Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

12 November 2011

3 Dalam 1

SESI 1:

Hari ini saya sangat sibuk, hehehe, bukan sibuk banyak kerja pun. Cuma sibuk menghadiri 3 majlis dalam satu hari. Pagi2 lagi bermula pukul 9.00 pagi pergi ke Perpustakaan awam, kerana menerima Anugerah Guru Cemerlang Akademik 2011 sempena Hari Kreatif dan Inovatif anjuran Jheat, Bhg Pendidikan. Majlis ini dirasmikan oleh YB Ustaz Khazan b Che Mat.

Para penerima anugerah diberi sekeping sijil penghargaan dan sebuah jam tangan berjenama Crocodile. Bukan hadiah yang didamba, tetapi penghargaan yang diberi membuat hati kami teruja. Terima kasih banyak2 kpd penganjur majlis. Semoga usaha dan kerja buat anda semua akan diberkati Allah, Insyaallah.

Guru2 cemerlang akademik, kokurikulum, guru kreatif dan inovatif , datang daripada pelbagai sekolah. Gembira bila berjumpa kawan-kawan lama.

Bersalaman dan bertanya khabar

Tahniah kawan-kawan. Teruskan perjuangan untuk memartabatkan dunia pendidikan.
=======================================================================

SESI 2: Majlis Perkahwinan Dalila dan Bard

Bergambar kenangan bersama pengantin

Setelah selesai majlis Hari Kreatif dan Inovatif , kami bergegas pula ek Majlis Perkahwinan Dalila dan pasangannya anak Cg Wan Faridah di TTI, Taman Tamaddun Islam. Nampaknya warna temanya pink lembut. Sangat ekslusif...

Menjamu selera...

Lunch hari ni 2 kali, sebelum ni dah makan sepinggan nasi putih kat majlis anugerah tadi, sekarang bedal lagi sepinggan kat jamuan kawin. hmmmm.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Dalila dan suami, Bard. Semoga kekal hingga ke anak cucu. Aminn.
===================================================================


SESI 3 : Karnival Inovasi dan SkillsMalaysia Terengganu 2011

Pada pukul 3.30 petang pula berkejar ke TTC (Planetarium) untuk satu program Karnival dan SkillsMalaysia Terengganu 2011, bertempat di Pusat Dagangan Terengganu Padang Hiliran Terengganu.

Sekolah saya, SMAASZA mendapat JOHAN dalam pertandingan menghasilkan produk "Easy Bulb Changer. Haaaahhahhha, sangat kreatif, kalau nak tukar mentol lampu tak payah guna tangga lagi dah, guna je galah hikmat ni.....selesai masaalah.

Majlis ini dirasmikan oleh Dato' Mazlan bin Harun, YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu

Bergambar kenangan dengan peserta SMAASZA yang kreatif lagi inovatif ini. Usaha anda berbaloi. Kami bangga dengan anda yang telah menjulang nama sekolah. Syabas dan tahniah!

Semoga warga Terengganu dapat menghasilkan ciptaan yag membanggakan dan boleh bersaing di persada dunia. Insyaallah. Terengganu BOLEH!!!!








10 November 2011

Mini Gym Ku

Mini gym ku......

Hahahaha, ini lah mini gym ku. Setiap petang kami sekeluarga akan bersenam dengan gaya yang tersendiri. Masing-masing dengan alat kegemaran masing2 dan kadang2 tu bergilir-gilir. Alat-alat bersenam ini saya letak di ruang keluarga depan televisyen. Sambil menonton tv sambil bersenam. Lagipun rumah saya kecil saja, memang tidak ada ruang untuk meletakkan alat2 ini.

Pemecah lemak, tapi lemakku masih berketul2 jugak. Macam mana ni? hahahha, semua ni kerana tiada disiplin. Buat sambil lewa.

Gym ball....saya duduk-duduk je kat atasnya.

Saya jarang bersenam, biasanya digunakan oleh anak-anak. Sesekali saya tumpang juga. Memang rasa release. Mungkin faktor umur yang menjadikan rasa malas itu bermaharajalela. Walau apa pun pemakanan tambahan yang kita ambil, jenis pekerjaan kita, sebaiknya aktiviti bersenam ini mesti dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Sudah memadai kalau diamalkan setiap hari untuk kesihatan.

Dulu saya pernah juga pergi jogging setiap hari minggu, malah masa zaman muda2 dulu selalu juga masuk kelas erobik 1 kali seminggu. Memang rasa sihat dan segar. Tapi tuntutan kerja yang banyak dan sentiasa sibuk dengan pelbagai komitmen menyebabkan ia terhenti begitu saja. Sepatutnya kesihatan didahulukan, baru lah tidak mengganggu prestasi kerja kita, apabila badan kita sentiasa cergas dan bertenaga.

Alat pemberat ni jisimnya 5 kg. Kalau dua belah tangan rasa boleh tahan ringannya, tapi kalau sebelah tangan rasa boleh tahan juga beratnya hehehehehe.

Kerusi urut untuk bahagian belakang , pinggang, punggung dan paha..

Meja pingpong, boleh bermain 4 orang. Kalau saya bermain pingpong banyak juga keluar peluh sebab kutip bola yg jatuh, bukan sebab dapat sambut bola dari lawan....hahah. Jom lah.

Cegah sebelum kena, begitulah pesan doktor atau dietician apabila kita pergi membuat pemeriksaan kesihatan. Bersenam dan mengambil diet seimbang dengan cara makan dan cara memasak yang betul, perlulah dititikberatkan untuk mencegah daripada penyakit.

Pengambilan makanan tambahan dengan pelbagai jenis produk tidak menjadi keutamaan bagi saya untuk kekal sihat. Tapi kadangkalaia sangat perlu bagi kes2 yg tidak boleh tidak mesti mengambilnya dan atas saranan doktor, atau kepada yang mempunyai penyakit kronik dan paling susah untuk diubati. Sampai bila kita harus bergantung dengan pemakanan produk kesihatan tersebut. Walau bagaimana pun ia bergantung kepada individu dan tahap kesihatan serta cara mereka menjaga kesihatan tubuh badan masing2.

HARI RAYA QORBAN

'IDUL ADHA atau Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji adalah sama saja. Cuma sebutan lain-lain. Sekarang ni semakin ramai umat Islam yang mampu menunaikan korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Tapi bukan fakir miskin malah orang kaya sekali pun masih dapat merasa daging korban daripada jiran atau sahabat handai.. Mungkin di tempat kita sekarang golongan fakir miskin hanya segelintir saja, bahkan orang yang melakukan ibadah korban amat ramai, jadi kita dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Ya Allah, agungnya perintahMU, penuh dengan rahmat dan barokah.

Semangat berkorban ini seharusnya dipupuk dalam diri anggota masyarakat supaya melahirkan satu komuniti yang saling bantu membantu antara satu sama lain, dan sekaligus dapat mengurangkan jurang antara golong miskin dan golongan kaya dan juga antara pemimpin dan rakyat.

Upacara sembelihan dilakukan sejurus selepas solat Aidul Adha dilakukan secara berjemaah di masjid-masjid.

Semangat dan setia serta patuh kepada perintah Allah SWT oleh Nabi Ibrahim a.s membawa rahmat dan makna yang tersirat dan dilanjutkan untuk menghayati kebesaran Allah dalam upacara sembelihan qurban.

Sedang melapah daging


Hahahha...yg sedang berpeluk tubuh tu anak saya.....pengalaman pertamanya menunai korban. Dia sedang menunggu daging , di tempat sembelihan.


ha, ni dia lauk makan tengahari kami sebaik saja kami dapat daging sembelihan tu , daging bakar dan ulam-ulaman.

Daging singgang.....best!

Daging masak gulai kampung.

Ulam nenas ,petai dan daun pegaga.....nak kurangkan kolesterol.

Petai dan ulam raja penambah selera. Sekurang2nya ulam2 ni dapat "cover" lemak dan kolesterol sebab makan terlebih daging pada hari raya ni.

Tapi ha, ni dia.....buduuuu, ini kegemaran anak lelaki saya. Kalau tak ada budu, tak best, tak menyengat pula, hehehehe.
Jaga-jaga siapa yang ada darah tinggi!

Sambal belacan..

Makan bertimpuh nampaknya. Ini gambar adik saya dan suami serta anak2. Saya juga sediakan lauk ikan, mana tahu ada yang rasa nak makan ikan. Cuma ikan kembong yang dipanggang dan goreng ikan kering.

Happy bila semua adik-beradik berkumpul.......Tasnim Salsabila, aaaauuuuuuchap!

Lepas makan kenyang2 main pingpoing pulok dih, hahahahha.

Setia menunggu dan melayani tetamu makan

buah2 dipotong , selepas tu dicicah dengan cokelat pulak, hehehehe, sebagai pencuci mulut.



Bersama Amalia

Yang perempuan pula, sedang "jongging", katanya nak kurangkan kalori, hahahha.

Termenung kekenyangan.....syukur alhamdulillah.
(Coretan antara hari2 yg ku lalui.)

21 October 2011

Cabaran Untuk Guru

Saban hari semakin banyak salahlaku yang terjadi di kalangan pelajar sekolah. Malah ada yang masih dibangku sekolah rendah lagi sudah ada murid yang ketagih rokok, mengandung luar nikah, mencuri dan memeras ugut. Apatah lagi dikalangan pelajar sekolah menengah gejala soasial yang melanda ini adalah petanda kepincangan masyarakat yang semakin memuncak.

Gambar Hiasan: Mereka ini kelihatan tekun belajar. Hindaknya mereka tidak terjebak alam gejala sosial yang negatif dan mudah terpengaruh kepada perkara2 yang boleh membawa kepda kesesatan.

Bagi sesetengah pelajar dikebanyakan sekolah hari ini , masalah disiplin seperti ponteng kelas, hisap rokok, keluar tanpa kebenaran, melanggar peraturan sekolah/asrama, tidak membuat atau menyiapkan kerja rumah, melawan cakap guru, datang lewat, merempit dan berbagai-bagai lagi , adalah kesalahan kecil dan ringan sahaja dan sudah menjadi amalan biasa.
Tidak keterlaluan juga saya katakan bahawa perbuatan seperti membuang bayi, merogol, dan bergaduh sehingga kepada tahap membunuh sering terjadi kini.

Apa akan jadi kepada murid-murid dan pelajar alaf baru sekarang? Mengapakah ini semakin berleluasa berlaku? Maka golongan guru lah yang paling banyak berhadapan dengan pelbagai situasi ini. Mereka membesar dihadapan mata kita, walau pun bukan kita yang melahirkan, mereka bertingkah di hadapan mata kita, kerana sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka, sebagaimana kita sebagai guru atau pendidik sekolah adalah tempat kita mencari rezeki, mencurah bakti, dan yang paling penting membimbing dan mendidik mereka.

Persoalannya:

Adakah salah ibu yang mengandung (?????), adakah salah ibubapa yang melahirkan dan membesarkan dan mengasuh mereka? adakah salah guru yang mendidik? , adakah salah sistem pendidikan negara kita? adakah salah struktur komuniti masyarakat? adakah salah dengan perubahan dalam globalisasi alaf baru? adakah kita kekurangan ahli agama dan ulamak yang benar2 berpegang kepada hukum Allah yang boleh mengembalikan daripada segala yang mungkar ini? Wallahualam......


Ya Allah, perelokkanlah pekerti mereka sebagaimana Kau memperelokkan wajah mereka, Pakaikanlah hati mereka dengan cahaya hidayah, semoga mereka tidak tersasar dalam menempuh sebuah kehidupan yang semakin menduga keimanan mereka. Aminn.




15 October 2011

LADAP : SBT dan P&P Guru

LADAP atau Latihan Dalam Perkhidmatan ialah satu program berupa sesi ceramah atau bengkel atau latihan kemahiran dan seumpamanya yang wajib diadakan oleh setiap sekolah. Ia meliputi pelbagai aspek yang menjurus kepada perkembangan staf dan juga pembangunan ilmu dalam meningkatan prestasi kerja bagi setiap individu warga sekolah yang terdiri daripada guru dan kakitangan.
Unit Perkembangan Staf dengan kerjasama Unit Kurikulum adalah dipertanggungjawabkan untuk mengurus program ini. Semua tajuk-tajuk yang dipilih adalah berasaskan keperluan semasa sesebuah sekolah itu.

Puas.........itulah agaknya yang ada dalam hati En Nayan ni setelah selesai tugasnya. Beliau salah seorang penceramah LADAP siri 3 kami.

Baru-baru ini Smaasza telah mengadakan kursus LADAP siri ke 3 dgn memberi kepada initipati yang berkait rapat dengan SekolahBerpresati Tinggi (SBT) dan P & Guru. Banyak input-input yang diketengahkan membabitkan perubahan-perubahan dalam budaya kerja yang dituntut agar bersaing dipersada global dan antarabangasa. Boleh kah kami warga SMAASZA merealisasikan hasrat ini sesuai dengan pengiktirafan yang diberi?.
Hendak sejuta daya, mahu sebilion cara!


Cikgu2 yang ceria dan beresemangat dalam menyahut cabaran dunia pendidikan alaf baru.

Setelah mendapat gelaran Sekolah Kluster kecemerlangan , kebitaraan dalam Matematik , Sains dan Silat. kini Smaasza menuju ke era SBT. Dalam pada menjulang nama untuk menduduki antara sekolah yang mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain yang berprestej ini, perlu diingat ia memerlukan pengorbanan dan usaha berganda untuk mencemerlangkan warga dalam beberapa aspek penting iaitu : cemerlang sahsiah, cemerlang akademik , cemerlang koko dan berdaya kreativiti dan inovasi yang tinggi.

Penekanan seharusnya diberi kepada 3 aspek utama:
1. Sahsiah
2. Akademik
3. Kokurikulm

Semoga SMAASZA berjaya merentasi cabaran dalam dunia pendidikan.Insyaallah.