Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

21 July 2011

Bersyukur lah Kita KepadaNYA....


Puting beliung - tornado

Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus. Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.

Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.[1][2][3]

Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya. Saban tahun, ada nyawa yang terkoban akibat puting beliung.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.



Ini gambar awan pembentukan daripada puting beliung - tornado. Sangat menakutkan. Baru-baru berlaku di negara kita sendiri iaitu di Mersing, Johor. Sering terjadi di negara Barat. Alhamdulillah, syukur dengan nikmat kesejahteraan yang Allah limpahkan kepada kita. Semua bencana dan malapetaka adalah di dalam genggamanNYA. Semua makhluk seharusnya mengambil pengiktibaran daripada janji-janji Allah kepada kita hambanYA.

Puting beliung boleh berlaku hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan. Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak terbentuk.

Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara serentak serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada tempat yang sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih. Sekiranya angin ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung.

Apa perasaan kita, jika ianya terjadi di tempat kita. Ke mana hendak lari agaknya? Kalau saya tak sempat lari dah, pinnnnggggg..jatuh pengsan terus...berserah segala2nya kepadaNYA.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Puting beliung yang mengganas akan membunuh dan memusnahkan apa saja yang disentuhnya.



Yang Tersirat dan Yang Tersurat...

Sempena hari guru 2011 - anugerah daripada pelajar "Guru Paling Berdedikasi"

Apabila kita mendapat sesuatu hadiah / anugerah, pada saya ia adalah salah satu UJIANNYA juga. Bagaimana kita "mentakrif" penghargaan itu. Sejujurnya saya katakan bahawa 'berat hati' menyahutnya, tapi senang hati menerimanya.....pelik bunyinya kan? Ini ada lah kerana:

1. Kita patut menghormati dan menyambut baik pemberian itu.
2. Saya terfikir adakah saya selayaknya menerima anugerah itu?
3. Apakah perasaan kita pada masa menerima anugerah itu? , contohnya, bangga, riak, megah dan menunjuk-nunjuk? , selalu beringat, ini adalah ujian Allah untuk menguji hambaNYA.
4. Adakah terdetik dihati kita yang kita adalah terbaik daripada orang lain apabila menerima sesuatu hadiah/anugerah?
5. Kita seharusnya menjadikan anugerah itu sebagai perangsang untuk lebih berdaya maju dalam kerjaya dan penambahbaikan kepada usaha kita yang tak akan berkesudahan selagi kita berkhidmat.


Kadang-kadang kata-kata memang tidak terucapkan.....hanya hadiah dapat menggantikan kata, seperti ungkapan " tiada kata secantik bahasa" hanya hadiah pengganti diri.

Ungkapan dari guru untuk pelajar-pelajar nya. Pendek dan biasa sahaja perkataan dan ayatnya. Tapi jelas ia menggambarkan hasrat hati guru untuk memotivasikan pelajar, meniup semangat belajar cemerlang untuk menjadi pelajar cemerlang, sayangkan pelajarnya, kejayaan pelajarnya juga adalah sudah tentu kejayaannya juga.

Terima kasih kepada pelajar2 PMR 2008 yang membentangkan banner ini kepada kami.

Syukran......hanya sepatah perkataan keramat daripada pelajar kepada gurunya, tetapi begitu bermakna bagi kami, terasa lelah mengajar dan mendidik anda semua berlalu begitu sahaja....

Terima kasih kepada semua pelajar dengan aneka cenderamata..bukan hadiah yang didamba. Hormati guru, taat kepada ibu bapa dan patuh kepada peraturan sekolah, buat yg disururhNYA, jauhi yang dilarangNYA amat membahagiakan hati kami.

Ini hadiah dari seorang pelajar saya. Aiman. Hanya sebiji cawan dengan piring nya sekali. Nampak simple tapi amat bermakna.

Tengok daripada tulisannya amat mendalam sekali maksudnya.
"minta maaf banyak2", ini hadiah bukan untuk hiasan..."

hahahha
.

Saya mendefinasikan sebagai Aiman:
1. Seorang pelajar yang rendah diri.
2. Sangat perlukan perhatian gurunya, mungkin pada mata pelajaran yang belum dikuasai sepenuhnya.
3. Mahukan cikgu sentiasa mengingatinya (mau cikgunya guna selalu dan ingat kepadanya). Kalau disimpan , nanti cikgu mungkin lupa kepadanya).
4. Pohon restu guru dalam menghadapi pelajaran / peperiksaan.

Wallahua'lam.......

Minum pagi biskut kering cicah air milo panas, sedap!. Terima kasih Aiman.

Sebagai guru, kadang-kadang kita terlupa memberi perhatian yang sewajarnya kepada pelajar yang memerlukan bantuan kita. Terutama dalam masalah pembelajaran mereka. Bagi saya sesuatu yang tersurat itu mengandungi pengertian yang tersirat yang membawa kepada hasrat hati dan pengharapan seseorang itu kepada kita.


Terima kasih atas segalanya.......tanpa ada semua pelajar ku, siapa lah cikgu pada hari ini.

Takut Tengok Awan, Suka Lihat Pelangi...

Saya sangat suka lihat pelangi, tapi memang susah nak rakam gambar pelangi. Kadang tu setahun belum tentu berbetulan pelangi akan merentasi dilangit persekitaran kita. Ini adalah satu-satunya pelangi yang kebetulan sempat saya snap.

Sungguh cantik..........terasa makin dekat kepadaMu.

Awan memutih dilangit yang membiru, cantik, tp hati sayu memandangnya. Ku tak boleh merenungnya lama-lama. Pelbagai perasaan berbaur-baur. Kagum dengan yang Maha Pencipta. Allah hu Rob......

Suatu hari di persekitan ku, cuaca mendung langit gelap , ada kilauan cahaya disbalik awan hitam yg tebal, bagi ku ia adalah satu pemandangan yang menakutkan. Tapi saya sempat snap gambar. Teringat akan kebesaranNYA.....Allah hu Akbar!

Sejak dari kecil lagi memang saya takut melihat awan....macam-macam akan tergambar dalam kepala apabila melihat awan yang berbagai bentuk dan yang pelik-pelik.....hurrrrmmmm. kadang2 nampak seram. Tidak tahu lah dgn orang lain, bagi saya ia kadangkala mendebarkan. Takut akan bencanaMu , ya Allah.

Imaginasi ku bergerak pantas, sepantas awan yang bergerak,......fikiran jadi tidak keruan, sehingga kembali tunduk ke bumi. Pelik, perasaan ku ini .......

Kilauan cahaya disebalik awan menampilkan satu suasana yang indah walau cuaca mendung.

amazing...............menakjubkan tapi mencemaskan. Ini hanyalah apa yang ku rasa. Yang pasti kebijaksaan manusia tidak akan dapat mengatasi KEKUASAAN dan KEAGUNGAN Tuhan Yang Maha Esa.

01 July 2011

Popia Ayam

Inti popia ayam
Tumis bawang putih, bawang merah, halia, cili boh dan rempah kari dan masukkan ayam yg diptong kecil dan ubi kentang yang dipotong dadu. Masukkan asam keping, garam gula dan sedikit serbuk perasa secukupnya. Masak sehingga empuk semuanya.


Inti yang telah siap.




Bentang kulit popia diatas pinggan / dulang.




Letakkan inti dan gulung kulitnya

Gam
Bubuh sedikit gam, iaitu sedikit gandum yang dikacau dgan sedikit air, pada hujung kulit popia supaya inti tidak terkeluar semasa menggoreng.


Siap untuk digoreng


Popia ayam siap untuk dimakan.

Air tangan ibu, isteri lebih bermakna sekali dalam sesebuah keluarga! hargailah masa bahagia anda dirumah bersama orang yang tersayang.









03 June 2011

Katak oh katak!

Katak ialah sejenis haiwan amfibia, boleh hidup di dua alam, atas darat dan dalam air. hahahha, itulah kata-kata2 cikgu sains saya masa sekolah dulu. Tapi di sini saya bukan nak bercakap hal katak dari segi ilmu sains, tapi sebaliknya nak dibandingkan dengan perumpamaan yang biasa digunakan dalam masyarakat kita.

Tak kisah lah , itu tak penting disini. Cuma saya suka kategorikan katak ni kepada tiga jenis. Kalau orang lain mengkelaskan katak kepada nama dan speceis masing-masing, tapi kali ni berlainan pulak dengan saya. hhehhheee, harap jangan marah.Saya kategorikan katak kepada katak2 di dalam dunia ini dalam 3 keadaan:

Katak Di bawah Tempurung

hanya dapat melihat dunia melaui lubang kecil di bahagian atas tempurung.
tidak luas wawasan nya , luasnya bagaikan luas tempurung sahaja.
orang yang tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya.
mereka tidak tahu apa yan
g berlaku di ldunia luar dan perkembangannya.
Ia seolah-olah terkurung dan tidak dapat membezakan keadaan di dalam dan di luar.

mereka enggan berubah dan sangat selesa dengan keadaannya.

Like a frog under under a coconut shell.

Peluang untuk ke luar ada, tapi mereka tetap tidak mahu berubah....duduk lah dia ditakuk lama dalam keadaan zon yang selesa....alahai.

Katak di bawah tempurung.

Gelap, hitam dan kelam , itu lah dunia nya.
Apa yang dia dapat?? tak dapat apa-apa
hanya berteduh, tak pernah merasai terang cahaya matahari,
apa lagi cerah cerianya lelangit biru
malam dan siang sama sahaja
Lampu kalimantang juga lampu neon
terang redup cahaya tiada makna.

Anda selesa dengan cara lama dan tidak inginkan perubahan?

Selagi anda tidak cenderung untuk berubah kepada sesuatu yang baru ,
selagi itu anda adalah 'katak di bawah tempurung"

Bagaimana jika tempurung ini lutsinar?

===============================================

Katak Bawah Tempurung VS Katak Dalam Balang Kaca

Katak di dalam Balang Kaca

mata bebas memandang keindahan alam dan kekalutan manusia di luar
tapi mental masih terkongkong!
berjiwa kecil dan tiada daya saing
hanya melihat kejayaan orang lain tetapi tidak terdaya boleh berubah,
kasihan!

Katak dalam Ba lang kaca.

Mereka mahu bebas sebebas-bebasnya
hatinya membuak-buak untuk keluar
melompat ke sana ke mari
di tepi alur air, ditepi sawah , malah di padang yang luas
tanpa mengetahui dia akan tersesat, terjerumus, tersungkur
kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga!

Mereka boleh nampak, dengar, tahu, rasa apa yang berlaku , ....
tapi berapa ramai yang peka dan ambil peduli
serta bertindak mengikut arus perubahan yang berlaku
di sekeliling mereka??????????

Bila kah anda boleh mengeluarkan idea sendiri,
menjadi lebih kreatif dan inovat
if?

Berdiam diri tanpa berbuat sesuatu
??? ibarat katak di dalam balang kaca!

Janganlah kita menjadi seperti katak di dalam bekas kaca ,
dapat melihat apa yang berlaku disekelilingnya, tapi sekadar berdiam diri tanpa bertindak untuk melakukan perubahan yang positif dan membangun organisasi.

=================================== =============================

Katak Di padang Yang Luas

Adakah anda hanya mampu menjadi jaguh kampung sahaja
tapi tak mampu bersaing di alaf globalisasi?


Katak di padang yang luas

pemandangannya saujana mata memandang
gerak langkah bersimpang siur
di mana ada kemahuan
di situ ada j alan...
alasan usah dicari
jangan ikut resmi ayam
bertelur sebiji riuh sekampung
jadi lah seperti resmi padi
makin m
enunduk, makin berisi.

Dunia telah berubah. Kita juga perlu berubah mengikut agenda yang tersendiri dan sudah semestinya berpaksikan agama. Keunggulan dan kehebatan sesuatu organisasi itu sudah tentu berteraskan nilai jati diri, kekuatan minda, kualiti kerja , dan komitmen ahli dan teamwork yang padu
.


Think Positively & Creatively !

Jika kita asyik melihat, menunggu, malas berfikir, tidak berkongsi idea dan tenaga atau hanya sampai bila pun kita tidak akan maju ke hadapan dan selamatnya tidak akan hebat. Perbuatan yang suka komen dan kritik orang lain secara negatif tidak akan membawa apa-apa perubahan dan kemajuan kepada sesebuah organisasi di mana anda berkhidmat.