Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

10 November 2011

Mini Gym Ku

Mini gym ku......

Hahahaha, ini lah mini gym ku. Setiap petang kami sekeluarga akan bersenam dengan gaya yang tersendiri. Masing-masing dengan alat kegemaran masing2 dan kadang2 tu bergilir-gilir. Alat-alat bersenam ini saya letak di ruang keluarga depan televisyen. Sambil menonton tv sambil bersenam. Lagipun rumah saya kecil saja, memang tidak ada ruang untuk meletakkan alat2 ini.

Pemecah lemak, tapi lemakku masih berketul2 jugak. Macam mana ni? hahahha, semua ni kerana tiada disiplin. Buat sambil lewa.

Gym ball....saya duduk-duduk je kat atasnya.

Saya jarang bersenam, biasanya digunakan oleh anak-anak. Sesekali saya tumpang juga. Memang rasa release. Mungkin faktor umur yang menjadikan rasa malas itu bermaharajalela. Walau apa pun pemakanan tambahan yang kita ambil, jenis pekerjaan kita, sebaiknya aktiviti bersenam ini mesti dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Sudah memadai kalau diamalkan setiap hari untuk kesihatan.

Dulu saya pernah juga pergi jogging setiap hari minggu, malah masa zaman muda2 dulu selalu juga masuk kelas erobik 1 kali seminggu. Memang rasa sihat dan segar. Tapi tuntutan kerja yang banyak dan sentiasa sibuk dengan pelbagai komitmen menyebabkan ia terhenti begitu saja. Sepatutnya kesihatan didahulukan, baru lah tidak mengganggu prestasi kerja kita, apabila badan kita sentiasa cergas dan bertenaga.

Alat pemberat ni jisimnya 5 kg. Kalau dua belah tangan rasa boleh tahan ringannya, tapi kalau sebelah tangan rasa boleh tahan juga beratnya hehehehehe.

Kerusi urut untuk bahagian belakang , pinggang, punggung dan paha..

Meja pingpong, boleh bermain 4 orang. Kalau saya bermain pingpong banyak juga keluar peluh sebab kutip bola yg jatuh, bukan sebab dapat sambut bola dari lawan....hahah. Jom lah.

Cegah sebelum kena, begitulah pesan doktor atau dietician apabila kita pergi membuat pemeriksaan kesihatan. Bersenam dan mengambil diet seimbang dengan cara makan dan cara memasak yang betul, perlulah dititikberatkan untuk mencegah daripada penyakit.

Pengambilan makanan tambahan dengan pelbagai jenis produk tidak menjadi keutamaan bagi saya untuk kekal sihat. Tapi kadangkalaia sangat perlu bagi kes2 yg tidak boleh tidak mesti mengambilnya dan atas saranan doktor, atau kepada yang mempunyai penyakit kronik dan paling susah untuk diubati. Sampai bila kita harus bergantung dengan pemakanan produk kesihatan tersebut. Walau bagaimana pun ia bergantung kepada individu dan tahap kesihatan serta cara mereka menjaga kesihatan tubuh badan masing2.

HARI RAYA QORBAN

'IDUL ADHA atau Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji adalah sama saja. Cuma sebutan lain-lain. Sekarang ni semakin ramai umat Islam yang mampu menunaikan korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Tapi bukan fakir miskin malah orang kaya sekali pun masih dapat merasa daging korban daripada jiran atau sahabat handai.. Mungkin di tempat kita sekarang golongan fakir miskin hanya segelintir saja, bahkan orang yang melakukan ibadah korban amat ramai, jadi kita dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Ya Allah, agungnya perintahMU, penuh dengan rahmat dan barokah.

Semangat berkorban ini seharusnya dipupuk dalam diri anggota masyarakat supaya melahirkan satu komuniti yang saling bantu membantu antara satu sama lain, dan sekaligus dapat mengurangkan jurang antara golong miskin dan golongan kaya dan juga antara pemimpin dan rakyat.

Upacara sembelihan dilakukan sejurus selepas solat Aidul Adha dilakukan secara berjemaah di masjid-masjid.

Semangat dan setia serta patuh kepada perintah Allah SWT oleh Nabi Ibrahim a.s membawa rahmat dan makna yang tersirat dan dilanjutkan untuk menghayati kebesaran Allah dalam upacara sembelihan qurban.

Sedang melapah daging


Hahahha...yg sedang berpeluk tubuh tu anak saya.....pengalaman pertamanya menunai korban. Dia sedang menunggu daging , di tempat sembelihan.


ha, ni dia lauk makan tengahari kami sebaik saja kami dapat daging sembelihan tu , daging bakar dan ulam-ulaman.

Daging singgang.....best!

Daging masak gulai kampung.

Ulam nenas ,petai dan daun pegaga.....nak kurangkan kolesterol.

Petai dan ulam raja penambah selera. Sekurang2nya ulam2 ni dapat "cover" lemak dan kolesterol sebab makan terlebih daging pada hari raya ni.

Tapi ha, ni dia.....buduuuu, ini kegemaran anak lelaki saya. Kalau tak ada budu, tak best, tak menyengat pula, hehehehe.
Jaga-jaga siapa yang ada darah tinggi!

Sambal belacan..

Makan bertimpuh nampaknya. Ini gambar adik saya dan suami serta anak2. Saya juga sediakan lauk ikan, mana tahu ada yang rasa nak makan ikan. Cuma ikan kembong yang dipanggang dan goreng ikan kering.

Happy bila semua adik-beradik berkumpul.......Tasnim Salsabila, aaaauuuuuuchap!

Lepas makan kenyang2 main pingpoing pulok dih, hahahahha.

Setia menunggu dan melayani tetamu makan

buah2 dipotong , selepas tu dicicah dengan cokelat pulak, hehehehe, sebagai pencuci mulut.



Bersama Amalia

Yang perempuan pula, sedang "jongging", katanya nak kurangkan kalori, hahahha.

Termenung kekenyangan.....syukur alhamdulillah.
(Coretan antara hari2 yg ku lalui.)

21 October 2011

Cabaran Untuk Guru

Saban hari semakin banyak salahlaku yang terjadi di kalangan pelajar sekolah. Malah ada yang masih dibangku sekolah rendah lagi sudah ada murid yang ketagih rokok, mengandung luar nikah, mencuri dan memeras ugut. Apatah lagi dikalangan pelajar sekolah menengah gejala soasial yang melanda ini adalah petanda kepincangan masyarakat yang semakin memuncak.

Gambar Hiasan: Mereka ini kelihatan tekun belajar. Hindaknya mereka tidak terjebak alam gejala sosial yang negatif dan mudah terpengaruh kepada perkara2 yang boleh membawa kepda kesesatan.

Bagi sesetengah pelajar dikebanyakan sekolah hari ini , masalah disiplin seperti ponteng kelas, hisap rokok, keluar tanpa kebenaran, melanggar peraturan sekolah/asrama, tidak membuat atau menyiapkan kerja rumah, melawan cakap guru, datang lewat, merempit dan berbagai-bagai lagi , adalah kesalahan kecil dan ringan sahaja dan sudah menjadi amalan biasa.
Tidak keterlaluan juga saya katakan bahawa perbuatan seperti membuang bayi, merogol, dan bergaduh sehingga kepada tahap membunuh sering terjadi kini.

Apa akan jadi kepada murid-murid dan pelajar alaf baru sekarang? Mengapakah ini semakin berleluasa berlaku? Maka golongan guru lah yang paling banyak berhadapan dengan pelbagai situasi ini. Mereka membesar dihadapan mata kita, walau pun bukan kita yang melahirkan, mereka bertingkah di hadapan mata kita, kerana sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka, sebagaimana kita sebagai guru atau pendidik sekolah adalah tempat kita mencari rezeki, mencurah bakti, dan yang paling penting membimbing dan mendidik mereka.

Persoalannya:

Adakah salah ibu yang mengandung (?????), adakah salah ibubapa yang melahirkan dan membesarkan dan mengasuh mereka? adakah salah guru yang mendidik? , adakah salah sistem pendidikan negara kita? adakah salah struktur komuniti masyarakat? adakah salah dengan perubahan dalam globalisasi alaf baru? adakah kita kekurangan ahli agama dan ulamak yang benar2 berpegang kepada hukum Allah yang boleh mengembalikan daripada segala yang mungkar ini? Wallahualam......


Ya Allah, perelokkanlah pekerti mereka sebagaimana Kau memperelokkan wajah mereka, Pakaikanlah hati mereka dengan cahaya hidayah, semoga mereka tidak tersasar dalam menempuh sebuah kehidupan yang semakin menduga keimanan mereka. Aminn.




15 October 2011

LADAP : SBT dan P&P Guru

LADAP atau Latihan Dalam Perkhidmatan ialah satu program berupa sesi ceramah atau bengkel atau latihan kemahiran dan seumpamanya yang wajib diadakan oleh setiap sekolah. Ia meliputi pelbagai aspek yang menjurus kepada perkembangan staf dan juga pembangunan ilmu dalam meningkatan prestasi kerja bagi setiap individu warga sekolah yang terdiri daripada guru dan kakitangan.
Unit Perkembangan Staf dengan kerjasama Unit Kurikulum adalah dipertanggungjawabkan untuk mengurus program ini. Semua tajuk-tajuk yang dipilih adalah berasaskan keperluan semasa sesebuah sekolah itu.

Puas.........itulah agaknya yang ada dalam hati En Nayan ni setelah selesai tugasnya. Beliau salah seorang penceramah LADAP siri 3 kami.

Baru-baru ini Smaasza telah mengadakan kursus LADAP siri ke 3 dgn memberi kepada initipati yang berkait rapat dengan SekolahBerpresati Tinggi (SBT) dan P & Guru. Banyak input-input yang diketengahkan membabitkan perubahan-perubahan dalam budaya kerja yang dituntut agar bersaing dipersada global dan antarabangasa. Boleh kah kami warga SMAASZA merealisasikan hasrat ini sesuai dengan pengiktirafan yang diberi?.
Hendak sejuta daya, mahu sebilion cara!


Cikgu2 yang ceria dan beresemangat dalam menyahut cabaran dunia pendidikan alaf baru.

Setelah mendapat gelaran Sekolah Kluster kecemerlangan , kebitaraan dalam Matematik , Sains dan Silat. kini Smaasza menuju ke era SBT. Dalam pada menjulang nama untuk menduduki antara sekolah yang mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain yang berprestej ini, perlu diingat ia memerlukan pengorbanan dan usaha berganda untuk mencemerlangkan warga dalam beberapa aspek penting iaitu : cemerlang sahsiah, cemerlang akademik , cemerlang koko dan berdaya kreativiti dan inovasi yang tinggi.

Penekanan seharusnya diberi kepada 3 aspek utama:
1. Sahsiah
2. Akademik
3. Kokurikulm

Semoga SMAASZA berjaya merentasi cabaran dalam dunia pendidikan.Insyaallah.

14 October 2011

Hari-hari yang berlalu..



Salah satu slot teknik menjawab matematik PMR

Setelah berbulan-bulan ke hulu ke hilir dengan slot matematik ke sekolah2 lain dan juga slot akademi PMR (JPN) kini sudah berakhir dengan selesainya peperiksaan PMR bagi tahun 2011.
Terasa rindu pulak dengan pelajar-pelajar yng sentiasa dahagakan ilmu dan perlukan bimbingan. Sesungguhnya semakin banyak yang dipelajari, semakin banyak pula yang masih kita tidak ketahui. Begitu juga dengan saya , semakin banyak kita meyampaikan ilmu kepada murid semakin terasa banyak lagi yang belum habis disampaikan kepada mereka. Ya Allah, begitu luas ilmuMU.

Puding marble

Terasa pelik. Masa anak2 masih kecil, semua kueh2, lauk pauk yang dihidangkan oleh saya mereka suka. Tapi tidak lagi sekarang ini. Kalau dulu gulai telur itik mereka bedal saja, tapi sekarang dah tak nak jamah. Ikan goreng kunyit mereka paling suka, tapi nampak makan tak nak makan je....Ada yang dah tidak makan durian , dan rambutan lagi. Begitu juga dengan puding, kalau dulu mereka makan je dan kata sedap, tapi sekarang ni boleh mereka kata yang kita tak pernah buat tu semua untuk mereka. Hmmm. Adakah kerana , bila dah besar dan dewasa sekarang ni tekak mereka , lidah mereka dah lain? wallahua'lam.

Ketupat sotong

Begitu juga dengan ketupat sotong, mereka sangat suka sampai sekarang. Tapi ada juga sorang yang tak mengaku yang mak dia ni selalu buat masa kecik2 dulu, bahkan masa saya masakkan untuk mereka makan di bulan puasa baru-baru ni, ada antara mereka yang segan2 nak makan, konon nya masakan baru bagi mereka....hahahahha. kelakar jugak anak2 saya ni. Apa nak jadi?

Cikgu Wan Amalia dan Cikgu Wan Zarina.

Anak perempuan saya yang dua orang ni merupakan guru sekolah di Ibu negara. Gambar ni saya rakam ketika baru sampai untuk bercuti hari raya baru-baru ini. Mereka berdua ni mengajar Matematik dan Matematik Tambahan. Mengalahkan mak dia. Mereka berdua masing-masing mengajar di sekolah yang majoritinya adalah cina. Apalagi seperti bertih goreng lah mulut bila bercerita perihal murid2 nya tu. huhuhuhhhhh. Daripada cerita2 mereka ni, boleh saya katakan bahawa kerenah murid2 sekarang ni sungguh mencabar kesabaran guru.

pokok orkid sekolahku.

Ini adalah antara pokok yang saya suka. Di rumah saya adalah serba sedikit spesis orkid yang saya tanam. Kadang2 tengok dari jauh, kadang2 belek2 lah juga, tu pun bila pulang awal. Dek kerana sibuk, saya selalu terlepas dari menegurnya. Kata orang jika kita selalu bercakap2 dengan pokok2 menjadikan ia bertambah subur dan rajin berbunga, hahahha, wallahualam.
Di sekolah pun ada beberapa tempat digantung dengan pokok orkid ni, dua rumah pokok orkid ini ada di depan pintu masuk bilik guru. Hari2 lalu di depannya pasti mata ini meninjau-ninjau dan menikmati keindahan bunga dan warnanya. Keagungan Maha Pencipta.



Apabila keluar rumah atau ke mana-mana saya akan melihat awan. Mata ini tak pernah lupa untuk merenung awan di langit untuk beberapa saat. Fenomena awan memang menjadi hobi saya untuk merakamkan gambarnya.






Ini gambar awan yang dibelakangnya terpancar sinaran matahari. Indah sungguh tatkala memandangnya, tapi sayu sangat, tak terucap dengan kata-kata.











Ketika kereta panjang berbaris di jalanraya sempat lagi snap gambar awan..











Awan yang tebal memutih di langit yang biru.







Minggu2 terakhir sekolah saya masih lagi menjalankan aktiviti koko untuk menghabiskan aktiviti yang belum beres lagi dilaksanakan. Saya kagum dengan murid2 ini, mereka begitu bersemangat sekali untuk memenangi pertandingan kawad kaki.
yang telah diadakan. Kredt untuk anak2 muridku semua. Anda penyumbang terbesar kegemilangan sekolah.

06 October 2011

Penerapan Proses Matematik dalam Matematik dan Matematik Tambahan


Mathematics is a description of the orderly creation of God.

Mathematics conforms to God’s truth and assists in understanding reality.

Matlamat Kurikulum

Standard Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bertujuan membentuk individu yang berfikrah matematik iaitu individu yang berpemikiran matematik, kreatif dan inovatif serta berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, berlandaskan sikap dan nilai dalam matematik agar berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian, selaras dengan perkembangan sains dan teknologi dan cabaran abad ke-21



Kenapa Kemahiran Proses Matematik Penting?

Murid hari ini akan terlibat dengan karier dan pengalaman pada masa hadapan yang memerlukan kemahiran penyelesaian masalah secara kreatif.




Berpemikiran matematik, kreatif dan inovatif serta berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, berlandaskan sikap dan nilai dalam matematik agar berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian, selaras dengan perkembangan sains dan teknologi dan cabaran abad ke-21.


Eleman Penting Dalam Kemahiran Proses Matematik ialah :





Penambahbaikan kurikulum sedia ada ini adalah untuk menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan dan cabaran abad ke-21.

PENYELESIAN MASALAH adalah jantung kepada Matematik

& harus mengandungi Masalah Bukan Rutin yang memerlukan tahap pemikiran tinggi


•Polya (1965) says,

“Solving a problem means finding a way out of a difficulty, a way around an obstacle, attaining an aim which is not immediately attainable.”




Keperluan Melaksanakan Transformasi Kurikulum:

Melengkap kitaran kurikulum.

Keperluan pendidikan abad ke-21.
Laporan kajian antarabangsa.

Adalah diharapkan dengan trasformasi kurikulum ini akan melahirkan masyarakat yang menpunyai ;

•
Nilai Murni
•Sejarah
•Kreativiti
•Inovasi
•Kemahiran Insaniah
•Kemahiran Keusahawanan