuk membuktikan kemampuan kelas
masing-masing dari pelbagai bidang.

Matlamat :

1. Untuk merealisasikan hasrat sekolah bagi mencapai sekurang2nya 60% straight "A" dalam
PMR 2010.
2. Untuk menduduki ranking TOP 10 dalam negeri khususnya, dan negara amnya.
3. Untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan dan seimbang dengan amalan nilai-nilai murni
yang baik, terpuji sahsiahnya dan cemerlang akademiknya.

Rasional:

Adalah diyakini bahawa potensi pelajar akan lebih cepat berkembang apabila didedahkan dengan iklim pembelajaran yang kondusif dengan suasana yang ceria, tidak membosankan dan dapat menarik minat belajar dengan komitmen para guru yang ingin melihat kecemerlangan pelajar-pelajar nya menjadi kenyataan.


Antara beberapa kategori ganjaran telah diberi kepada pelajar :

1. Pelajar terbaik bagi setiap subjek.
2. Pelajar yang mendapat 7A, 8A dan 9A dalam ujian / peperiksaan.
3. Purata Gred Kelas Terbaik.
4. Kelas Terbaik ( tiada masasalah disiplin dikalangan pelajarnya dan kelas yang paling ceria
serta berinformasi).
5. Pelajar contoh

Adalah diharapkan dengan program seumpama ini akan membuahkan hasil yang terbaik dalam usaha untuk merealisasikan harat pelajar, ibu bapa, guru-guru dan semua warga SMAASZA demi untuk mencapai 9A PMR 2010.

Wassalam....

1 comment:

  1. best gak mcm n, sekarang ada lagi tak?

    ReplyDelete