Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

07 May 2011

Tutor-Tutee Ku

Mereka tidak lemah,
Mereka cuma tidak tahu,
Mereka bukan tidak pandai,
Mereka cuma terlepas pandang!


Mereka perlukan "personal coaching"
Mereka perlukan "personal touching"
= POLEK=


Pelajar ku : Anda semua adalah sumber Inspirasi ku

Mereka semua adalah pelajar-pelajarku. Pelajar-pelajar kesayanganku (tapi tak tunjuk sayang pun!, hehehehe.) Semua pandai-pandai belaka. Tapi bila habis P & P dan diberi ujian ringkas, ada sebahagian mereka yang tak dapat score. Mengapa? Ha, ini lah yang perlu kita fikirkan. Pertama sekali yang cikgu kena fikir, tidak semua pelajar akan dapat fahami apa yang kita ajar dalam tempoh itu. Kedua cikgu kena fikir pelbagai kaedah untuk pelbagai tahap pelajar dan ketiga cikgu kena fikir tahap fokus bagi setiap pelajar semasa P & P adalah tidak sama. Ini perkiraan saya secara kasar sahaja. Kalau kita nak ambil kira secara halus dan terperinci , maka banyaklah undang2 P&P, pedagogi, tahap pelbagai kecerdasan, latar belakang murid, iklim bilk darjah, disiplin pelajar, keberkesanan guru, kemahiran guru, kepakaraan guru, gaya dan penampilan guru dan macam2 lagi lah....tak akan habis dan tidak tersenarai oleh saya.

ingin sama-sama cemerlang

Kepada pelajar-pelajar yang kurang berjaya ini (mengikut tahap saya lah,..) mereka akan duduk dalam satu kumpulan seramai 3 orang. Salah seorang daripada mereka merupakan yang paling berjaya menguasai isi pelajaran / item apa yang dipelajari hari/minggu itu. Dia akan mengajar 2 rakan mereka itu sehingga betul-betul faham dan dapat sama neguasai isi pelajaran tersebuat sebagaimana rakan yang mengajar mereka, atau sekurang-kurangnya dapat memahami konsep asas item tersebut.

Saling membantu......kasih sayang.

Tutor (yang mengajar) akan berbesar hati kerana diberi peluang dan kepercayaan oleh cikgu mereka, manakala tutee (yang belajar) akan berasa dicakna dan diberi perhatian sama adil. Betapa cikgu mereka ingin melihat anak muridnya semua berjaya dengan cemerlang. Pemupukan nilai-nilai murni seperti kerjasama, saling bantu membantu, budaya belajar yang sihat, kasih sayang dan ambil berat sesama rakan adalah penting disemai dikalangan pelajar.

Kerjasama, prihatin....

Kita sebagai cikgu juga perlu akur, kita bukan semua perfect. Kita sebagai manusia biasa amat tidak sempurna dalam segala hal. Kita berjaya jika "ketibaan ilmu yang bermakna" itu sampai kepada anak murid kita , bukan sekadar akademik saja, malah yang berkait dengan disiplin dan sahsiah juga. "Kalau nak A dalam subjects , kena dapat A terlebih dulu dalam soal2 disiplin", itu lah yang saya selalu pesan pada pelajar2....sebab bagi saya disiplin adalah teras kecemerlangan akademik dan sahsiah, walaupun sebenarnya banyak lagi faktor yang boleh disabitkan dengan kemerosotan atau ketidakmenjadian pelajar.


setia kawan.....tekun

Kadangkala mereka perlukan perhatian, dorongan , sokongan dan tunjuk ajar serta bimbingan yang bermakna. Mereka perlu "personal coaching and personal touching". Ini saya namakan dia "POLEK". Hahaha, nak tahu apa nama polek? Polek ni dalam bahasa daerah Terengganu, makna nya, beri perhatian khusus secara individu, one by one dengan intensif , tanpa jemu, berulang kali, sehingga menampakkan ada impak positif......dan pada satu tahap mereka boleh berdikari kerana telah diberi keyakinan yang tinggi dan YAKIN BOLEH!!!
Kerana mereka tidak lagi terlepas pandang atau di "terlepas pandang"kan...

Guru akan sentiasa melatih pelajar menjadi "guru" dengan mengajar rakan......kerana salah satu kaedah belajar yang paling berkesan ialah dengan cara MENGAJAR ORANG LAIN.

Kepada pelajar-pelajarku yang dikasihi dan dirahmati Allah:
Ilmu itu tiada habisnya, semakin banyak kita pelajari, akan semakin banyak pula yang kita tidak ketahui. Belajarlah menjadi guru kepada diri sendiri, dan seterusnya kepada orang lain. Insyaallah ilmu itu akan terus mengalir titis demi titis dan akhirnya seperti aliran air di sungai.... Maka tuntutlah ilmu dan manfaatkan ke jalanNYA, insyaallah akan mendapat keberkatanNYA.

"Maafkan cikgu juga, atas segala kekurangan dan ketidakpuasan hati, kerana cikgu juga sedang belajar, masih belajar dan akan terus belajar bersama dengan anda semua.
".......A is yours!

1 comment: