Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

21 July 2011

Yang Tersirat dan Yang Tersurat...

Sempena hari guru 2011 - anugerah daripada pelajar "Guru Paling Berdedikasi"

Apabila kita mendapat sesuatu hadiah / anugerah, pada saya ia adalah salah satu UJIANNYA juga. Bagaimana kita "mentakrif" penghargaan itu. Sejujurnya saya katakan bahawa 'berat hati' menyahutnya, tapi senang hati menerimanya.....pelik bunyinya kan? Ini ada lah kerana:

1. Kita patut menghormati dan menyambut baik pemberian itu.
2. Saya terfikir adakah saya selayaknya menerima anugerah itu?
3. Apakah perasaan kita pada masa menerima anugerah itu? , contohnya, bangga, riak, megah dan menunjuk-nunjuk? , selalu beringat, ini adalah ujian Allah untuk menguji hambaNYA.
4. Adakah terdetik dihati kita yang kita adalah terbaik daripada orang lain apabila menerima sesuatu hadiah/anugerah?
5. Kita seharusnya menjadikan anugerah itu sebagai perangsang untuk lebih berdaya maju dalam kerjaya dan penambahbaikan kepada usaha kita yang tak akan berkesudahan selagi kita berkhidmat.


Kadang-kadang kata-kata memang tidak terucapkan.....hanya hadiah dapat menggantikan kata, seperti ungkapan " tiada kata secantik bahasa" hanya hadiah pengganti diri.

Ungkapan dari guru untuk pelajar-pelajar nya. Pendek dan biasa sahaja perkataan dan ayatnya. Tapi jelas ia menggambarkan hasrat hati guru untuk memotivasikan pelajar, meniup semangat belajar cemerlang untuk menjadi pelajar cemerlang, sayangkan pelajarnya, kejayaan pelajarnya juga adalah sudah tentu kejayaannya juga.

Terima kasih kepada pelajar2 PMR 2008 yang membentangkan banner ini kepada kami.

Syukran......hanya sepatah perkataan keramat daripada pelajar kepada gurunya, tetapi begitu bermakna bagi kami, terasa lelah mengajar dan mendidik anda semua berlalu begitu sahaja....

Terima kasih kepada semua pelajar dengan aneka cenderamata..bukan hadiah yang didamba. Hormati guru, taat kepada ibu bapa dan patuh kepada peraturan sekolah, buat yg disururhNYA, jauhi yang dilarangNYA amat membahagiakan hati kami.

Ini hadiah dari seorang pelajar saya. Aiman. Hanya sebiji cawan dengan piring nya sekali. Nampak simple tapi amat bermakna.

Tengok daripada tulisannya amat mendalam sekali maksudnya.
"minta maaf banyak2", ini hadiah bukan untuk hiasan..."

hahahha
.

Saya mendefinasikan sebagai Aiman:
1. Seorang pelajar yang rendah diri.
2. Sangat perlukan perhatian gurunya, mungkin pada mata pelajaran yang belum dikuasai sepenuhnya.
3. Mahukan cikgu sentiasa mengingatinya (mau cikgunya guna selalu dan ingat kepadanya). Kalau disimpan , nanti cikgu mungkin lupa kepadanya).
4. Pohon restu guru dalam menghadapi pelajaran / peperiksaan.

Wallahua'lam.......

Minum pagi biskut kering cicah air milo panas, sedap!. Terima kasih Aiman.

Sebagai guru, kadang-kadang kita terlupa memberi perhatian yang sewajarnya kepada pelajar yang memerlukan bantuan kita. Terutama dalam masalah pembelajaran mereka. Bagi saya sesuatu yang tersurat itu mengandungi pengertian yang tersirat yang membawa kepada hasrat hati dan pengharapan seseorang itu kepada kita.


Terima kasih atas segalanya.......tanpa ada semua pelajar ku, siapa lah cikgu pada hari ini.

No comments:

Post a Comment