Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

03 August 2012

Oh cikgu, sedarkah kita?...

Saya sedang berkira-kira......kalau sorang murid ku mencapai 65% sahaja dalam ujian/peperiksaan,  bermakna dia hanya menguasai 65% sahaja pengetahuan dan kemahiran dalam Matematik. Bagaimana yang 35% lagi. Tak ingat kah, lupakah, atau cuaikah semasa menjawab, atau tidak fokus semasa P & P dalam kelas?
...atau mungkin juga mereka tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang diajar, atau cara dan kaedah pengajaran saya yang tidak menarik atau membosankan? atau saya lebih garang berbanding dengan cikgu-cikgu lain? sehingga mereka hilang fokus? aishhhh, bermacam-macam perkara yang melintas di benakku.


Kepada mereka yang gagal menyiapkan homework yang diberi dianggap sebagai malas belajar secara kasarnya. Kalau dikaji mungkin banyak sebab lagi kot. Hai pening sungguh kepala saya dibuatnya. Sebab salah satu objektif P & P yang dikatakan tercapai ialah, murid dapat memahami apa yang dipelajari dan seterusnya berjaya melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru.

Maka saya selalu muhasabah diri apabila sebaliknya berlaku disamping mencari kelemahan diri sendiri dan juga pelajar untuk penambahbaikan. Walau pun begitu ketegasan guru dalam mendidik pelajar sangat penting untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang akademik dan juga sahsiah selari dengan potensi dan kebolehan yang ada pada individu pelajar itu sendiri..


Seminar untuk guru dan ibu bapa dalam konteks pendidikan anak-anak perlu disuntik dari masa ke semasa. maklumlah bukan senang hendak mendidik remaja zaman alaf baru generasi Y seperti sekarang. Pengetahuan dan kemahiran keibubapaan sangat penting dikuasai oleh dua golongan ini dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berkualiti yang akan membentuk masyarakat seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.


Pada satu hari nanti sistem pendidikan kita menjadi lebih fleksibel dimana pelajar lebih difokuskan kepada kebolehan dan keupayaan individu, tidak lagi berasaskan kepada peperiksaan semata-mata.



Pelajar berketrampilan biasanya berjaya dalam pelajaran dan juga kokurikulum disamping mempunyai akhlak dan pekerti yang baik.. Ini tidak menjadi masalah kepada guru. Yang menjadi masalahnya ialah , agaknya pelajar seperti ini ada berapa peratus disesebuah sekolah? Bagaimana dengan pelajar lain? Mereka seharusnya diberi perhatian. Mungkin ibu bapa atau guru sendiri banyak terlepas pendang kepada mereka. Mereka juga mungkin berpotensi seperti pelajar cemerlang tadi, tetapi puncanya perlu dikenalpasti untuk menyelesaikan masalah mereka....hai, banyak sungguh tanggungjawab cikgu yang perlu digalas dari bilik darjah sehinggalah kepada luar bilik darjah, dan mungkin juga latar belakang keluarga mereka demi bakat mereka yang harus dicungkil dan potensi sebenar mereka yang harus dikeluarkan dan dikembangkan.


 Guru-guru sentiasa berdepan dengan masalah sosial murid yang lebih mencabar. Guru perlu ada kredibiliti dan jati diri serta boleh dicontohi dan ditauladani oleh murid-muridnya. Adakah anda sebagai guru menjadi role model kepada murid-murid anda? Kenapa ramai remaja sekarang menjadikan orang lain seperti artis, sebagai role model mereka, bukannya ibu atau bapa atau guru mereka yang mendidik mereka?.

"guru kencing berdiri, murid kencing berlari".
"kalau guru makan berdiri, murid akan makan berlari"
"Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian."
Ketiga-tiga peribahasa tersebut membawa maksud yang hampir sama, iaitu segala perlakuan yang dilakukan oleh guru akan menjadi ikutan kepada anak muridnya. Jika buruk contoh teladan yang ditunjukkan kan oleh guru, maka buruklah ikutan yang ditunjukkan oleh anak muridnya. malah kadangkala perlakuan murid jauh menjadi lebih buruk lagi. 

Di bawah ini adalah serangkap puisi yang pernah saya dengar dan ingat sehingga kini. Ia menggambarkan ketidakmenjadian murid sehingga mempersoalkan dengan siapa murid itu pernah belajar atau berguru dengannya.

Dari mana mula dikejar,
Rusa lari tepi perigi;
Guru mana tuan belajar,
Cuba hadap sekali lagi.

Besarnya peranan guru kepada murid. Ia melangkaui tamaddun zaman berzaman..


















02 August 2012

KIK kah kami?


KIK : Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Pada April 2012 yang lalu saya berpeluang mengikuti kursus Fasilitator KIK atau Pemudahcara bagi Kumpulan Inovatif dan Kreatif Anjuran JPN negeri Terengganu Sektor Penilaian Dan Jaminan Kualiti. Saya difahamkan peserta yang mengikuti kursus ini apabila pulang ke sekolah kelak akan membimbing atau menjadi penggerak kepada kumpulan KIK sekolah masing-masing yang akan dibentuk oleh pihak pengurusan. Walaupun nama kumpulan ini sering saya dengar tetapi intisari kepada agenda, aktivititi dan matlamatnya sangatlah kabur bagi saya, sehingga lah saya menyertai kursus ini.


Pn Syaleeza Anuar sebagai penceramah kursus sedang menyampaikan  ceramah.

Kumpulan Kreatif dan Inovatif  (KIK) ini bermaksud satu kumpulan orang yang bekerja bersama-sama dan bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti masalah, memilih masalah yang berkaitan dengan kerja mereka dan mengemukakan cadangan-cadangan kepada pihak pengurusan untuk dipertimbangkan. Mereka akan menjana idea-idea yang boleh meningkatkan kualiti kerja dalam pengurusan atau penghasilan produk.

Inovatif bermaksud apa sahaja kaedah untuk mencari jalan dan pencapaian untuk menghasilkan perkhidmatan atau produk yang lebih baik dengan pengubahsuaian dan penambahbaikan.
Kreatif ialah kebolehan dan keupayaan sesorang itu untuk menghasilkan, mewujudkan atau  membentuk ciptaan baru melalui kemahiran dan kecekapan minda dan imaginasi. 
 KIK merupakan mekanisme pengurusan yang berkesan untuk membina modal insan yang berketerampilan tinggi untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam perkhidmatan awam.


Berbeza dengan KMK, keahlian KIK tidak hanya terhad di kalangan anggota kumpulan sokongan dalam satu bahagian sahaja tetapi ia meliputi semua peringkat anggota dan boleh merentasi pelbagai bahagian dalam organisasi berkenaan. Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.




Rajah Ishikawa : satu kaedah dalam penjelasan projek yang dijalankan. Kumpulan kami sungguh teruja.






Contoh KREATIF = iPAD
Contoh INOVASI = iPHONE
Steve Jobs yang terlebih dahulu mencipta iPAD dan diikuti iPHONE. Inovasinya ialah beliau telah mengeluarkan iPHONE yang lebih kecil untuk kemudahan telekomunikasi terlebih dahulu dan kemudiannya memasarkan  iPAD pula.



Rajin bertanya............menambah keyakinan.



 Bersungguh-sungguh........untuk merealisasikan harapan dan impian agar menjadi kenyataan.
Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada pihak pengurusan sekolah dari pelbagai jawatan di seluruh negeri Terengganu.




Setelah selesai saya mengikuti kursus tersebut, Akhirnya inilah kumpulan KIK sekolah saya yang baru ditubuhkan...... Tunggu dan lihat saje ye, perkembangan daripada kumpulan kami ini, Al-Khwarizmi.

Selamat Berinovatif dan Berkreatif.



Leceh Betul lah . . .

"Semua nya kena kontrol, tak boleh itu, tak boleh ini, buat ini tak kena, buat yang ini salah. Geram betul rasanya. Siapalah yang buat undang-undang ni? Bukan besar pun kesalahan aku ni, perkara kecik ini pun nak berkira, ikut suka hati aku lah, leceh betul lah...."

Hidup kita dilingkari dengan peraturan dan undang-undang. Semua orang tidak suka dengan peraturan. Tapi tanpa peraturan hidup tidak terarah dan menjadi kucar kacir. Kalau di sekolah tiada peraturan maka bermaharajalela lah pelajar-pelajar kita,cikgu-cikgu pun huru-hura tidak berkerja dengan sistematik dan semborono sahaja. Proses P & P menjadi bercelaru dan tidak selaras dan seterusnya objektif tidak tercapai.





Sejak kecil lagi anak-anak diasuh oleh ibu bapa dan guru dengan peraturan-peraturan tertentu mengikut suasana , keadaan dan tempat. Bagaimana dengan kepatuhan mereka. Didikan yang sempurna amat susah diterapkan kepada anak-anak selagi kita dinamakan manusia. Namun dengan niat yang baik dan kesungguhan untuk membangunkan modal insan, golongan ibu bapa dan guru sangat memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat itu.

Tuhan menjadikan manusia dan mendidik kita supaya patuh kepada peraturan dan undang-undang yang telah digariskan. Dengan adanya peraturan, kehidupan menjadi lebih terkawal. Undang-undang yang ditetapkan seharusnya dipatuhi sepenuhnya demi menjaga keharmonian bagi semua pihak. Selagi undang-undang yang dibuat itu bertujuan untuk kesejahteraan, keselamatan, kesenangan, kemudahan dan kebahagiaan kepada manusia dalam hidup bermasyarakat dan bernegara, maka ia seharusnya dipatuhi.




Kalau di pejabat dan mana-mana pusat pentadbiran tiada peraturan maka pengurusan menjadi haru biru. Maka akan berlakulah penyelewengan yang berleluasa, ketidakadilan dan porak peranda di dalam pengurusan dan pentadbiran.


 Jika tiada undang-undang dan peraturan jalanraya, tiada lampu isyarat maka kelam kabut dan tunggang langgang lah kenderaan dan akan menyebabkan kemalangan di sana sini. 
Apatah lagi kepada undang-undang dan peraturan daripada Maha Pencipta alam ini. Apa akan jadi jika bulan yang mengelingi bumi, bumi yang mengelilingai matahari pada paksinya, tidak lagi berputar sebagimana undang-undang yang sepatutnya daripada Tuhan yang maha berkuasa?



Kewajipan bersolat : Tidak kira bagaimana keadaan, di mana berada, kepatuhan kepada Yang Esa adalah tunggak keimanan.

Sebarang salahlaku yang bertentangan dengan tabii dan syariat atau jenayah yang dilakukan adalah bermula dengan ketidakpatuhan dengan norma-norma masyarakat mahu pun undang-undang Tuhan. Perbuatan maksiat dan segala gejala negatif dalam kehidupan adalah natijah kepada melanggar syarat-syarat dan hukum-hukum yang telah digariskan. Pada hakikatnya tiada seorang pun yang bahagia hidupnya di dalam dunia ini jika dalam rutin hariannya sentiasa bertindak melawan kepada perkara kebenaran dan amar makruf. Wallahua'lam.

03 July 2012

Lawatan Penanda Aras ke SMKA Sultan Azlan Shah

Siri Lawatan Sekolah Kluster Kecemerlangan

Bulan lepas saya berpeluang lagi mengikuti satu program lawatan ke sebuah sekolah kluster kecemerlangan di Perak, iaitu SMKA Sultan Azlan Shah. Kami bertukar-tukar dan berkongsi ilmu dalam usaha untuk merealisasikan hasrat sekolah dan jabatan yang memberi pengiktirafan kepada kami yang telah mencapai ke satu tahap yang boleh dibanggakan dari segi peningkatan kemajuan dalam akademik maupun kokurikulum.

SMKAASA Kebitaraan Bahasa Inggeris/Bahasa Arab dan Kesenian Islam

 Sama-sama mendengar taklimat: Ketua bidang, Penolong Kanan HEM (puan Zalina Hassan) dan Pengetua SMKAASAS, Pn Naimah.

 Kebitaraan Kesenian Islam: Koleksi baju untuk pertandingan nasyid.

 Himpunan alat muzik (nasyid)

 Piala-piala kemenangan dalam pelbagai pertandingan yang terlibat dengan semua aktiviti kesenian Islam, seperti nasyid, syarahan, pidato, tilawah dan sebagainya.

 Cikgu-cikgu sedang mendengar taklimat daripada guru bahasa Inggeris di dalam makmal bahasa.
Kebitaraan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

 Bersama pelajar yang memberi kerjasama yang baik dan mengambil bahagian secara aktif dalam P & P.

 Guru Cemerlang Kemahiran Hidup sedang teruja sekali menceritakan pengalaman beliau dalam projek membuat model kereta lumba Formula One, F1. Hebat!
 Bongkah kayu yang diimport khas dari luar negara sebagai bahan utama untuk membina model kereta F1.

Rombongan kami turut teruja dengan kemampuan SMKAASAS dalam menyahut cabaran bahawa keyakinan dan komitment yang tinggi akan menghasilkan kejayaan dan keterbilangan sepertimana yang dihasratkan.



Sekolah kami menerima kunjungan putera puteri SMKASAS. Bergambar kenangan dengan ibu dan bapa angkat masing2.

Putera Smkasas segak.....hari kokurikulum,

Bersama Pengetua daan Ustaz Rosdi, PK Kokurikulum Smaasza.
5 putera dan 5 puteri Smkasas yang bepeluang belajar di smaasza selama seminggu.... program pertukaran pelajar pra U.
Ucapan daripada wakil pelajar smkasas, sebelum mereka berangkat pulang ke, Perak. Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin ini akan membawa satu impak positif antara kedua sekolah kluster kecemerlangan ini.

Kenangan Di Bukit Tinggi

Terasa baru semalam berada di rumpun melayu ini. Bentuk buminya yang berbukit-bukit dan bergunung ganang ini yang membuatkan panoramanya berlainan sama sekali dengan suasana di tempat kita. Walaupun sama bangsa, tetapi adat resam dan budaya tetap berbeza. Namun kenangan itu tidak akan membuat saya lupa selamanya. Saya terasa akan mengunjungi nya lagi jika ada peluang. Tetapi mungkin juga ini adalah yang pertama dan terakhir. Kita merancang, tapi Allah menentukan.

Pemandangan beberapa rumah yang sempat saya rakam. Antena tv berbentuk parabola terletak di luar rumah. Besar kelihatannya. Ha ha ha, tak sama juga dengan kita kan? Biasanya antena di sini lebih kecil dan terletak di atas atap (astro) dan kadangkala tiada langsung kelihatan, hanya terletak di dalam rumah. Mesti ada kelebihan pada alat pemancar ini, iaitu mendapat 'networking' yang lebih luas. 


Nun di kejahuhan kelihatan gunung ganang yang menyegarkan mata memandang.

Terowong Jepang (Jepun) di mana salah satu tempat bersejarah yang telah menjadi kubu orang-orang Jepun semasa menjajah Indonesia masa dulu-dulu. Di sinilah juga tentera Jepun melakukan pembunuhan  keatas pesalah yang didapati melanggar arahan mereka.

Jam Gadang sebagai penanda aras jika tersasar arah atau tersesat jalan di bandar Bukit Tinggi ini tersergam megah di persekitaran pusat beli belah yang sederhana besar ini.

Kereta kuda sebagai salah satu pengangkutan yang digunakan oleh penduduk Bukit Tinggi.

Sate yang tak kurang enaknya. Ada kelainan dari segi ramuannya, kerana kuahnya sangat berlainan sekali rasanya yang pernah kita makan di tempat kita. Yang pastinya bukan kuah kacang. hehehhe, cuba lah.

Awan berbentuk piring mengiringi perjalanan kami pada petang itu..Allah Maha Berkuasa,

Kepesatan Bukit Tinggi boleh dilihat seperti dalam gambar ini. Nun di sana gunung dan bukit nampak berbalam-balam.

Plaza...

Berehat sekejap di bawah pokok, kepenatan kerana banyak berjalan.

Membeli ole-ole untuk dibawa pulang di kedai yang menjual baju sulaman, seperti telekung, selendang dan kain pasang. Cantik.

Barangan yang dijual murah dan sangat berpatutan........sememangnya sungguh menggamit memori.
Jauh berjalan, luas pandangan.

 Hidangan nasi padang yang berbelas jenis........ amat menyelerakan sekali apabila makan selepas penat berjalan dan ketika lapar. hughhhhh.


 Sedang memilih telekung sembahyang......1 pasamg RM100, 2 pasang RM100, 4 pasang RM100 dan bermacam-macam tawaran harga.

Berselera nampaknya budak2 ni makan....

 Makan, makan, makan....nasi padang tetap jadi pilijan.

 Pelajar perempuan yang mengikuti serta...


 Cendol durian yang enak sekali.........hati2 dengan kolesterol yang tinggi itu ya dong!

Bangunan yang beratapkan minangkabau kelihatan di mana-mana sahaja di Bukit tinggi.

 
 Bagaikan dikepung, di mana sahaja kita berada pasti akan berlatar belakangkan gunung yang indah disekeliling kita. Suatu pemandangan yang indah dan sejuk mata memandang.

Bangunan pusat beli belah juga berbumbungkan rekabentuk minangkabau.

Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China. Betapa kita disarankan untuk mengenal negara orang yang boleh menambah pengetahuan dan belajar banyak perkara yang boleh menghubungkaitkan kita dengan sang Pencipta alam ini, Allah Subhanahuwataala.