Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

29 December 2009

Nilai-Nilai Keguruan

Guru-guru SMAASZA sedang beramah mesra dengan ibu bapa
pelajar

Rajin, bertanggungjawab dan prihatin.....itulah pelajar SMAASZA

Tolong cikgu lagi....ringan tulang, sedia membantu.

Guru Penyayang.........Ustz Wan Mailan dan Ustz Zawiyah senang didamping murind-muridnya. Sentiasa ceria, happy dan senyum sokmo.

6 Sifat dan Kualiti Peribadi Seorang Guru

Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan, selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, prefesional dan sosial yang baik dan murni.

6 Sifat dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Orang Guru:

1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.

3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.

4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.

5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.

6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.

Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi.

Sekian terima kasih.

Sikap Dan Akauntabiliti Guru







Sikap dan Akauntabiliti Guru Malaysia

Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar dan Ibu Bapa

  1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.
  2. Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain.
  3. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
  4. Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran.
  5. Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.

Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri

  1. Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
  2. Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa.
  3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya adalah seibang dengan perbelanjaan harian.
  4. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.
  5. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio dan television serta internet.
  6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah.
(Ehsan : Jabatan Pelajaran Negeri)

GURU MALAYSIA


Guru Sebagai Pembentuk Nilai

Nilai-nilai Guru merangkumi unsur-unsur pertimbangan seseorang individu seperti :

-kebolehan,

-kebaikan,

-pengetahuan,

-potensi,

-bakat,

-kepercayaan,

-kecekapan,

-sikap,

-emosi,

-jasmani dan

-tingkah lakunya.

Konsep nilai adalah berkait dengan moral, prinsip atau kelakuan orang, khasnya pelajar-pelajar di sekolah. Nilai ini merupakan kriteria bagi guru mengukur moral, prinsip atau kelakuan pelajar sama ada baik, wajar, diingini atau sebaliknya buruk, tidak wajar dan dibenci.

Nilai moral yang baik, wajar dan diingini boleh dibentuk dengan berbagai cara, iaitu melalui contoh teladan, norma, adat resam dan percayaan masyarakat, peraturan dan undang-undang, hukuman dan ganjaran, dan pendidikan.

Di dalam sekolah, pelajar-pelajar dididik supaya membentuk akhlak yang mulai dan menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai murni yang diingini. Nilai-nilai individu biasanya dibina daripada pengalaman-pengalaman yang dialaminya dari semasa ke semasa.

Guru sebagai pembentuk nilai hendaklah memainkan peranan sebagai role model supaya murid mencontohinya, di samping membentuk sahsiah murid melalui pengajaran-pembelajaran dan aktiviti kokurikulum.

(Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur)

SMAASZA SEKOLAH KU............



Baru-baru ni keputusan PMR 2009 telah diumumkan. Alhamdulillah negeri Terengganu sekali mencatat kecemerlangan yang agak membanggakan. Tidak ketinggalan juga dengan SEKOLAH KU, SMAASZA yang telah mencapai keputusan yang cemerlang, termasuk dalam 10
ranking terbaik.

Tahniah kepada semua guru yang telah berusaha bersungguh untuk mencapai kejayaan ini.


Tahniah juga kepada sekolah IMTIAZ Besut yang telah mengungguli kecemerlangan ini dengan mencatatkan Gred Purata Sekolah, 1.07.

KEPUTUSAN PMR SMAASZA 2009.

Bilangan Calon : 114
Gred Purata Seklah : 1.14
Kelulusan : 100%
Bilangan Calon Semua A (9A) : 52 (45.61%)

28 December 2009

PAUTAN YANG PERLU ANDA LAYARI.............

KHASIAT HERBA:

http://www.freewebs.com/toman007/tumbuhanterpilih.htm



GURU CEMERLANG:

http://www.slideboom.com/presentations/93369


CONTOH SOALAN PTK:

http://www.johordt.gov.my/ppdkulai/Peperiksaan/contoh%20ptk.htm



PEMBELAJARAN BERKESAN:

http://www.scribd.com/doc/2525392/siri-teknik-pembelajaran-berkesan

SYABAS SMAASZA

52 pelajar SMAASZA dapat 9A


KUALA TERENGGANU - Cogan kata ‘Kalau tidak kita, siapa lagi? Kalau tidak sekarang, bila lagi?’ yang diterapkan dalam diri pelajarnya membuahkan hasil cemerlang kepada Sekolah Menengah Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA).




Buktinya, keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan mencatatkan 52 daripada 114 pelajarnya mendapat 9A dalam peperiksaan itu.



Pencapaian yang diperoleh SM membolehkan sekolah itu tercatat dalam senarai sekolah berprestasi tinggi yang mencapai nilai Gred Purata Sekolah (GPS) kurang daripada 1.80.



Pengetuanya, Hashim Embung berkata, keseluruhan calon PMR berjaya lulus dengan memperoleh 1.14 nilai GPS berbanding tahun 2008 yang hanya mencatatkan 1.16 di dalam nilai berkenaan.



“Ini menunjukkan prestasi sekolah berada di tahap yang amat membanggakan hasil kerjasama guru dan pelajar serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan mereka memperoleh keputusan yang baik,” katanya kepada wartawan Sinar Harian yang membuat tinjauan ke SMAASZA.



Sementara itu, ketika ditemui di pejabatnya, beliau berkata, pencapaian yang diperoleh adalah kerana kesedaran ditanam dalam diri pelajar yang diterap sejak mula melangkah ke sekolah itu.



Selain itu katanya, pelbagai program yang dianjurkan pihak sekolah sejak awal persekolahan sehingga saat-saat akhir peperiksaan menunjukkan hasil membanggakan dan memberi kejayaan kepada pelajar.



Beliau berkata, sebagai sebuah sekolah menengah agama bukan berasrama penuh, beliau melahirkan rasa gembira kerana sekolah itu dapat berada setanding dengan yang mempunyai nama besar dan berada dalam senarai sepuluh Sekolah Berprestasi Tinggi.



(Sinar Harian 27hb Dec 2009)

25 December 2009

Bandaraya Bangkok

Pada pertengahan December 2009 yang lalu saya berpeluang berkunjung ke rumah teman yang sudah 20 tahun tinggal di Bangkok kerana berkahwin dengan warganegara Thailand.
Disni dipaparkan beberapa tempat yg sempat saya kunjungi......
"HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, LEBIH BAIK NEGERI SENDIRI.......


Sebuah Istana lama - Istana King V


Kenderaan awam...tut tut


The Grand Palace..

Persembahan Kebudayaan - Mentera pohon kabulkan doa


Sistem pendawaian yang tidak kemas dan tidak sistematik "menghiasi" keseluruhan bandar Bangkok, mungkin juga di seluruh pelusuk negara.

bersih...

Siam Paragon


Bangkok dengan kilauan cahaya

Namun.........................apa pun, bersyukur lah kita menjadi RAKYAT MALAYSIA.

1MALAYSIA

TERENGGANU MENCATAT REKOD TERBAIK DALAM PENCAPAIAN PMR 2009.


TERENGGANU MENCATAT REKOD TERBAIK DALAM PENCAPAIAN PMR 2009.
Terengganu mencatatkan keputusan PMR tertinggi dengan pencapaian nilai gred purata negeri (GPN) 2.60 mengatasi gred purata nasional 2.78. Pengarah Pelajaran negeri, Ariffin Embong berkata, kesemua 22,954 calon PMR yang menduduki peperiksaan itu pada tahun ini berjaya melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat, tahun depan.

Pencapaian minimum D meningkat sebanyak 1% daripada 62.4% tahun 2008 kepada 63.4%. Pencapaian A dalam semua matapelajaran bagi tahun 2009 tidak berubah berbanding 2008 iaitu 7.1%.

Senarai 10 sekolah terbaik Terengganu yang mencapai kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan PMR 2009 ;

  1. SM Imtiaz Besut, Besut Terengganu
  2. SM Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu
  3. SM Imtiaz, Kuala Berang , Terengganu
  4. SMK Mat Lagam, Kemaman, Terengganu
  5. SM Imtiaz Kuala Terengganu (KOSPINT)
  6. SM Sains Dungun, Dungun Terengganu
  7. SM Imtiaz Dungun, Dungun Terengganu
  8. SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
  9. SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu
  10. SMKA Sheikh Abdul Malik, Kuala Terengganu.

Syabas kepada semua warga pendidik negeri Terengganu yang bertungkus lumus mendidik dan membimbing pelajar mencapai kecemerlangan dalam PMR 2009.

Tahniah kepada pelajar yang telah menyumbangkan "straight A" dalam PMR 2009 sehingga dapat menaikkan imej negeri Terengganu dalam dunia pendidikan khususnya.

Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan lagi untuk tahun-tahun yang berikutnya.

Diharapkan anda akan menjadi insan yang cemerlang dengan sahsiah yang terpuji demi memartabatkan modal insan untuk meralisasikan wawasan Negara kita.

Kadar Bayaran Tambahan Sesi Persekolahan 2010 Diseragam

1MALAYSIA !!


 

[Thursday, December 24, 2009 | 0 comments ]

Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan kepada:

  • RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan
  • RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.

    Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini.

    Pecahan Bayaran

    Bagi sekolah rendah ialah :


     

  • untuk kokurikulum, (RM3)
  • kertas ujian dalaman (RM6),
  • sukan tahunan sekolah (RM6),
  • kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6)
  • Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan
  • Insurans Takaful (RM1.50).

    Bagi sekolah menengah pula,

  • bayaran kokurikulum RM6,
  • kertas ujian dalaman (RM10),
  • sukan tahunan sekolah (RM6),
  • kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6),
  • MSSM (RM4) dan
  • Insurans Takaful (RM1.50).

    "Secara keseluruhan, kadar bayaran tambahan untuk persekolahan tahun depan lebih rendah berbanding tahun ini. Bayaran tambahan ini pada kadar minimum supaya tidak bebankan ibu bapa.

    "Ia adalah untuk pelaksanaan aktiviti pembangunan pelajar dan dikutip pada awal sesi persekolahan dibuka nanti," katanya ketika dihubungi semalam.

    Bagaimanapun, Alimuddin berkata, sebarang bayaran tambahan lain bergantung kepada persetujuan pihak sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) berdasarkan keperluan aktiviti murid di sekolah masing-masing dengan mengambil kira latar belakang ekonomi ibu bapa mereka.

    "Apabila kadarnya dipersetujui bersama pihak sekolah dan PIBG, ia perlu dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing," katanya.

    Bagaimanapun, pihak sekolah hanya dibenarkan mengutip sumbangan PIBG berdasarkan satu keluarga satu bayaran tanpa mengambil kira bilangan anak di sekolah yang sama.

    Sebelum ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan tiga pakej bayaran tambahan iaitu Pakej

    untuk sekolah rendah,

  • A RM38.50,
  • B (RM30.50) dan
  • C (RM23.50)


     

    untuk sekolah menengah pula,

    • Pakej A (RM55.50),
    • B (RM44.50) dan
    • C (RM33.50).

    Keterangan Pakej:

    1. Pakej A bagi ibu bapa yang bekerja dalam bidang profesional seperti usahawan dan pegawai tinggi kerajaan,

    2. Pakej B untuk pegawai kerajaan kumpulan sokongan dan profesional serta

    3. Pakej C untuk petani, peladang, kakitangan kerajaan dan pekerja bawahan.

    Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pihaknya dihubungi ramai ibu bapa yang menyuarakan kegelisahan kerana belum mendapat maklumat berhubung bayaran tambahan yang akan dikenakan pada sesi persekolahan tahun depan.

    (Sumber: BHarian
    - 24/12/2009 - 16:01pm)


 

24 December 2009

Berjalan-jalan di Thailand

Membeli pinggan mangkuk di
Chatuchak Weekend Market
















Gallery Ukiran Kayu



























Ancient City















































Floating Market

























































Dihadapan Istana Dusit
















Sebuah Gua Raja di Phetburi














Grand Palace




































Enak...........miang kham
//hirisan limau nipis, halia, kacang tanah, lada jarum, kelapa goreng , dan sos dibungkus dgn daun pucok kadok.
Ha...makan macam sireh. hmmmmm sedap!















Letihhhhh..................I love you MALAYSIA

05 December 2009

03 December 2009




KURSUS / BENGKEL KECEMERLANGAN PMR DAN SPM 2010 BAGI GURU-GURU SMA TERENGGANU

PADA : 2 HINGGA 4hb DECEMBER 2009.

TEMPAT : FELDA RESIDENCE HOTEL, KUALA TERENGGANU




Tn Hj Jusoh Ngah (KPP) sedang berucap.















Peserta Kursus sedang mendengar taklimat






Para Penolong Kanan SMA Terengganu sedang memantau kerja guru dari sekolah masing-masing.

< CONTOH PELAN TAKTIKAL
MATEMATIK
PMR

KLIK pada imej untuk mendapatkan imej yang lebih besar.















< CONTOH PELAN OPERASI
MATEMATIK
PMR

KLIK pada imej untuk mendapatkan imej yang lebih besar.







Urusetia Kursus / Bengkel sedang berbincang













Layari laman web di bawah untuk melihat contoh pelan strategik yang berkaitan;

CONTOH PERANCANGAN AKADEMIK SEKOLAH
http://www.scribd.com/doc/4541656/Perancangan-Akademik-Sekolah


CONTOH PERANCANGAN STRATEGIK MATEMATIK TAMBAHAN
http://www.scribd.com/doc/958815/perancangan-strategik-Add-Mth

PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH
http://www.johordt.gov.my/ppdptn/stra.html

CONTOH PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH
http://www.scribd.com/doc/2021347/PERANCANGAN-STRATEGIK-SMKTP





< Contoh Pelan Taktikal
Projek Pelajar Elit

< Klik ikon ini untuk mendapatkan imej
yang
lebih besar






< Contoh Pelan Operasi
Projek Pelajar Elit

< Klik ikon ini untuk mendapatkan imej
yang
lebih besar







< Contoh Pelan Taktikal Panitia Bahasa
Melayu

< Klik ikon ini untuk mendapatkan imej
yang
lebih besar
























Peserta sedang khusyuk berbengkel
















KURSUS / BENGKEL GURU-GURU PROJEK KECEMERLANGAN
PMR DAN SPM
GURU-GURU SMA TERENGGANU.

TARIKH : 2 - 4 DEC 2009 TEMPATT : HOTEL FELDA RESIDENCE KUALA TERENGGANU

PENGISIAN:

1. Menuju Puncak P & P Berkualiti


2. Pengurusan Strategik, Pelan Tatikal dan Pelan Operasi Kecemerlangan Sekolah.

3. Bengkel Penyediaan Program Kecemerlangan PMR dan SPM Tahun 2010.

NOTA PENTING:

MENUJU PUNCAK P & P BERKUALITI
Penceramah : En Mansor b Che Kerma,
Institiut Pendidikan Guru Dato' Razali b Ismail

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

1. Warga Pendidik mesti berDEDIKASI

2. Guru yang ada "ASK" yang high class, dapat melahirkan pelajar yang ber "ASK" juga.
A...................ATTITUDE

S....................Skill

K...................Knowledge

3. Guru harus berpegang teguh dan amanah dengan CORE BUSINESS nya. Pengajaran dan Pembelajaran yang berkualiti. (Motif + Aksi)

4. Transformasi Budaya Pendidikan 2010 :
"BERLARI Ke Kelas, BERJALAN Pulang Dari Kelas".

WHO?


Fikir-fikirkan!

Those WHO make things happen

Those WHO participate

Those WHO watch the happening

6. Concern , Action

7. Ke Arah Q .................SHARING and CARING.

8. Penjana Minda Berkualiti:
TAHUKAH KITA? BUATKAH KITA? BETULKAH? APAKAH HARAPAN KITA???

9. PILIHAN KITA : Zero to Hero atau Hero to Zero?????????????

10. Ingat sekolah ada 4 DINDING,

DIENGAH-TENGAHNYA ADA MASA DEPAN PELAJAR!!!

11. Oleh itu Guru Ibarat ASTRO, pelajar akan tukar chanel lain jika sesebuah rancangan itu membosankan dan tidak menarik minat. Apabila pelajar anda sudah tidak minat kepada anda, tidak fokus kepada pengajaran anda...........apa akan jadi?????. Anda gagal.....

12. Guru mesti seperti MAGNET, sentiasa menarik BESI (pelajar). Jika anda tidak berjaya menarik fokus fdan perhatian pelajar, maka anda adalah orang yang kecundang dalam P & P.

13. Anti Kecemerlangan " S N I O P "

14. PENDEKATAN P & P BERKUALITI

a. Pendekatan Pemasaran (Keperluan pengguna /pelajar)

b. Pendekatan Jualan (Pengaruhi Pengguna)

c. Pendekatan Kehendak Pasaran (memenuhi tuntutan pasaran)


" JANGAN BERLENGAH, LAKSANAKAN P & P
MELALUI PROJEK "

15. Untuk Terbilang , Perlu Lihat Kebelakang. Berjalan Hendaklah ke Depan.

16. PERIHAL MINDA KATAK

"KATAK DI BAWAH TEMPURUNG, Terkurung tanpa melihat dunia luar"

"KATAK DI DALAM KACA, Terkurung tapi dapat melihat dunia luar"

"KATAK DALAM TAMAN, Bebas bertindak......................................."

17. Proses P & P mesti ada SENI. Kehebatan SENI sanagt penting dalam menempa kecemerlangan ilmu.

KEHEBATAN ILMU :

# Membilang dari 1
# Menyapa dengan salam
# Jika dilihat sebesar kuku
# Jika disebar sebesar alam

18. ROAD TO SUCCESS
a. Mee Mamak, macam2 ada
b. Cinta PAndang Pertama
c. Kau suka aku pun suka
d. Agi hidup agi ngelaban
e. Buang semak samun
f. Esok Untuk Siapa?
g. Kita Serupa
h. Toleh ke belakang
i. Setia pada janji
j. Wacaya Lu
k. Senyum sokmo!!!!

DIMANA ANDA???
VISION (RAPAT JARAK)
MESRA?
CURRENT REALITY.!!