Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

17 December 2011

Bubur Jagung Norishmuss.com




Salah satu jenis bubur yang saya suka ialah bubur jagung. Memang resepi bubur ini sangat senang disediakan. Lebih sedap dimakan waktu petang seisi keluarga. Ada umphh. Teringat pula bulan ramadhan, saya kerap menyediakan juadah bubur berbanding dengan kueh mueh yang lain.
Sekarang saya sertakan resepi bubur jagung saya. Ia lain dari yang lain. Cuba lah.

1 mangkuk besar isi jagung yg telah di sisih dari empulurnya.

2 mangkuk santan (sederhana pekat )
1/2 tin susu pekat
2 senduk gula
3 helai daun pandan
3 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 1/2 cawan air.

Cara membuatnya;

Jagung direbus sehingga empuk. Setelah empuk masukkan semua bahan2 lain sehingga sebati dan masak. Sukatan gula boleh dikurangkan atau ditambah mengikut citarasa anda.
Mudah dan ringkas sahaja penyediaannya, bukan? Jadii anda kena cuba.

11 December 2011

Makan tengahari dengan nasi kerabu norishmuss.com

Hidangan Nasi Kerabu

Align Left
Nasi Kerabu Norishmuss.com

Hidangan tengahari saya sekeluarga hari ini ialah nasi kerabu. Seperti biasa masakan saya simple dan mudah disediakan. Anda boleh mencuba resepi ini samaada untuk sarapan, makan tengahari, atau makan malam, mengikut kesesuaian anda.

Nasi dimasak seperti biasa cuma campurkan sedikit air sejenis bunga(tak tahu namanya) yang berwarna biru, atau kalau tak ada gunakan saja pewarna biru. Tapi awas bubuh setitis sahaja, nanti terlajak, nasi anda akan berwarna seperti biru nila.....hahahha, kang dok lalu pulok nok makang.....hehehhee.

Ikan kembong yang dipanggang dan ambilnya isinya untuk membuat sambal kelapa.

Sambal nyor, digoreng tanpa minyak.

Bahan-bahan
1 biji kelapa yang diparut
2 ekur ikan kembung dipanggang dan diambil isinya lalu ditumbuk halus.
10 ulas bawang putih ditumbuk
2 inci halia ditumbuk
5 ulas bawabg putih ditumbuk
1 sudu besar lada hitam ditubuk
2 keping asam gelugur
sedikit garam, gula dan serbuk perasa.

Cara:
Semua bahan2 diatas digaul bersama dan digoreng dalam kuali tanpa minyak sehingga agak garing dan masak.

Sambal nyor yang telah masak


Ayam masak percik dan kuahnya, klik di sini

Telur masin

Keropok goreng
Budu + lada burung + bawang merah yang dimayang dan perahan limau nipis.

Ulam : taugeh, bunga kantan, timun, daun serai kayu, daun gajus, daun pucuk kadok.

Gaul semua sehingga rata


lada burung + cuka + garam + gula + cili sos + air

Satu hidangan lengkap nasi kerabu

Walau bagaimana pun ada sesetengah orang suka menambah lagi lauk nasi kerabu ini dengan bawang putih jeruk, sarak lada, ikan kering, ikan goreng celup tepung, ayam goreng dan sebagainya.

Siap untuk dimakan. Yum, yum, yum , yummy, erghhhh, alhamdulillah.

08 December 2011

Nasi Dagang Norishmuss

Assalamualaikum wbt.....

Hari ni saya terasa sangat nak makan nasi dagang Tganu buatan sendiri, jadi saya namakan dia, nasi dagang Norishmuss. Pernah pada satu ketika dulu2, ada juga kawan dan jiran tetangga yang tempah dengan saya, tapi bab2 tempah menempah ni saya dah stop sekarang, tak larat rasa nak membasuh periuk belanga dan mengemas dapur apabila selesai tugas memasak. Sebab tu saya hanya memasak untuk hidangan keluarga saja, seperti hari raya, makan hujung minggu atau sesekali menjemput rakan-rakan datang makan ke rumah.
Anda boleh lah cuba resepi nasi dagang saya yang simpel ini , tapi tetap berbaloi. hehehhee.

Nasi Dagang Norishmuss
1 kilo beras panjang, 2 cawan beras pulut, 1 mangkuk santan pekat, 1 sudu besar halba, 2 inci halia dihiris nipis dan potong kecil2 memanjang, 6 ulas bawang merah dimayang, 1 sudu besar garam, 2 sudu besar gula.

Cara Memasak

Beras panjang dan beras pulut direndam dalam air selama 3 jam.

Toskan dan kukus dalam periuk mengukus. Selepas 10 - 15 minit. angkat dan tuang beras tadi ke dalam bekas lain.

Jirus dan kacau dengan air sejuk sehingga sebati dan masukkan semula ke dalam periuk menhukus dan kukus lagi selama 10-15 minit juga.




Ulangi proses mengukus ini sesehingga 3 kali. Orang Tganu kata "arong". hahahha, tak tahu lah orang luar Tganu sebut apa.

Setelah 3 kali arong dengan air sejuk tadi, masukkan nasi ke dalam bekas lain.
Kacau nasi dagang dengan bancuhan santan tadi sampai sebati. Kemaskan didalam pinggan atau mangkuk nasi.








1 mangkuk santan, yang telah dicampur dengan 1 sudu besar halba, halia yang dipotong , hirisan bawang merah, garam dan gula.







Nasi dagang yang telah siap dikukus. Memang sedap! Kalau tak sedap maknanya air tangan anda tak menjadi, di hujung jari anda tak ada bentuk siput yang berpusar, hahahhaa, jangan marah, gurau saje. Tapi anda boleh chek antara 10 jari tangan , ada berapa jari yang bersiput. hahahahhaaa.

Gulai Ikan Nasi Dagang
1 ekur ikan tongkol (direbus dengan 3 keping asam gelugor dan sedikit garam dan skeping gula mwlaka terlebih dahulu), 10 ulas bawang merah, 1 mangkuk kecil cili boh,
2 inci halia ditumbuk halus, 1 inci lengkuas ditumbuk halus, 5 ulas bawang putih ditumbuk halu, 2 paket rempah gulai (cap bunga rose), 2 sudu besar kerisik, 1 keping kecil gula melaka, 1 sudu besar ketumbar, jintan manis, jintan putih, 1 mangkuk besar santan sederhana pekat.
Sedikit garam gula dan serbuk
perasa. Buah belimbing buluh (jika ada).

Cara Memasak
Santan dididihkan di dalam satu periuk. Dalam kuali yang lain tumis semua bahan2 tumbuk dan masukkan bahan2 lain sehingga wangi dan masak. Tuangkan bahan tumis tadi ke dalam periuk yang santannya sedang mendidih tadi. Masukkan ikan yang telah direbus dan lada jarum. Kacau perlahan sehingga masak.




Acar Nasi Dagang

2 biji timun batang dipotong
1 biji karot diparut
1 labu bawang besar
1 biji cili merah dihiris
sedikit garam, gula, dan cuka.



Hmmm, yum, yum, yummmy...

Anak saya tak suka ikan tongkol, jadi saya campur lah sekur ikan kembung dengan beberapa biji telur rebus ke dalam gulai. Pelik juga dia ni. Ada ke dia cakap yang rasa ikan tongkol tu rasa serupa seperti surat khabar basah. Bila masa pulak saya masakkan lauk surat khabar ni. hahahhaa, kelakar sungguh.

Selamat mencuba, belum cuba belum tahu!

07 December 2011

Resepi Hari Ini

Ikan siakap masak stim dan seafood sos tiram.

Musim-musim cuti begini kebanyakan masa saya memerap di rumah saja. Lagi pun baru saja balik dari Melaka dan Kuala Lumpur. Nak pergi makan angin lama-lama pun banyak halangannya. Salah satunya tak cukup korum, mana boleh pergi makan angin kalau tak cukup satu family, tak syok lah. Ada macam-macam hal. Tak dapat cuti lah, kena tanda kertas exam lah, dan yang paling penting, tak cukup ongkos dong! hehhehehehe. Lagi pun banyak undangan kenduri kawin yang saya patut penuhi disamping mesyuarat-mesyuarat persediaan untuk sesi 2012 sudah bermula.

Ha, hari ini apa kata kita sama-sama kongsi lauk untuk makan tengahari. Hari ni saya masak dua lauk, iaitu ikan siakap masak stim dan seafood masak sos tiram. Mudah saja. Kena cuba ni. hmmmm menyelerakan!

Ikan siakap masak stim

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 1 ekor ikan siakap putih segar yg sederhana bsar
    (ikan kerapu dan bawal putih jyga sedap, ye)
  • 5 ulas bwg putih ditumbuk
  • 1 inci halia dihiris nipis
  • 1 inci lengkuas dihirid nipis
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 batang serai dipotong nipis atau diketuk
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • setangkai daun sup dipotong kecil-kecil
  • 1 tangkai daun bawang dipotong kecil-kecil
  • 1 biji cili merah dimayang
  • 10 biji lada jarum(diketuk)
  • 4 sudu besar air perahan limau nipis
  • 4 sudu besar limau kasturi
  • 5 sudu besar susu cair
  • sedikit garam
  • 1 mangkuk air
  • 1/2 batang karot
  • 1/3 biji bunga kobis
    (semasa menghidangnya letak 2 helai daun limau purut di atasnya untuk mendapatkan lebih aromanya)

Cara memasak

Didihkan air di dalam kuali. Masukkan ikan, halia, bawang putih, cili api , serai dan lengkuas. Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, cili merah, karot, bunga kobis, . Kacau dengan rata. Masukkan susu cair, garam, dan tomato. Biarkan mendidih selama 2 minit. Tutup api, masukkan air perahan limau dan taburkan daun sup dan daun bawang. Tudung sekejap dan bolehlah dihidangkan.

Seafood masak sos tiram

Bahan-bahan ( udang, sotong dan bebola ikan )


  • 1/4 kilo udang
  • 1/4 kilo sotong
  • 12 biji bebola ikan digereng terlebih dahulu

    Bahan tumis
  • 5 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 labu bawang besar

    Bahan perencah
  • 10 biji lada jarum
  • 8 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
  • sedikit kicap manis
  • sedkit asam jawa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit ajinomoto (jika suka)

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tumis seperti di atas. Bila wangi masukkan udang, sotong dan bebola serta semua bahan-bahan perencah satu persatu. Kacau sebati sehingga 7 -10 minit sehingga sotong dan udang empuk.

hmmmm, sedap., jangan tak cuba tau!

Ha, ni dia lauk tengahari saya sekeluarga hari ini, ikan siakap putih masak stim, seafood masak sos tiram, ikan pekasam goreng, ulam timun dan sambal belacan. Elakkan gula yang berlebihan dalam masakan. (hehehhe, untuk peringatan diri sendiri)......hmmm, sedap hingga menjilat tangan. Saya juga menggunakan beras taj mahal faiza herba ponni yang kandungan kanjinya sedikit sahaja. (malah sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis juga)

Alhamdulillah atas segala nikmatMU. Tiada apa yang membahagiakan hidup kita di dunia ini, melainkan diberiNYA kesihatan yang baik. Subhanallah!.

06 December 2011

Menara Kuala Lumpur

Nak naik menara KL kena beli tiket dulu....hehehhe.

Menara Kuala Lumpur, terngiang-ngiang ditelinga namanya disebut orang. Tetapi saya tak pernah ambil tahu dan tak pernah ambil pusing, seolah-olah tidak sedar akan kewujudannya. Sedar tak sedar menara ini telah pun berumur lebih daripada 16 tahun. Ia dibina pada tahun 1995 dan mula beroperasi pada tahun 1996. Menara yang setinggi 421 meter ini adalah menara ke 2 tertinggi pada masa itu. Walau bagaimanapun sekarang ia telah menduduki tangga ke 5 tertinggi setelah semakin banyak negara lain yang membina menara seumpama ini telah mengatasi ketinggiannya.

Harga tiket ialah RM30 untuk orang dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Tetapi bagi yang bukan warga negara Malaysia harga tiket ialah RM45.

Puncak menara yang dilihat dari aras bawah.....sayup mata memandang.

Di atas pucak sana juga terdapat Restoran berputar Seri Angkasa. Tapi saya tak masuk kat sana. Tiket untuk masuk makan dan duduk-duduk sambil melihat keindahan bandaraya Kuala Lumpur serta menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan tradisional, barat dan segala kueh mueh ialah dengan harga RM 120+++ seorang. Walau bagaimana pun harganya bergantung kepada tawaran yang diberi dari masa ke semasa.

Gayat....

Keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur dapat dilihat.

Pelajar sekolah dan anak-anak yang dibawa ibu bapa turut sama berkunjung

Dipuncak atas sana juga terdapat booth yang menjual barangan cenderahati dan kraf tangan.



Teropong disediakan untuk membolehkan kita melihat pemandangan dengan lebih jelas dan terasa dekat dengan tempat kita berada.

Pasangan romantis ini sempat lagi berposing kenangan...hahahahhaha.


Ruang lobi di bawah, pelbagai barangan dijual

Terasa malu pada diri sendiri.........bangunan tersergam ini yang menjadi kebanggaan negara sekian lama, baru kini saya terasa kewujudannya. Macam-macam ada.

05 December 2011

Panoramaku Di Suatu Senja ......

Di ambang senja......ketika mendongak ke langit , mata terpukau melihat fenomina awan yang mengiringi perjalanan. Masa tu kami berhenti solat di sebuah stesen pam minyak. Gambar ini saya ambil di tempat yang sama di mana tempat saya berdiri. Cuma semasa snap gambar ni badan saya berpusing 360 darjah, untuk mendapatkan suasana dan pemandangan yang berbeza. Sungguh unik, ajaib dan indah lakaranMU yang Allah. Subhanallah, terpukau, tergamam, takut, teruja dan terkedu. CiptaanMU amat menginsafkan......

Seolah-olah jari jemari.........

Seakan sangat dekat mencecah pohon-pohon

Awan tebal yang beransur memecah....gambar diambil betul2 ketika kepala mendongak ke atas.

Mega-mega berserakan

Nun di kejauhan kelihatan bulan menggapai awan. Sungguh cantik.

Awan kelihatan berbalam, semakin kelam menjelang senja yang akan melabuhkan tirai siang.

Kebiruan, kemerahan bersatu dengan awan yang memutih...sungguh syahdu.

Sedang beransur-ansur menutup langit biru yang sentiasa menjadi latarbelakang awan yang berarak.


Kalau direnung lama2, seakan-akan satu lembaga hendak menerkam........ushhhh.
Tidak dapat ku bayangkan..

Terasa di atas sana ada sesuatu sedang bergelora

Seperti ombak menggila menghempas pantai

Mega ketika matahari terbenam...seperti sebuah lukisan, sungguh mengasyikkan.