Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

03 July 2012

Kenangan Di Bukit Tinggi

Terasa baru semalam berada di rumpun melayu ini. Bentuk buminya yang berbukit-bukit dan bergunung ganang ini yang membuatkan panoramanya berlainan sama sekali dengan suasana di tempat kita. Walaupun sama bangsa, tetapi adat resam dan budaya tetap berbeza. Namun kenangan itu tidak akan membuat saya lupa selamanya. Saya terasa akan mengunjungi nya lagi jika ada peluang. Tetapi mungkin juga ini adalah yang pertama dan terakhir. Kita merancang, tapi Allah menentukan.

Pemandangan beberapa rumah yang sempat saya rakam. Antena tv berbentuk parabola terletak di luar rumah. Besar kelihatannya. Ha ha ha, tak sama juga dengan kita kan? Biasanya antena di sini lebih kecil dan terletak di atas atap (astro) dan kadangkala tiada langsung kelihatan, hanya terletak di dalam rumah. Mesti ada kelebihan pada alat pemancar ini, iaitu mendapat 'networking' yang lebih luas. 


Nun di kejahuhan kelihatan gunung ganang yang menyegarkan mata memandang.

Terowong Jepang (Jepun) di mana salah satu tempat bersejarah yang telah menjadi kubu orang-orang Jepun semasa menjajah Indonesia masa dulu-dulu. Di sinilah juga tentera Jepun melakukan pembunuhan  keatas pesalah yang didapati melanggar arahan mereka.

Jam Gadang sebagai penanda aras jika tersasar arah atau tersesat jalan di bandar Bukit Tinggi ini tersergam megah di persekitaran pusat beli belah yang sederhana besar ini.

Kereta kuda sebagai salah satu pengangkutan yang digunakan oleh penduduk Bukit Tinggi.

Sate yang tak kurang enaknya. Ada kelainan dari segi ramuannya, kerana kuahnya sangat berlainan sekali rasanya yang pernah kita makan di tempat kita. Yang pastinya bukan kuah kacang. hehehhe, cuba lah.

Awan berbentuk piring mengiringi perjalanan kami pada petang itu..Allah Maha Berkuasa,

Kepesatan Bukit Tinggi boleh dilihat seperti dalam gambar ini. Nun di sana gunung dan bukit nampak berbalam-balam.

Plaza...

Berehat sekejap di bawah pokok, kepenatan kerana banyak berjalan.

Membeli ole-ole untuk dibawa pulang di kedai yang menjual baju sulaman, seperti telekung, selendang dan kain pasang. Cantik.

Barangan yang dijual murah dan sangat berpatutan........sememangnya sungguh menggamit memori.
Jauh berjalan, luas pandangan.

 Hidangan nasi padang yang berbelas jenis........ amat menyelerakan sekali apabila makan selepas penat berjalan dan ketika lapar. hughhhhh.


 Sedang memilih telekung sembahyang......1 pasamg RM100, 2 pasang RM100, 4 pasang RM100 dan bermacam-macam tawaran harga.

Berselera nampaknya budak2 ni makan....

 Makan, makan, makan....nasi padang tetap jadi pilijan.

 Pelajar perempuan yang mengikuti serta...


 Cendol durian yang enak sekali.........hati2 dengan kolesterol yang tinggi itu ya dong!

Bangunan yang beratapkan minangkabau kelihatan di mana-mana sahaja di Bukit tinggi.

 
 Bagaikan dikepung, di mana sahaja kita berada pasti akan berlatar belakangkan gunung yang indah disekeliling kita. Suatu pemandangan yang indah dan sejuk mata memandang.

Bangunan pusat beli belah juga berbumbungkan rekabentuk minangkabau.

Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China. Betapa kita disarankan untuk mengenal negara orang yang boleh menambah pengetahuan dan belajar banyak perkara yang boleh menghubungkaitkan kita dengan sang Pencipta alam ini, Allah Subhanahuwataala.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Izinkanlah kami untuk memperkenalkan diri pada Tuan/Puan

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan dengan sepenuh hati di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Motto kami adalah : Kesenangan dan kegembiraan tamu adalah kebahagiaan kami.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
  2. Jom melancong ke Bukittinggi Padang.Kami uruskan untuk anda.Terokai keindahan bumi Minang dan bershopping kain sulam yang terkini di Bukittinggi.
    Hubungi kami di talian 0126665436 atau lawati blog kami:
    http://freelancetour.blogspot.com/

    ReplyDelete