Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

23 August 2011

Masak Tomato Ikan Kerapu

Lain orang, lain air tangannya. Kadang-kadang masakan seakan sama, tapi rasa belum tentu.
Hari ni saya masak tomato ikan kerapu. Ringkas sahaja dan amat mudah sekali menyediakannya.

Masak Tomato Ikan Kerapu

Penyediaan Kuah:
Bahan : 1 ekur ikan kerapu (panjang 1 kaki), 15 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih, 2 inci halia ditumbuk, 1 tin kecil baked beans, 3 sudu besar sos tomato del monte, 2 biji buah tomato dipotong, 2 biji lada merah dipotong, sedkit garam, gula dan perasa secukupnya.

Cara:
Ikan digoreng seperti biasa (ada orang suka lumur telur dan celup dgn tepung sebelum digoreng). Ketepikan ikan ke dalam pinggan, Di dalam kuali lain, Tumis : Bawang merah, halia, bawang putih ke dalam kuali sampai wangi , masukkan semua bahan2 lain hingga mendidih . Jangan didihkan terlalu lama , kacang panggang tadi akan hancur, nanti tak cantik lah.

Bila masak hias ikan dalam pinggan tadi mengikut kesukaan anda, dan jirus kuah ke atas ikan hingga habis.

Ikan kerapu masak tomato siap untuk dimakan.

Sayur campur bebola sayuran

Sebagai lauk iringan pelengkap hidangan , saya masak sayur campur bebola sayuran.

Hidangan sayur ini lagi senang, semudah A,B,C...hehehee.
Bahan: 1 biji karot, 1/2 biji bunga kobis, kacang buncis, lada benggala 3 warna, 6 ulas bawang putih ditumbuk, 1 labu bawang besar dimayang bulat, 2 sudu besar kicap, agaram, dan perasa secukupnya.

Cara:
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak, masukkan semua bahan sayuran diikuti bahan2 lain. Masak sampai separuh layu sahaja, dan siap untuk dimakan.




No comments:

Post a Comment