Majlis ini juga turut dihadiri oelh pengetua sekolah dan pegawai-pegawai PPD dari seluruh daerah. Tetamu paling kehormat ialah EXCO Pendidikan Terengganu iaitu YB Tn Hj Razif b Ismail.
18 September 2011
Berhari raya di JPNT
Majlis ini juga turut dihadiri oelh pengetua sekolah dan pegawai-pegawai PPD dari seluruh daerah. Tetamu paling kehormat ialah EXCO Pendidikan Terengganu iaitu YB Tn Hj Razif b Ismail.
17 September 2011
Meehun soto ala2 NorishMuss
Biarkan sehingga mendidih dan empuk. boleh lah dihidangkan dengan menabur sedikit daun sup dan bawang goreng.
01 September 2011
Menjelang raya...terlalu banyak dosa hambaMU ini.
Teringat zaman kanak-kanak dan remaja dahulu. Jauh sangat berbeza dengan apa yang dialami oleh kanak-kanak dan remaja zaman sekarang. Masa saya kecil dulu seminggu sebelum raya selepas solat terawih kami berarak keliling kampung sambil membawa tanglung yang dipasang lilin didalamnya. Malah ada antara kami yang memasang lilin pada tempurung yang dianggap sebagai pelita. Sekarang hanya tinggal kenangan,,,,,
Mereka kata tahun depan nak rileks, kena tempah lah juadah raya. Nanti kita tengok macam mana?
Dalam pada kita sibuk menyediakan juadah hari raya disamping pelbagai persiapan yang lain, hendaklah kita lebih mengutamakan ibadah kita terhadap Yang Maha Kuasa, Allah SWT, yang memberi kita segala nikmat dan rahmat didunia ini.
بسم الله الرحمن الرحيم
عن عبادة بن الصامت رضي الله عنه ، أن رسول الله صلّى الله عليه وسلّم قَالَ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَاْلأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ
Dari ‘Ubadah bin Shamit radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang melaksanakan shalat (pada) malam (hari raya) ‘Idhul Fithr dan ‘Idhul Adha, maka hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati (manusia).”
Yang dimaksudkan hati yang mati iaitu:
1) Hati yang tidak atau susah handak melaksanakan ajaran Islam (ibadah, syariat, iman dll)
Tapi apa yang dibahaskan oleh ulama secara terperinci lagi bekenaan hati yang mati ialah (ringkasan):
1) Hatinya mati iaitu : semasa Sakaratul maut seseorang itu tidak dapat mengucap, lebih teruk lagi apabila ia terpedaya dengan Syaitan dengan menafikan Lailahaillah.
2) Seseorang itu tidak dapat menjawab soalan Malaikat di Alam Barzakh.
- Tidak seperti Syaidina Umar r.a. Beliau dapat mengajukan balik soalan kepada malaikat yang bertanyakan dia semasa di alam barzakh. (ada sahabat nabi yang mendapat mimpi tersebut).
3) Semasa di hisab oleh Allah di akhirat kelak, seseorang itu akan terkedu dan membisu tidak berkata apa-apa dan berbuata apa-apa apabila disoal oleh Allah s.w.t.
Subhanallah! Terlalu banyak dosa hambaMU ini.
SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DENGAN GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERSIFAT SYAITAN .... nauzubillah.
31 August 2011
Salam Aidilfitri....
Selamat hari Raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa
Seruan kita untuk bersama
Selamat, selamat , selamat hari raya....
Itu lah antara bait lagu raya daripada ratusan lagu raya yang sering berkemundang dicorong-corong radio menjelang raya saban tahun sejak dari saya kecil hingga ke separuh abad ini. Pelbagai mesej disampaikan untuk menggambarkan kesyukuran, kegembiraan , kesedihan dan ada juga yang menggambarkan keagungan Ilahi.
Bagi saya hari berpuasa dibulan ramadhan dan berhari raya dibulan syawal adalah hari-hari yang penuh keinsafan dan rifleksi diri...keimanan dan ketaqwaan yang ada pada seseorang dari kita hanya Allah dapat menilai. Bagaimana kita mengimbangi tuntutan syariat dengan tanggungjawab kita sebagai umat dalam hidup bermasyarakat.
Dengan berbanyak-banyak beribadat dibulan Ramadhan yang mulia ini, tidak semestinya kita meremehkan urusan penyediaan menyambut Syawal. Menyediakan juadah raya untuk sama-sama dinikmati seisi keluarga , jiran tetangga dan tetamu yang berkunjung juga adalah satu ibadah. Asalkan tidak berlebihan yang menimbulkan riak dan Allah Maha Mengetahui setiap perbuatan kita dengan niat yang betul atau sebaliknya dan tidak lari daripada batasanNYA.
Pada bulan Syawal ini juga, ramai keluarga yang mengambil kesempatan mengadakan majlis kenduri kawin. Saya sendiri mendapat 8 undangan kawin sepanjang syawal ini. Kita disunatkan puasa 6 hari selepas 1 syawal. Lagi cepat lagi baik. Terutama kepada yang meninggalkan puasa kerana sebab2 yang dibolehkan , seeluknya dapat mengqadakan puasa sepanjang syawal ini.
Tapi kadang-kadang kita terpaksa menangguhkan dulu kerana untuk menghadiri undangan perkahwinan tersebut, disamping berkunjung ke rumah terbuka yang sudah menjadi amalan dalam masyarakat kita hari ni.
Memenuhi undangan perkahwinan dan jemputan jamuan hari raya juga merupakan amalan yang baik dan menjadi kewajipan kepada kita untuk menunaikannya.
Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seorang hambaNYA, melainkan kita yang menzalimi diri kita sendiri. Wallahua'lam.
25 August 2011
Macam-macam pesen...
Macam-macam gaya mereka belajar. Dulu masa saya bersekolah kalau gaya macam ni biasanya kami kena denda. Bila tak siap homework cikgu akan marah dan suruh kami buat di luar kelas. Kadang tu di tepi kelas dan di padang macam dalam gambar ni.
Walau apa pun mereka adalah murid, pelajar yang perlukan bimbingan dan didikan. P & P perlu diteruskan dan gunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran mereka itu sebaiknya. Yang penting matlamat P & P pada masa itu dicapai.
Tetapi sesekali belajar macam ni sedap juga, tukar suasana tukar rasa. Janji pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pelajar teruja , cikgu rileks dan objektif tercapai. Pastikan mereka diberi refleksi dan lihat keberkesanan sejauh mana isi pelajatan dapat dikuasai.
Mee Kari NorishMuss
Kali ini kita kongsi resepi mee kari pulak. Saya namakan dia Mee Kari NorishMuss. Agak banyak bahan yang digunakan, tapi sangat mudah cara memasaknya. Kena cuba tau! Jangan tak cuba, hahahhaha. Sedap. Kuah ni juga kalau dipekatkan sikit boleh dimakan dengan roti canai segera.
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia.
3 sudu besar cili boh
1 paket rempah kari
1 sudu besar udang kering dikisar halus
1 mangkuk santan besar
1/2 mangkuk ayam yg dipotong kecil
10 biji fishball dibelah 4
1 biji karot dipotong
bunga kobis (ikut suka banyak mana)
2 biji kentang dipotong
3 batang serai diketuk
2 keping asam gelugor
garam , gula, perasa , secukupnya.
Setelah tumis bahan2 tadi masukkan santan dan semua bahan lain, dan didihkan sehingga masak.
