Search This Blog

Loading...
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

24 August 2011

Ayam Percik ala-ala Norishmuss

Ayam Percik ala-ala Norishmuss

Masih kekal dengan 1 hari hanya 1 lauk, 1 sayur/ulam, 1 kueh dan 1 jenis buah. Lain tangan yang memasak, lain rasanya walaupun resepinya sama. Inovasi dalam masakan sangat penting untuk mengubah citarasa. Kadang-kadang masakan yang ringkas lebih sedap dan menyelerakan jika kena dengan ramuannya, asam garamnya, dan pahit manisnya. hmmmmm.

Kuah ayam percik

Bahan2:
20 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih, 2 inci halia, 2 inci lengkuas , 1 inci kunyit kisar dan dimasukkan ke dalam periuk yng mengandungi 1 mangkuk santan pekat. Masukkan 3 sudu besar cili boh dan biarkan mendidh. Masukkan juga 2 keping asam gelugor, sedikit belacan, garam, gula dan perasa secukupnya.

Masukkan ayam yang telah dipotong (saiz ikut suka) k dalam periuk dan biarkan mendidih sehingga separuh masak.

Keluarkan ayam dari periuk kuah tadi dan toskan seketika...


Letakkan ayam pada pemanggang dan lapikkan atas dan bawah dengan daun pisang supaya kuah tidak menitik dan panggang lah sehingga masak dengan membalikkan pada kedua-dua belahnya supaya masak dengan rata.

Sekarang boleh mula memanggang....hehehe atas dapur gas jer..tak larat pulak nak bakar atas arang. Bakar atas dapur arang lagu best tau.

Hah, sekarang dah masak, dan boleh ler buka pemanggang.

Sementara itu terus didihkan kuah di atas dapur sehingga kuah menjadi pekat
renjis2kan kuah percik dengan menggunakan batang serai yg diketuk pada pangkalnya (biar sampai terpercik hhehehe) pada ayam yang telah masak itu.

Percik , jangan tak percik....

Ayam percik ala ala Norishmuss dah masak sekarang.

Jirus kuah dia atas ayam dan sekarang boleh lah dihidangkan.

Goreng sayur sawi hijau dan sawi putih sebagai pelengkap hidangan.

No comments:

Post a Comment