Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

31 August 2011

Salam Aidilfitri....



Bersama anak2, keluarga tercinta dipagi raya

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

Selamat hari Raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa
Seruan kita untuk bersama
Selamat, selamat , selamat hari raya....

Itu lah antara bait lagu raya daripada ratusan lagu raya yang sering berkemundang dicorong-corong radio menjelang raya saban tahun sejak dari saya kecil hingga ke separuh abad ini. Pelbagai mesej disampaikan untuk menggambarkan kesyukuran, kegembiraan , kesedihan dan ada juga yang menggambarkan keagungan Ilahi.

Sedang memakaikan tudung kepada ibu tercinta dihari raya...

Bagi saya hari berpuasa dibulan ramadhan dan berhari raya dibulan syawal adalah hari-hari yang penuh keinsafan dan rifleksi diri...keimanan dan ketaqwaan yang ada pada seseorang dari kita hanya Allah dapat menilai. Bagaimana kita mengimbangi tuntutan syariat dengan tanggungjawab kita sebagai umat dalam hidup bermasyarakat.

Bersama ibu yang sudah uzur....tak dapat berjalan lagi. Cuma mengensot dalam rumah. Ya Allah panjangkan usia ibuku, agar kami anak-anak berpeluang bersamanya merasai kasih sayangnya dan berkumpul lagi di Aildilfitri akan datang.

Dengan berbanyak-banyak beribadat dibulan Ramadhan yang mulia ini, tidak semestinya kita meremehkan urusan penyediaan menyambut Syawal. Menyediakan juadah raya untuk sama-sama dinikmati seisi keluarga , jiran tetangga dan tetamu yang berkunjung juga adalah satu ibadah. Asalkan tidak berlebihan yang menimbulkan riak dan Allah Maha Mengetahui setiap perbuatan kita dengan niat yang betul atau sebaliknya dan tidak lari daripada batasanNYA.

Beraya di rumah ibu tercinta

Pada bulan Syawal ini juga, ramai keluarga yang mengambil kesempatan mengadakan majlis kenduri kawin. Saya sendiri mendapat 8 undangan kawin sepanjang syawal ini. Kita disunatkan puasa 6 hari selepas 1 syawal. Lagi cepat lagi baik. Terutama kepada yang meninggalkan puasa kerana sebab2 yang dibolehkan , seeluknya dapat mengqadakan puasa sepanjang syawal ini.
Tapi kadang-kadang kita terpaksa menangguhkan dulu kerana untuk menghadiri undangan perkahwinan tersebut, disamping berkunjung ke rumah terbuka yang sudah menjadi amalan dalam masyarakat kita hari ni.

bersama sebahagian ahli keluarga besar

Memenuhi undangan perkahwinan dan jemputan jamuan hari raya juga merupakan amalan yang baik dan menjadi kewajipan kepada kita untuk menunaikannya.

Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seorang hambaNYA, melainkan kita yang menzalimi diri kita sendiri. Wallahua'lam.



No comments:

Post a Comment