Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

24 August 2011

Roti gulung sosej Norishmuss

Kueh berbuka saya hari ini ialah Roti gulung Sosej. Rasanya lama benar tak masak kueh ni.
Sesekali tukar selera ada baiknya. Asalkan tidak mrmbazir dan mrncukupi sahaja.

10 pcs sosej

Sosej digoreng sampai kekuningan.

Sosej yang telah siap digoreng

Hah ini dia bahan utama nak buat roti gulung sosej

10 keping roti high fiber

2 biji telur dipukul

Ambil sekeping roti dan letakkan 1 batang sosej dan gulung kemas-kemas.



Celupkan roti tadi ke dalam telur supaya gulungan itu tidak terbuka.

..........siap dicelup telur

Mula menggoreng.

Nah, dah siap digoreng dan bubuh ke dalam satu bekas.

Potong roti gulung ini kepada 2 bahagian secara menyerung.

Bolehlah dihias mengikut kreativiti masing-masing, dan boleh lah dihidangkan.



















Ayam Percik ala-ala Norishmuss

Ayam Percik ala-ala Norishmuss

Masih kekal dengan 1 hari hanya 1 lauk, 1 sayur/ulam, 1 kueh dan 1 jenis buah. Lain tangan yang memasak, lain rasanya walaupun resepinya sama. Inovasi dalam masakan sangat penting untuk mengubah citarasa. Kadang-kadang masakan yang ringkas lebih sedap dan menyelerakan jika kena dengan ramuannya, asam garamnya, dan pahit manisnya. hmmmmm.

Kuah ayam percik

Bahan2:
20 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih, 2 inci halia, 2 inci lengkuas , 1 inci kunyit kisar dan dimasukkan ke dalam periuk yng mengandungi 1 mangkuk santan pekat. Masukkan 3 sudu besar cili boh dan biarkan mendidh. Masukkan juga 2 keping asam gelugor, sedikit belacan, garam, gula dan perasa secukupnya.

Masukkan ayam yang telah dipotong (saiz ikut suka) k dalam periuk dan biarkan mendidih sehingga separuh masak.

Keluarkan ayam dari periuk kuah tadi dan toskan seketika...


Letakkan ayam pada pemanggang dan lapikkan atas dan bawah dengan daun pisang supaya kuah tidak menitik dan panggang lah sehingga masak dengan membalikkan pada kedua-dua belahnya supaya masak dengan rata.

Sekarang boleh mula memanggang....hehehe atas dapur gas jer..tak larat pulak nak bakar atas arang. Bakar atas dapur arang lagu best tau.

Hah, sekarang dah masak, dan boleh ler buka pemanggang.

Sementara itu terus didihkan kuah di atas dapur sehingga kuah menjadi pekat
renjis2kan kuah percik dengan menggunakan batang serai yg diketuk pada pangkalnya (biar sampai terpercik hhehehe) pada ayam yang telah masak itu.

Percik , jangan tak percik....

Ayam percik ala ala Norishmuss dah masak sekarang.

Jirus kuah dia atas ayam dan sekarang boleh lah dihidangkan.

Goreng sayur sawi hijau dan sawi putih sebagai pelengkap hidangan.

23 August 2011

Berbuka Puasa Di Sekolah

Terima kasih, syukur alhamdulillah. Pihak sekolah telah mengadakan majlis berbuka puasa untuk semua warga smaasza pada 22hb Ogos yang lalu.

PK koku - yg akan memulakan tugas barunya sebagai PK HEM pada 1 September epan, tersenyum riang dan happy sekali.

Kelihatan dalam gambar TN Pengetua dan Wakil JHEAT, PEND. YM Engku Abdullah Engku Dalam Ahmad turut hadir memeriahkan majlis.




Ramai cikgu yang membawa sama isteri/suami dan anak-anak. Cg Rahani Ismail dan keluarga.

Ibu dan adik Cg Anisah , Cherry Niss.


Ustas Rosdi, Ustaz Hassan , Ustaz Zaidi and the geng!

Nasi beriani...

Ini gambar Ustas Mohd Zaidi, sayang muka tak nampak, jangan marah ya, Ustaz.

Cikgu Anita, Cg Mohammad Muda dan Ustazah Zawiah

Yang Dpertua PIBG Smaasza, Tn Hj Ruzak Mat Nor.

Hidangan nasi beriani dan kueh mueh. Syukran.

Umi Na < Cg Rohana Omar yg bergaya, hahahahha.

Pengetua, En Hashim b Embong sedang berbincang sesuatu dengan Cg Hasnah Mohd

Info bermaklumat akademik terpapar atas meja makan - inovatif

Hidangan lengkap nasi beriani Kak Nab Kantin.

Buah kurma, puding dan agar-agar

Awan Gemawan...



Awan

Udara yang mengandungi wap air akan memelowap menghasilkan titik-titik air, akan membentuk awan. Udara yang panas mengandungi lenih banyak wap air akan lebih menyejat.

Awan terbentuk apabila udara yang panas itu naik tinggi hingga kepada lapisan denagn suhu yang rendah menyebabkan wap itu mencair. Apabila keadaan atmosfera adalah lembap, lama kelamaan udara menjadi semakin tepu dengan wap air.

Titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan semakin berat, dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah menyebabkan titik-titik itu akan jatuh ke bumi sebagai hujan.

Bagi saya awan adalah satu fenomena. Ia adalah penghias langit. Tapi saya tak boleh tengok awan lama-lama. Kagum, pelik, takut dan entah apa-apa lagi. Ia akan menimbulkan satu perasaan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Dari dulu lagi saya memang suka mengambil gambar awan. Labih-lebih lagi jika ia kelihatan agak pelik dari biasa.

Awan mendung di langit yang kelabu.......syahdu.

Awan yang mendung dan kehitaman ini bergerak melindungi matahari dan awan yang memutih sehingga menimbulkan kilauan cahaya disebaliknya...

Hari yang ceria...kelihatan awan bertompok2.....sesekali seperti longgokan kapas, seolah buih-buih sabun....kadang tu macam kelihatan seperti telur putih yang dikepuk kencang ketika saya sedang membuat puding buih...hahahha. mood memasak datang lagi. Gambar ini diambil sewaktu saya pulang dari sekolah.

Di kejauhan kelihatan awan berkumpul, berlapis dan berlonggok, memecah sehingga menampakkan langit yang hanya diam membisu, masih setia dilindungi, datang dan pergi, silih berganti dengan rupa yang pelbagai.....Allahu Akbar!

Bagaimana awan lenyap?

Apabila titik-titik air tersebut bertemu udara panas, titik-titik itu akan mengewap dan lenyaplah awan itu. Inilah yang menyebabkan itu awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan.

Berat titik-titik air dalam awan boleh mencapai beberapa juta tan namun biasanya saiz (isipadu) awan adalah amat besar, jadi ketumpatan awan sebenarnya adalah cukup rendah untuk membolehkan angin di bawah dan di dalam awan menyokongnya.

Hujan yang turun akan membasahi bumi dan menyegarkan tumbuh2an...alangkah indahnya ciptaan Ilahi.

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Masak Tomato Ikan Kerapu

Lain orang, lain air tangannya. Kadang-kadang masakan seakan sama, tapi rasa belum tentu.
Hari ni saya masak tomato ikan kerapu. Ringkas sahaja dan amat mudah sekali menyediakannya.

Masak Tomato Ikan Kerapu

Penyediaan Kuah:
Bahan : 1 ekur ikan kerapu (panjang 1 kaki), 15 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih, 2 inci halia ditumbuk, 1 tin kecil baked beans, 3 sudu besar sos tomato del monte, 2 biji buah tomato dipotong, 2 biji lada merah dipotong, sedkit garam, gula dan perasa secukupnya.

Cara:
Ikan digoreng seperti biasa (ada orang suka lumur telur dan celup dgn tepung sebelum digoreng). Ketepikan ikan ke dalam pinggan, Di dalam kuali lain, Tumis : Bawang merah, halia, bawang putih ke dalam kuali sampai wangi , masukkan semua bahan2 lain hingga mendidih . Jangan didihkan terlalu lama , kacang panggang tadi akan hancur, nanti tak cantik lah.

Bila masak hias ikan dalam pinggan tadi mengikut kesukaan anda, dan jirus kuah ke atas ikan hingga habis.

Ikan kerapu masak tomato siap untuk dimakan.

Sayur campur bebola sayuran

Sebagai lauk iringan pelengkap hidangan , saya masak sayur campur bebola sayuran.

Hidangan sayur ini lagi senang, semudah A,B,C...hehehee.
Bahan: 1 biji karot, 1/2 biji bunga kobis, kacang buncis, lada benggala 3 warna, 6 ulas bawang putih ditumbuk, 1 labu bawang besar dimayang bulat, 2 sudu besar kicap, agaram, dan perasa secukupnya.

Cara:
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak, masukkan semua bahan sayuran diikuti bahan2 lain. Masak sampai separuh layu sahaja, dan siap untuk dimakan.