Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

10 April 2011

Wacana Pendidikan Terengganu

WACANA PENDIDIKAN TERENGGANU
"Memacu Kecemerlangan Pendidikan Terengganu
27 Mac 2011 (Ahad)
Di
Dewan TELTTrac
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail
Kuala Terengganu

Perasmian Oleh:
YB Haji Ahmad Razif b Abd Rahman
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu.

Anjuran Bersama
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail
Kuala Terengganu
Jabatan Pelajaran Nrgeri Terengganu
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Terengganu.

"Memacu Kecemerlangan Pendidikan Terengganu" ini lah wadah perjuangan para pendidik Terengganu yang akan melestarikan pendidikan di kalangan semua lapisan warga yang akan membentuk sebuah masyarakat. Gah bunyi nya, semangat berkobar-kobar?.....tapi berapa ramaikah yang betul-betul faham dan dapat menghayati perkataan "pendidikan" itu sendiri?. Sudah tentu ia meliputi semua aspek yang mengiringi pembentukan kemenjadian diri pelajar untuk menjadi insan yang cemerlang akademik, sahsiah, peribadi, akhlak dan disiplin dan patuh kepada norma-norma kemasyarakatan.

Program Wacana ini dikelolakan secara bergilir yang melambangkan konsep pemuafakatan bersama antara Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu, Jabatan pelajaran Negeri Terengganu dan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Terengganu.

OBJEKTIF:
a) Mendedahkan peserta dengan is-isu semasa dalam bidang pendidikan.
b) Memberi pelung kepada peserta untuk bertukar pandangan dan pendapat mengenai isu
pendidikan yang dibincangkan.
c) Membudayakan amalan perbincangan dalam kalangan warga pendidik
d) Menambah dan memperkukuhkan keperihatinan warga pendidik di Terengganu dalam isu
pendidikan melalui perbincangan ilmiah.

FOKUS PERBINCANGAN:
a) Fungsi Organisasi Latihan, Operasi dan Pemantauan
b) Program Memertabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris
c) Peranan Kurikulum dalam Membangunkan Kecerdasan Pelabagai.
d) Kreativiti dan Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

PENYERTAAN:
Pensyarah Institut pendidikan Guru
Pegawai jabatan Pelajaran negeri Terengganu
Pegawai Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Terengganu
Pegawai teknologi Pendidikan negeri terengganu
Pengetua, Guru Besar dan Guru-guru sekolah negeri Terengganu
Pengetua dan Guru-guru sekolah Agama Negeri Terengganu
Pelajar-pelajar Institut Pendidikan guru.

Tiga Kertas Kerja telah dibentangankan dalam program ini:

1. Fungsi Organisasi guru Dalam memacu Kecemerlangan pendidikan Terengganu.
Oleh : Timbalan pengarah IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu.
Mohd Shaifullah bin Awang Ibrahim

2. Fungsi Organisasi Pelaksana dalam "Memacu kecemerlangan Pendidikan Terengganu.
Oleh: Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akadmik, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
Tn Hj Mohd Zubir b Embong.

3. Funsi Organisasi Pemantau dalam memacu Pendidikan negeri Teerengganu
Oleh : Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Terengganu












Program ini banyak mendedahkan tentang agenda pendidikan negeri Terengganu pada tahun-tahun lepas dan perkembangan terkini yang telah dirancang dengan beitu kemas dan berwawasan, khususnya oleh bahagian akademik JPNT.
Sekurang-kurang nya dengan pembentangan kertas kerja ynag disampaikan itu memberi impak yang positif tentang hasrat JPNT dan semua pendidik untuk membentuk pelajar dan seterusnya merealisasikan usaha melahirkan modal insan sebagimana yang dihasratkan.

11 March 2011

Mathematics PMR - Answering Techniques

Bertempat di Marang Spa View Resort, Kelulut, saya berpeluang bersama-sama dengan pelajar PMR SMA AlFalah Kemaman dalam Slot Matematik. Sangat teruja dengan pelajarnya yg sentiasa memberi kerjasama di sepanjang program berjalan......Cikgu-cikgu nya juga mesra.

Chalet yang simple dan kemas...

Pemandangan yang nyaman dan persekitaran yng bersih......rasa santai sekali.

Masa rehat....pelajar meninjau kawasan sekitar.

Bilik tidur yang selesa bagi guru pengiring...

Kemudahan dewan selesa bagi guru dan pelajar;



Berbengkel......dalam study group.

Masing-masing tekun mengikuti slot.



Tapi sempat lagi berposing, hehehhe.





Kem Mata pelajaran mula diadakan di sekolah-sekolah sebagaimana dirancang. Sejauh mana keberkesanan nya? Banyak faktor perlu diambil kira. Yang penting kesediaan, kesanggupan, kesungguhan dan komitmen yang tinggi amat diperlukan samada pada diri pelajar, guru dan semua warga unuk merealisasikan agenda kecemerlangan pendidikan mencapat matlamatnya.

04 March 2011

Minggu-Minggu Yang Padat

Assalamualaikum wbt....

Sudah lama benar rasa tidak menulis aitikel untuk blog ini. Tuntutan kerja yang menimbun setiap hari menyebabkan banyak benda yang terlepas pandang. Justeru yang paling utama didahulukan, lantas yang kurang penting atau tidak penting diketepikan seketika, kadang-kadang terus terlupa begitu saja. Lagi pun memang tidak ada berita yang begitu menarik untuk dikongsi bersama.
Nampaknya Smaasza memulakan entry 2011 dengan sesuatu yg baik dan memberangsangkan.-- sebagai JOHAN dalam pertandingan perarakan Maulidur Rasul. Alhamdulillah..


Kelas Tambahan selepas hari2 persekolahan dan hari2 dihujung minggu dan KEM Matematik yang dijalankan di luar sekolah membuatkan jadual harian dan mingguan ku terlalu padat. Amat meletihkan, namun dengan semangat yg kuat ku dapat melepasi dan melaluinya.....semoga usaha diberkatiNYA.


Slot Matermatik untuk Program Perkongsian Pintar bagi 4 buah sekolah yang bergabung tenaga untuk mencapai kecemerlangan PMR 2011. SMKA Sh AB MALik + SMA SUltan SUlaiman + SMK Dato' Razali Ismail dan + SMK Seri Payung, diadakan di Dewan SMK Dato' Razali Ismail pada 2 hb Mc 2011 (Rabu) ...alhamdulillah dapat diselesaikan. Terima kasih kepada semua pelajar yg memberi kerjasama yg sangat baik. Terima kasih juga kpd pihak penganjur yg telah memberi kepercayaan kepada ku untuk mengendalikan slot ini.


4hb Mac . Hari Jumaat yg syahdu....boleh rehat sedikit. Tapi budak2 nak makan gulai ayam kampung. Maka masak lah.....memenuhi keinginan mereka untuk menikmati masakan ibu. Terasa begitu cepat mereka membesar dan menjadi dewasa.....maka usia ku juga semakin senja.

Sebelah petang nya pula menghadiri majlis pertunangan Mah, anak saudara yang tinggal di Kampung Kuala Ibai, Teluk Tok Adis, Kuala Terengganu.

Sama padan....

hantaran pertunangan daripada pihak lelaki..

Semoga sabar menunggu detik2 hari bersejarah...

Kami dihidangkan dengan nasi kuning, lauk gulai ikan tongkol....ikan aye..heheheh. Makan bersama anak bujangku. (anak ke 3) . Agar2 pancawarna pun ada.

Ini salah satu hidangan daripada anak gadisku yang baru mendapat gaji pertama....TQ.

Anakku Wan Ahmad Khairi , Banyak makan, tapi kurus je. maintain gitu.

Wan Nadia, anak bongsuku . (anak keempat), baru tamat belajar Nov 2010, dan sekarang dah mula bekerja....amin. semoga dimurahkan rezeki selalu,

Alhamdulillah, semua anak2 dah melangkah ke alam dewasa, sudah tamat zaman persekolahan masing2. Cabaran remaja meniti hari demi hari sudah berlalu. Selangkah telah berlalu. Tak lama lagi mereka akan melangkah ke dunia perkahwinan, (Insyaallah jika jodoh dipertemukan).
Tanggunjawab ibu bapa mendidik, mengasuh dan mengajar anak2 supaya menjadi insan berguna tersangat lah besar. Tak terhitung dan tak tertanggung rasanya memikul amanah Allah yg maha berat ini... semua kekuatan itu datang drpNYA.
Walau mereka dewasa sekali pun hati seorang ibu tetap merasakan tanggungjawab masih terpikul di atas bahu , kerana buruk baik anak2 ada lah cerminan orang tuanya....bukan di mana tempat dia belajar atau tempat dia menuntut ilmu.
Prestasi akademik yg cemerlang selalunya dikaitkan dgn kecemerlangan sekolah, tetapi prestasi akhlak yang cemerlang atau buruk dan sebagainya itu tetap terpikul atas kepala ibu bapa masing2... kerana ANAK ITU ADALAH AMANAH ALLAH yang dikurniakan kepada setiap ibubapa di muka bumi ini.

Terima kasih kerana belanja makan yg sedap2.....alhamdulillah dapat merasa jugak hasil dari gaji pertama. Tahniah dah dapat kerja, Insyaallah dimurahkan rezeki. Mudah2an dapat berkhidmat dgn baik, amanah, jujur dan penuh dedikasi.
Tidak sempurna iman kamu , selagi tidak menunaikan tanggungjawab yg telah diamanahkan ke atas kamu dengan sebaik2nya dan hanya keranaNYA.


2hb Mac 2011 - Slot Matematik Kem Perkongsian Pintar ; SMKA Sh AB Malik, SMK Sultan Sulaiman, SMK Dato' Razali Ismail, SMK Seri Payung. Terima Kasih kerana anda semua telah memberi kerjasama yg baik. Sekarang musim kem matapelajaran telah bermula. Demam OTI yang akan bermula pada 3 hb April nanti. Sudahkah anak2 murid ku bersedia?

Kurus LADAP : Integriti Dalam Perkhhidmatan: Bersama bergabung dgn cikgu2 dari SMAAZAL. Penceramah Oleh : Dr Profesor Zulkifli Al Bakri

Cg Hj Ismail Muda , Pengetua SMAASZAL sebagai pengerusi Majlis.

Seorang yg cool, serius dan sentiasa slow talk , setiap patah perkataan dan kata2 nya sangat bermakna.. lain dari yang lain.

Menghadiri majlis perkahwinan Junira, seorang kakitangan pejabat sekolah.. SELAMAT PENGANTIN BARU. Selamat melangkah ke alam baru. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Jadilah ibu bapa mithali yang berwawasan.

31 October 2010

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (SMKA DAN SABK)






Disempurnakan Oleh:
Y.BHG Tuan Hj Abd Rashid b Ngah
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia

Pada:
27hb Oktober 2010

Tempat
Hotel Royale Bintang
Seremban, Negeri Sembilan.

DASAR DAN KAEDAH PEMBERIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)

Kelayakan:

Anggota yang layak dipertimbangkan untuk dipilih dan diberikan APC adalah seperti berikut:

*****Anggota Perkhidmatan Awam dalam semua kumpulan, gred dan kategori yang dilantik oleh mana-mana pihak berkuasa melantik, termasuk pihak yang mewakilkan kuasa oleh pihak berkuasa melantik berkenaan untuk berkhidmat dengan agensi awam samada secara ettap, sementara atau kontrak. Ini termasuk anggota yang berada di atas tangga gaji dan syarat-syarat perkhidmatan di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976, Sistem Saraan Baru (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan,

*****telah berkhidmat bagi tempoh genap setahunpada terakhir tahun penilaian.

Asas Penilaian:

Pemilihan anggota yang layak adalah berpandukan kepada markah yang diperolehi dalam penilaian prstasi tahunan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Anggota yang mendapat markah 85% dan lebih adalah layak dipertimbangkan untuk menerima APC.

Anggota yang memenuhi syara-syarat yang ditetapkan adalah layak dipertimbangkan untuk diberi APC oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) . Pemilihan diperingkat ini adalah berasaskan kepada penilaian PPSM ke atas sumbangan anggota berkenaan kepada organisasi Perkhidmatan Awam, komuniti, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.

Bilangan Penerima:

Bilangan penerima APC bagi setiap agensi tidak boleh melebihi 8% daripa jumlah anggota daripada jumlah anggota yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian berkenaan.

INTENSIF dan HADIAH:

Intensif dan hadiah APC adalah seperti berikut,
1. Sijil Perkhidmatan Cemerlang
2. Hadiah prestasi sebanyak RM1000.
3. Peluang dan keutamaan untuk memajukan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau pun persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan kepada prestasi kerja.
4. Peluang dan keutamaan bagi pencalonan untuk menerima pingat, bintang dan darjah kebesaran Persekutuan dan Negeri dan;
5. Nama dan gambar penerima dipamerkan di pejabat pada lokasi yang strategik atau yang biasa dikunjungi orang ramai.

Petikan :
Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM), Bahagian Pendidikan Islam Malaysia.

Sekitar gambar Majlis Penganugerahan APC 2009 pada 27hb Oktober 2010.




05 August 2010

KEM DI SANA SINI..............

Assalamualikum wbt..........


Sekarang dah masuk bulan Ogos. Pejam celik, pejam celik kita dah hampir ke penghujung tahun......Peperiksaan UPSR , PMR, SPM, STPM , STAM akan berlangsung tak lama lagi. Di sana sini sibuk dengan pelbagai kem, kem motivasi, kem kerohanian / ibadah, dan yang paling rancak sedang berjalan sekarang adalah kem subjek.

Boleh dikatakan di semua peringkat institusi pendidikan samaada di peringkat Jabatan pelajaran negeri, jabatan pelajaran derah, sekolah-sekolah swasta, sekolah sekolah agama negeri , SABK serta badan-badan yang berkaitan dengan pendidikan seolah-olah mendapat satu penjadualan khusus dimana KEM-KEM MATAPELAJARAN sedang giat dijalankan di pelbagai lokasi. Matlamat nya sama iaitu untuk mencipta kecemerlangan dan melonjak prestasi akademik negeri Terengganu, seiiring dengan slogan 20 10 05 02.

Kepada pelajar-pelajar negeri Terengganu khususnya , anda sangat bertuah kerana mempunyai kumpulan guru yang sangat prihatin dan mengambil berat akan soal pendidikan khususnya dalam perkembangan sahsiah dan prestasi akademik anda. Mereka banyak berkorban masa dan tenaga demi untuk melihat kejayaan dan kecemerlangan anda dalam setiap peperiksaan.

Kepada pelajar yang terpilih untuk menyertai mana-mana KEM SUBJEK anjuran JPNT diharap dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan kepada pelajar yang tidak terpilih anda tidak perlu kecewa kerana di sekolah anda sendiri sudah sedia maklum, dan cikgu anda , dengan bantuan pengurusan sekolah juga mengadakan pelbagai program termasuk kem-kem subjek dengan lebih efektif sesuai dengan situasi dan fasiliti sekolah masing-masing. Rebutlah peluang yang disediakan dan anda mampu berjaya jika anda sentiasa komitmen dan yakin diri sepenuhnya.

Tahniah kepada Jabatan Pelajaran Terengganu yang telah bayak menganjurkan pelbagai kem kecemerlangan dan menghasilkan begitu banyak Modul-Modul untuk KeM Subjek yang merupakan input yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar. Diharap usaha murni ini akan berterusan dan sentiasa akan menjadi salah satu agenda terpenting diperingkat jabatan. Syabas.

30 June 2010

EDUCATION IN MALAYSIA FROM MY POINT OF VIEW

EDUCATION IN MALAYSIA FROM MY POINT OF VIEW


Teachers of our present time are not knowledge enough to really understand and master the word “education”. It is not just going into classroom when the bell rings and start to blah, blah, blah………in front of the students and after that get caught with headaches and stress when the students are not in order or burden of work go hill high.


I define a teacher as:

Someone who is not only well-informed but highly knowledgeable with various knowledge and also is enlightened with such a divine so much so that:

1. When he/she walks into the classroom, he/she is not only entering the class, but he/she is able to enter his/her student’s hearts.

2. When delivering lessons, he/she is able to attract the
student’s interests as the north attracts the south pole.

3. When confronting with the students behavior he/she is able to “READ” their minds, their feelings such as confusions, grieve ness, boredom, frustrations etc.

4. These are parts of the qualities that had been generated from one great guru to another since centuries, from Adam to Abraham to Solomon to Jesus to Buddha to Tao to Muhammad SAW. They could hold millions of hearts through their teachings.


TEACHERS SHOULD ALSO BE GRADUATED WITH THESE VALUES AS THEIR PERSONALITIES:

1. Able to educate themselves first before educating others;

2. Able to respect them selves before gaining respects from students. When a teacher is able to gain respect, he/she orderly not only 40 children but even 4000000 or more.

3. Able to get deep into their hearts before they can touch their students feelings.


MY QUESTION IS:

Do teachers in our country are skillful enough on how to hold their students hearts so that when the students are disorder, teachers do not have to yell, but powerful enough with one stare and the students will be instantly behaved as if you are A KING????????

17 May 2010

KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI GURU SMAASZA 2010

By Norish Muss

Riang ria hari guru 2010.....meriah! terima kasih badan pengawas yg uruskan segala-galanya....

Sambutan Hari Guru pada tahun ini disambut meriah. Ia bermula dengan perarakan guru-guru dengan bunga manggar dan paluan kompang dari depan Dataran Ilmu SMAASZA , terus masuk ke Dewan Fikri SMAASZA. Tuan Pengetuan En Hasihm Embong telah memotong reben perasmian Hari Guru Tahun 2010. Antara ucapan telah disampaikan dalam perhimpunan tersebut ialah ucapan daripada, wakil pelajar, wakil guru, Penolong Kanan 1 dan Tuan Pengetua, termasuk membaca perutusan Hari Guru daripada Pengarah Pendidikan Malaysia, Tn Hj Alimuddin Mohd Dom.

Guru- guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan Negaraku serta membaca ikrar untuk menjadi guru yang terbaik, cemerlang dan gemilang. Beberapa kumpulan pelajar telah mengadakan persembahan Nasyid dan Sajak.

Beberapa acara sukan dan sukaneka diadakan serentak, antara nya ialah tarik tali, bola sepak, memancing, bowling kelapa, rebut kerusi, kupas bawang, gubahan hantaran, bermain congkak, dakapan kasih, baling bola dalam baldi. Acara-acara yang diadakan dipelbagai lokasi itu dijayakan oleh pelajar dan juga guru-guru. Sungguh meriah dan mesra sekali. Semua acara yang berlangsung adalah antara guru dan pelajar.

Pelajar juga telah menunjukkan kreativiti kelas masing-masing dengan membina kad-kad ucapan yang sungguh cantik, bervisi dan kreatif. Terima kasih kepada pelajar dengan komitmen dan bakat yang ditunjukkan. Kami guru-guru sangat berbangga dengan usaha dan kesungguhan mereka yang terlibat.

Sesungguhnya aktiviti ini dapat menjalin hubungan siratulrahim antara guru dan pelajar yang telah sedia terjalin dan sekaligus dapat merapatkan jurang antara guru dan pelajar bagi kebaikan bersama.