Hanya sebuah coretan aktiviti harian / mingguan yang meliputi pelbagai aspek kehidupan, khusus nya berkait dengan dunia pendidikan.
Semoga ruangan ini memberi sedikit sebanyak info, kudapan dalam sela waktu anda.
Selamat melayari...........
Search This Blog
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."
Baru-baru ni keputusan PMR 2009 telah diumumkan. Alhamdulillah negeri Terengganu sekali mencatat kecemerlangan yang agak membanggakan. Tidak ketinggalan juga dengan SEKOLAH KU, SMAASZA yang telah mencapai keputusan yang cemerlang, termasuk dalam 10 ranking terbaik.
Tahniah kepada semua guru yang telah berusaha bersungguh untuk mencapai kejayaan ini.
Tahniah juga kepada sekolah IMTIAZ Besut yang telah mengungguli kecemerlangan ini dengan mencatatkan Gred Purata Sekolah, 1.07.
KEPUTUSAN PMR SMAASZA 2009.
Bilangan Calon : 114 Gred Purata Seklah : 1.14 Kelulusan : 100% Bilangan Calon Semua A (9A) : 52 (45.61%)
KUALA TERENGGANU - Cogan kata ‘Kalau tidak kita, siapa lagi? Kalau tidak sekarang, bila lagi?’ yang diterapkan dalam diri pelajarnya membuahkan hasil cemerlang kepada Sekolah Menengah Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA).
Buktinya, keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan mencatatkan 52 daripada 114 pelajarnya mendapat 9A dalam peperiksaan itu.
Pencapaian yang diperoleh SM membolehkan sekolah itu tercatat dalam senarai sekolah berprestasi tinggi yang mencapai nilai Gred Purata Sekolah (GPS) kurang daripada 1.80.
Pengetuanya, Hashim Embung berkata, keseluruhan calon PMR berjaya lulus dengan memperoleh 1.14 nilai GPS berbanding tahun 2008 yang hanya mencatatkan 1.16 di dalam nilai berkenaan.
“Ini menunjukkan prestasi sekolah berada di tahap yang amat membanggakan hasil kerjasama guru dan pelajar serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan mereka memperoleh keputusan yang baik,” katanya kepada wartawan Sinar Harian yang membuat tinjauan ke SMAASZA.
Sementara itu, ketika ditemui di pejabatnya, beliau berkata, pencapaian yang diperoleh adalah kerana kesedaran ditanam dalam diri pelajar yang diterap sejak mula melangkah ke sekolah itu.
Selain itu katanya, pelbagai program yang dianjurkan pihak sekolah sejak awal persekolahan sehingga saat-saat akhir peperiksaan menunjukkan hasil membanggakan dan memberi kejayaan kepada pelajar.
Beliau berkata, sebagai sebuah sekolah menengah agama bukan berasrama penuh, beliau melahirkan rasa gembira kerana sekolah itu dapat berada setanding dengan yang mempunyai nama besar dan berada dalam senarai sepuluh Sekolah Berprestasi Tinggi.
Pada pertengahan December 2009 yang lalu saya berpeluang berkunjung ke rumah teman yang sudah 20 tahun tinggal di Bangkok kerana berkahwin dengan warganegara Thailand. Disni dipaparkan beberapa tempat yg sempat saya kunjungi...... "HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, LEBIH BAIK NEGERI SENDIRI.......
Sebuah Istana lama - Istana King V
Kenderaan awam...tut tut
The Grand Palace..
Persembahan Kebudayaan - Mentera pohon kabulkan doa
Sistem pendawaian yang tidak kemas dan tidak sistematik "menghiasi" keseluruhan bandar Bangkok, mungkin juga di seluruh pelusuk negara.
bersih...
Siam Paragon
Bangkok dengan kilauan cahaya
Namun.........................apa pun, bersyukur lah kita menjadi RAKYAT MALAYSIA. 1MALAYSIA
TERENGGANU MENCATAT REKOD TERBAIK DALAM PENCAPAIAN PMR 2009. Terengganu mencatatkan keputusan PMR tertinggi dengan pencapaian nilai gred purata negeri (GPN) 2.60 mengatasi gred purata nasional 2.78. Pengarah Pelajaran negeri, Ariffin Embong berkata, kesemua 22,954 calon PMR yang menduduki peperiksaan itu pada tahun ini berjaya melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat, tahun depan.
Pencapaian minimum D meningkat sebanyak 1% daripada 62.4% tahun 2008 kepada 63.4%. Pencapaian A dalam semua matapelajaran bagi tahun 2009 tidak berubah berbanding 2008 iaitu 7.1%.
Senarai 10 sekolah terbaik Terengganu yang mencapai kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan PMR 2009 ;
SM Imtiaz Besut, Besut Terengganu
SM Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu
SM Imtiaz, Kuala Berang , Terengganu
SMK Mat Lagam, Kemaman, Terengganu
SM Imtiaz Kuala Terengganu (KOSPINT)
SM Sains Dungun, Dungun Terengganu
SM Imtiaz Dungun, Dungun Terengganu
SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu
SMKA Sheikh Abdul Malik, Kuala Terengganu.
Syabas kepada semua warga pendidik negeri Terengganu yang bertungkus lumus mendidik dan membimbing pelajar mencapai kecemerlangan dalam PMR 2009.
Tahniah kepada pelajar yang telah menyumbangkan "straight A" dalam PMR 2009 sehingga dapat menaikkan imej negeri Terengganu dalam dunia pendidikan khususnya.
Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan lagi untuk tahun-tahun yang berikutnya.
Diharapkan anda akan menjadi insan yang cemerlang dengan sahsiah yang terpuji demi memartabatkan modal insan untuk meralisasikan wawasan Negara kita.
Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan kepada:
RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan
RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini.
Pecahan Bayaran Bagi sekolah rendah ialah :
untuk kokurikulum, (RM3)
kertas ujian dalaman (RM6),
sukan tahunan sekolah (RM6),
kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6)
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan
Insurans Takaful (RM1.50). Bagi sekolah menengah pula,
bayaran kokurikulum RM6,
kertas ujian dalaman (RM10),
sukan tahunan sekolah (RM6),
kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6),
MSSM (RM4) dan
Insurans Takaful (RM1.50).
"Secara keseluruhan, kadar bayaran tambahan untuk persekolahan tahun depan lebih rendah berbanding tahun ini. Bayaran tambahan ini pada kadar minimum supaya tidak bebankan ibu bapa.
"Ia adalah untuk pelaksanaan aktiviti pembangunan pelajar dan dikutip pada awal sesi persekolahan dibuka nanti," katanya ketika dihubungi semalam.
Bagaimanapun, Alimuddin berkata, sebarang bayaran tambahan lain bergantung kepada persetujuan pihak sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) berdasarkan keperluan aktiviti murid di sekolah masing-masing dengan mengambil kira latar belakang ekonomi ibu bapa mereka.
"Apabila kadarnya dipersetujui bersama pihak sekolah dan PIBG, ia perlu dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing," katanya.
Bagaimanapun, pihak sekolah hanya dibenarkan mengutip sumbangan PIBG berdasarkan satu keluarga satu bayaran tanpa mengambil kira bilangan anak di sekolah yang sama.
Sebelum ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan tiga pakej bayaran tambahan iaitu Pakej
untuk sekolah rendah,
A RM38.50,
B (RM30.50) dan
C (RM23.50)
untuk sekolah menengah pula,
Pakej A (RM55.50),
B (RM44.50) dan
C (RM33.50).
Keterangan Pakej:
1. Pakej A bagi ibu bapa yang bekerja dalam bidang profesional seperti usahawan dan pegawai tinggi kerajaan,
2. Pakej B untuk pegawai kerajaan kumpulan sokongan dan profesional serta
3. Pakej C untuk petani, peladang, kakitangan kerajaan dan pekerja bawahan.
Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pihaknya dihubungi ramai ibu bapa yang menyuarakan kegelisahan kerana belum mendapat maklumat berhubung bayaran tambahan yang akan dikenakan pada sesi persekolahan tahun depan. (Sumber: BHarian - 24/12/2009 - 16:01pm)