Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

31 October 2010

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (SMKA DAN SABK)






Disempurnakan Oleh:
Y.BHG Tuan Hj Abd Rashid b Ngah
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia

Pada:
27hb Oktober 2010

Tempat
Hotel Royale Bintang
Seremban, Negeri Sembilan.

DASAR DAN KAEDAH PEMBERIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)

Kelayakan:

Anggota yang layak dipertimbangkan untuk dipilih dan diberikan APC adalah seperti berikut:

*****Anggota Perkhidmatan Awam dalam semua kumpulan, gred dan kategori yang dilantik oleh mana-mana pihak berkuasa melantik, termasuk pihak yang mewakilkan kuasa oleh pihak berkuasa melantik berkenaan untuk berkhidmat dengan agensi awam samada secara ettap, sementara atau kontrak. Ini termasuk anggota yang berada di atas tangga gaji dan syarat-syarat perkhidmatan di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976, Sistem Saraan Baru (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan,

*****telah berkhidmat bagi tempoh genap setahunpada terakhir tahun penilaian.

Asas Penilaian:

Pemilihan anggota yang layak adalah berpandukan kepada markah yang diperolehi dalam penilaian prstasi tahunan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Anggota yang mendapat markah 85% dan lebih adalah layak dipertimbangkan untuk menerima APC.

Anggota yang memenuhi syara-syarat yang ditetapkan adalah layak dipertimbangkan untuk diberi APC oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) . Pemilihan diperingkat ini adalah berasaskan kepada penilaian PPSM ke atas sumbangan anggota berkenaan kepada organisasi Perkhidmatan Awam, komuniti, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.

Bilangan Penerima:

Bilangan penerima APC bagi setiap agensi tidak boleh melebihi 8% daripa jumlah anggota daripada jumlah anggota yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian berkenaan.

INTENSIF dan HADIAH:

Intensif dan hadiah APC adalah seperti berikut,
1. Sijil Perkhidmatan Cemerlang
2. Hadiah prestasi sebanyak RM1000.
3. Peluang dan keutamaan untuk memajukan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau pun persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan kepada prestasi kerja.
4. Peluang dan keutamaan bagi pencalonan untuk menerima pingat, bintang dan darjah kebesaran Persekutuan dan Negeri dan;
5. Nama dan gambar penerima dipamerkan di pejabat pada lokasi yang strategik atau yang biasa dikunjungi orang ramai.

Petikan :
Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM), Bahagian Pendidikan Islam Malaysia.

Sekitar gambar Majlis Penganugerahan APC 2009 pada 27hb Oktober 2010.




05 August 2010

KEM DI SANA SINI..............

Assalamualikum wbt..........


Sekarang dah masuk bulan Ogos. Pejam celik, pejam celik kita dah hampir ke penghujung tahun......Peperiksaan UPSR , PMR, SPM, STPM , STAM akan berlangsung tak lama lagi. Di sana sini sibuk dengan pelbagai kem, kem motivasi, kem kerohanian / ibadah, dan yang paling rancak sedang berjalan sekarang adalah kem subjek.

Boleh dikatakan di semua peringkat institusi pendidikan samaada di peringkat Jabatan pelajaran negeri, jabatan pelajaran derah, sekolah-sekolah swasta, sekolah sekolah agama negeri , SABK serta badan-badan yang berkaitan dengan pendidikan seolah-olah mendapat satu penjadualan khusus dimana KEM-KEM MATAPELAJARAN sedang giat dijalankan di pelbagai lokasi. Matlamat nya sama iaitu untuk mencipta kecemerlangan dan melonjak prestasi akademik negeri Terengganu, seiiring dengan slogan 20 10 05 02.

Kepada pelajar-pelajar negeri Terengganu khususnya , anda sangat bertuah kerana mempunyai kumpulan guru yang sangat prihatin dan mengambil berat akan soal pendidikan khususnya dalam perkembangan sahsiah dan prestasi akademik anda. Mereka banyak berkorban masa dan tenaga demi untuk melihat kejayaan dan kecemerlangan anda dalam setiap peperiksaan.

Kepada pelajar yang terpilih untuk menyertai mana-mana KEM SUBJEK anjuran JPNT diharap dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan kepada pelajar yang tidak terpilih anda tidak perlu kecewa kerana di sekolah anda sendiri sudah sedia maklum, dan cikgu anda , dengan bantuan pengurusan sekolah juga mengadakan pelbagai program termasuk kem-kem subjek dengan lebih efektif sesuai dengan situasi dan fasiliti sekolah masing-masing. Rebutlah peluang yang disediakan dan anda mampu berjaya jika anda sentiasa komitmen dan yakin diri sepenuhnya.

Tahniah kepada Jabatan Pelajaran Terengganu yang telah bayak menganjurkan pelbagai kem kecemerlangan dan menghasilkan begitu banyak Modul-Modul untuk KeM Subjek yang merupakan input yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar. Diharap usaha murni ini akan berterusan dan sentiasa akan menjadi salah satu agenda terpenting diperingkat jabatan. Syabas.

30 June 2010

EDUCATION IN MALAYSIA FROM MY POINT OF VIEW

EDUCATION IN MALAYSIA FROM MY POINT OF VIEW


Teachers of our present time are not knowledge enough to really understand and master the word “education”. It is not just going into classroom when the bell rings and start to blah, blah, blah………in front of the students and after that get caught with headaches and stress when the students are not in order or burden of work go hill high.


I define a teacher as:

Someone who is not only well-informed but highly knowledgeable with various knowledge and also is enlightened with such a divine so much so that:

1. When he/she walks into the classroom, he/she is not only entering the class, but he/she is able to enter his/her student’s hearts.

2. When delivering lessons, he/she is able to attract the
student’s interests as the north attracts the south pole.

3. When confronting with the students behavior he/she is able to “READ” their minds, their feelings such as confusions, grieve ness, boredom, frustrations etc.

4. These are parts of the qualities that had been generated from one great guru to another since centuries, from Adam to Abraham to Solomon to Jesus to Buddha to Tao to Muhammad SAW. They could hold millions of hearts through their teachings.


TEACHERS SHOULD ALSO BE GRADUATED WITH THESE VALUES AS THEIR PERSONALITIES:

1. Able to educate themselves first before educating others;

2. Able to respect them selves before gaining respects from students. When a teacher is able to gain respect, he/she orderly not only 40 children but even 4000000 or more.

3. Able to get deep into their hearts before they can touch their students feelings.


MY QUESTION IS:

Do teachers in our country are skillful enough on how to hold their students hearts so that when the students are disorder, teachers do not have to yell, but powerful enough with one stare and the students will be instantly behaved as if you are A KING????????

17 May 2010

KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI GURU SMAASZA 2010

By Norish Muss

Riang ria hari guru 2010.....meriah! terima kasih badan pengawas yg uruskan segala-galanya....

Sambutan Hari Guru pada tahun ini disambut meriah. Ia bermula dengan perarakan guru-guru dengan bunga manggar dan paluan kompang dari depan Dataran Ilmu SMAASZA , terus masuk ke Dewan Fikri SMAASZA. Tuan Pengetuan En Hasihm Embong telah memotong reben perasmian Hari Guru Tahun 2010. Antara ucapan telah disampaikan dalam perhimpunan tersebut ialah ucapan daripada, wakil pelajar, wakil guru, Penolong Kanan 1 dan Tuan Pengetua, termasuk membaca perutusan Hari Guru daripada Pengarah Pendidikan Malaysia, Tn Hj Alimuddin Mohd Dom.

Guru- guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan Negaraku serta membaca ikrar untuk menjadi guru yang terbaik, cemerlang dan gemilang. Beberapa kumpulan pelajar telah mengadakan persembahan Nasyid dan Sajak.

Beberapa acara sukan dan sukaneka diadakan serentak, antara nya ialah tarik tali, bola sepak, memancing, bowling kelapa, rebut kerusi, kupas bawang, gubahan hantaran, bermain congkak, dakapan kasih, baling bola dalam baldi. Acara-acara yang diadakan dipelbagai lokasi itu dijayakan oleh pelajar dan juga guru-guru. Sungguh meriah dan mesra sekali. Semua acara yang berlangsung adalah antara guru dan pelajar.

Pelajar juga telah menunjukkan kreativiti kelas masing-masing dengan membina kad-kad ucapan yang sungguh cantik, bervisi dan kreatif. Terima kasih kepada pelajar dengan komitmen dan bakat yang ditunjukkan. Kami guru-guru sangat berbangga dengan usaha dan kesungguhan mereka yang terlibat.

Sesungguhnya aktiviti ini dapat menjalin hubungan siratulrahim antara guru dan pelajar yang telah sedia terjalin dan sekaligus dapat merapatkan jurang antara guru dan pelajar bagi kebaikan bersama.

04 May 2010

PERKELAHAN AKADEMIK

Norish Muss

Perkelahan TOP 10 - Bersama dengan 27 org pelajar Tingkatan 3 Abu Darda'.

Tahniah kerana mendapat Gred Purata Kelas Terbaik.....dan hmm lumayan hadiahnya ialah berkelah bersama guru2 PMR dengan makanan yang lazat2....Turut serta Pen Kanan Akademik Pn Hjh Rakiah Tengah dan Ketua Bidang, Pn Normaha. Terima kasih kerana komitmen semua pihak.

PROGRAM : TOP TEN
SASARAN : Semua pelajar PMR 2010 - 135 orang
TARIKH : 4hb Mei 2010 (SELASA - 3.00 - 5.30 petang)
TEMPAT : Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak sekolah untuk melihat presatsi akademik pelajar meningkat dari masa kesemasa. Baru-baru ini pihak Projek Kecemerlangan PMR SMMASZA 2010 telah melancarkan program TOP 10 dalam usaha untuk melihat pelajar lebih bersemangat belajar dan berdaya saing yang tinggi dikalangan mereka dan seterusnya menjadi pemangkin terhadap kemajuan pembelajaran mereka.

Terdapat 5 kelas pelajar dan setiap kelas terdiri daripada ketiga-tiga kumpulan pelajar iaitu pandai, sederhana dan lemah. Kesemua mereka belajar didalam kelas yang mengambil kira kepelbagaian kecerdasan, tidak hanya dari segi akademik semata-mata.

Objektif:

1. Menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan
2. Pelajar pandai membantu kepada pelajar yang kurang pandai - Aktiviti Guru Muda
3. Pelajar menjadi rakan pembimbing kepada pelajar lain - Pembimbing Rakan Sebaya.
4. Memparaktikkan "peer coaching" dikalangan pelajar - Tutor-tutee
5. Memupuk semangat KEKITAAN dikalangan pelajar untuk membuktikan kemampuan kelas
masing-masing dari pelbagai bidang.

Matlamat :

1. Untuk merealisasikan hasrat sekolah bagi mencapai sekurang2nya 60% straight "A" dalam
PMR 2010.
2. Untuk menduduki ranking TOP 10 dalam negeri khususnya, dan negara amnya.
3. Untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan dan seimbang dengan amalan nilai-nilai murni
yang baik, terpuji sahsiahnya dan cemerlang akademiknya.

Rasional:

Adalah diyakini bahawa potensi pelajar akan lebih cepat berkembang apabila didedahkan dengan iklim pembelajaran yang kondusif dengan suasana yang ceria, tidak membosankan dan dapat menarik minat belajar dengan komitmen para guru yang ingin melihat kecemerlangan pelajar-pelajar nya menjadi kenyataan.


Antara beberapa kategori ganjaran telah diberi kepada pelajar :

1. Pelajar terbaik bagi setiap subjek.
2. Pelajar yang mendapat 7A, 8A dan 9A dalam ujian / peperiksaan.
3. Purata Gred Kelas Terbaik.
4. Kelas Terbaik ( tiada masasalah disiplin dikalangan pelajarnya dan kelas yang paling ceria
serta berinformasi).
5. Pelajar contoh

Adalah diharapkan dengan program seumpama ini akan membuahkan hasil yang terbaik dalam usaha untuk merealisasikan harat pelajar, ibu bapa, guru-guru dan semua warga SMAASZA demi untuk mencapai 9A PMR 2010.

Wassalam....

29 April 2010

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMAASZA 2009 - Meriah!

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Kesyukuran Tahun 2009
Tarikh : 29hb April 2010
Tempat : Dewan Fikri
Masa : 10.00 pg - 1.30 tgh
Perasmian Oleh: YB TN HJ AHMAD RAZIF B ABDUL RAHMAN (Pengerusi JK Pelajaran, Peng Tinggi, Sains & Teknology dan Sumber Manusia , Negeri Terengganu.
Location: Dewan Fikri SMAASZA


ATURCARA MAJLIS:
10.00 pg : Ibu bapa dan penerima anugerah mengambil tempat.
10.30 pg : Ketibaan dif-dif jemputan
10.45 pg ; Ketibaan YB Tn Hj Ahmad Razif bin Abd Rahman
(Ahli Dean Undangan negeri Seberang Takir, Kuala Terengganu)
: Bacaan Al-Quran
: Ucapan aluan oeh Tn Pengetua, En Hashim b Embong
; Ucapan Yang Dipertua PIBG Smaasza , Tn Hj Ruzak b Mat Nor
: Ucapan YB Tn Hj Ahmad Razif b Abd Rahmn.
; Persembahan Nasyid
: Penyamapain Hadiah dan Anugerah Pelajar Cemerlang
: Penyampaian Hadiah Guru-guru , Pencapaian Mata Pelajaran Cemerlang
: Pengurniaan Anugerah Khas Yang diPertua PIBG.
: Pelancaran Kempen Derma Buku
: Bacaan Doa
: Jamuan tgh - bersurai.

Pengetua SMAASZA dalam ucapan aluannya mennyatakan bahawa melalui majlis seperti ini akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik pada peringkat yang lebih tinggi samada di dalam atau di luar negara, dan seterus nya mengucapkan tahniah ekpada pelajar yang berjaya.

Selaku Yang diPertua PIBG SMAASZA , Tn Hj Ruzak b Mohd Nor berharap pelajar dapat bersiap siaga untuk merealisasikan visi dan misi SMAASZA serta menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Majlis anugerah ini mampu menjadi penanda aras dalam pencapaian untuk menghasilkan produk yang luar biasa terbilang ekoran usaha yang luar biasa juga.

Majlis Anugerah SMAASZA 2009 ini juga diserikan lagi dengan kehadiran YB Tn Hj Ahmad Razif , selaku Pengerusi Jawatankuasa pelajaran, Pengajian Tinggi, Sain dan Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu. Dalam ucapan nya beliau menegaskan bahawa majlis bermakna seumpama ini merupakan satu ritual bagi meraikan pelajar dalam peperiksaan pada peringkat PMR, SPM dan STAM.
Beliau juga berharap majlis ini akan mendorong pelajar meningkatkan keazaman, untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada peringkat yang lebih tinggi.

Majlis ini adalah kemuncak paling bermakna yang akan meninggalkan memori yang kekal dalam ingatan kepada semua individu yang terlibat.

Kejayaan pelajar adalah hasil sikap positif mereka terhadap pelajaran, dan situasi ini akan muncul tanpa dorongan, bantuan dan sokongan guru-guru , ibu bapa dan pihak pentadbir SMAASZA.

Syabas SMAASZA, tahniah kepada para pelajar kerana penganugerahan ini dan semoga anda semua dapat menempatkan diri dalam memajukan negara.



24 April 2010

Sekitar Majlis Temu Murni OTI-1 2010

PK HEM - Tn Hj Mohamad b Muda sedang menyampaikan ucapan.

Ketua pelajar Ting 3; Sdr Mohd Syarifuddin sedang mengetuai bacaan Ikrar dihadapan ibu bapa.

Sebahagian ibu bapa yang hadir sedang mendengar ucapan dari pihak pengurusan sekolah.

Ketika ini dewan masih banyak tempat kosong lagi...kerana terdapat ibu bapa yang masih sedang berrsarapan pagi yang disediakan oleh pihak sekolah.

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang meluangkan masa untuk bersama anak-anak dan para guru yang sangat prihatain tentang prestasi akademik pelajar.
Add Image

Tarikh : 24hb April 2010 (Sabtu)

Tempat : Dewan Fikri SMAASZA

Masa : 9.45 pg - 1.30 tgh


Sasaran : Semua pelajar PMR - 135 orang

Tujuan / Objektif:

1. Untuk memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga tentang prestasi anak-anak dan sama-sama
mengambil berat pembelajaran anak-anak.

2. Memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa kerjasama kepada pihak sekolah amat
diperlukan dalam usaha untuk mencemerlangkan anak-anak.

3. Ibu bapa perlu mengetahui perkembangan akademik dan sahsiah anak-anak dari masa ke
semasa, lebih-lebih lagi apabila anak mereka tinggal di asrama, seperti Smaasza.

4. Pihak sekolah sentiasa berkongsi maklumat mengenai pelajar dan menjalin hubungan baik
dan silatulrahim dengan ibu bapa.

5. Memastikan prestasi pelajar sentiasa dikawal selia dan mendapat perhatian khusus dari semua pihak untuk merealisasikan konsep "cemerlang akademik, cemerlang sahsiah" dan seterusnya mencapai hasrat semua "A" dalam peperiksaan.....INSYAALLAH.

Rasional:

Adalah diyakini dengan adanya program seumpama ini akan membuahkan hasil yang terbaik dalam hasrat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dengan sahsiah yang terpuji. Hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa juga bertambah erat dan telus demi melihat pelajar berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi di sekolah.


KEM MOTIVASI , PEMANTAPAN AKADEMIK , GURU MUDA PMR SMAASZA

Ustaz Rosdi sedang mnyampaikan selaku GURU DISIPLIN sedang memberi ceramah disiplin kepada peserta.

Sebahagian pelajar dari kumpulan KEM SUBJEK yang sedang mengikuti sesi program.

PK HEM - Tn Hj Mohammad Muda sedang menyampaikan motivasi kepada pelajar-pelajar

Norish ( tudung puple) bersama pelajar tersayang......

Ustaz Mohamad dari SMK Sultan Sulaiam juga turut memberi ceramah kerohanian

Cg Mohamad disenangi pelajar dengan ceramahnya yang dikatakan "menjadi".

Soalt Maghrib, Kuliah Maghraib, solat Isyak dan Qiamullail diadakan di Dewan Fikri

Pelajar-pelajar yang menjadi harapan ibu bapa.......semoga anda akan tunaikan impian mereka.

Tarikh : 22 dan 23 April 1020 (Khamis , Jumaat) Tempat : SMAASZA

Nama Program : Program Motivasi, Pemantapan Akademik dan Guru Muda Pelajar PMR SMAASZA 2010.

Sasaran ; 60 pelajar Kumpulan A - Motivasi dan Kerohanian
35 orang pelajar Kumpulan B - Kem Subjek : Pemantapan Akademik
40 orang pelajar Kumpulan C - Guru Muda.

Tujuan / Objektif;

1. Melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi dan bersemangat untuk mencapai
kecemerlangan akademik dan sahsiah.

2. Memberi keyakinan kepada pelajar bahawa mereka sangat berpotensi untuk
mencapai semua "A" dalam PMR 2010.

3. Melahirkan pelajar yang berkebolehan membantu rakan sebaya dalam
pembelajaran dan dalam masa yang sama itu adalah suatu proses ulangkaji
untuk diri sendiri yang sangat berkesan.

4. Memastikan pelajar mampu mencapai tahap kemahiran yang maksimum
dalam menguasai isi pelajaran bagi satu subjek yang tertentu.

5. Untuk mewujudkan kumpulan pelajar yang sentiasa berkerjasama, bantu
membantu dalam pembelajaran dan budaya belajar bersaing antara satu sama
lain.

6. Untuk memastikan semua pelajar sentiasa diberi dorongan yang berterusan
disamping suntikan motivasi yang mantap dalam usaha untuk mencapai
matlamat "Semua A" dikalangan pelajar.


Rasional: Adalah diharapkan dengan adanya program seumpama ini akan memberi kesedaran kepada pelajar untuk lebih berusaha dengan lebih giat lagi dalam usaha untuk merealisasikan sesuatu harapan. Dengan sokongan dari pelbagai pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan ibu bapa, Insyaallah usaha kita untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan, cemerlang akademik, cemerlang sahsiah akan berhasil.

08 April 2010

MAP - Minimum Adequate Practice

En Reduzan Kadir, Ketua AKRAM dan En Matzuldin Jusoh, Pengarah Jabatan Matematik JPNT.

Kiri sekali, Tn Hj Jusoh Ngah KPP Pendidikan JHEAT.

Paling kiri, NorishMuss, En Jusoh Ngah, En Matzuldin dan En Gazak.

Dari kiri En Gazak Abdullah, Cg Hasnah, Cg Kasidah dan NorishMuss

Antara sebahagian peserta guru yang hadir

Assalamualaikum Wbt....

Pada 7hb April, 2010 (Rabu) baru-baru ini guru-guru Matematik SMR/PMR SABK negeri Terengganu telah diberi taklimat mengenai penggunaan modul Matematik MAP ( Minimum Adequate Practice) berkesan untuk pelajar sederhana dan lemah. Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama, Bahagian Pendidikan Terengganu dengan Sektor Matematik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
Majlis yang ringkas tetapi bermakna ini dipengerusikan oleh En Gazak b Abdullah Pegawai Penyelia Sains dan Matematik SM Agama Negeri Terengganu.

En Matzuldin B Jusoh selaku Pengarah Jabatan Matematik JPNT berkata penghasilan modul tersebut sangat memberi manafaat kepada pelajar yang lemah dan sederhana untuk lebih berpotensi menguasaai Matematik di peringkat PMR. Modul yang isi kandungannya mengikut aras keupayaan pelajar dengan pelbagai tingkat kemahiran dan kefahaman konsep Matematik yang sistematik ini adalah dihasilkan oleh AKRAM yang diketuai oleh En Reduzan Kadir seorang Guru Pakar daripada SMKA Durian Guling , Marang, Terengganu.

Kami guru-guru sangat berterima kasih kerana dengan penggunaan MAP ini akan dapat menbantu guru-guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran dengan lebih efektif. Dalam ucapan taklimatnya En Reduzan mengatakan bahawa sebagai seorang guru kita seharusnya sentiasa belajar dan menguasai ilmu atau "master" dengan sepenuhnya tentang apa yang hendak kita ajarkan kepada pelajar.

Menurut En Reduzan lagi, penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dimaksudkan adalah merangkumi aspek-aspek penguasaan kurikulum, teknik pengajaran yang berkesan, kualiti item yang digunakan, skim pemarkahan yang releven dan fleksibel dengan kehendak soalan.

Beliau juga berharap dengan adanya bahan bantu mengajar yang efektif ini akan dapat meningkatkan prestasi Matematik PMR tahun 2010. Kami juga guru-guru mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana dengan inisiatif yang sangat tinggi ini dapat menolong menambahbaikkan kaedah mengajar dengan teknik yang lebih berkesan.

Majlis diakhiri dengan ucapan terima kasih daripada Ketua Penolong Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama, Bahagian Pendidikan ,Tn Hj Jusoh b Ngah.

29 March 2010

Food That Can Fix (Almost) Anything


When Hippocrates wrote, “Let food be thy medicine, and medicine be thy food,” he was probably worrying about the pesky plague epidemic of 430 BC—not thinking about how a handful of almonds might ward off a girl’s pre-period headaches or how green tea might give her thicker, lusher hair. But those things may in fact be true, and scientists are beginning to figure out how food helps the body run smoothly inside and out.

“People absolutely underestimate the importance of nutrition when it comes to appearance,” of: Being Beautiful. The prescription is simple—and mercifully easy to swallow. Read on, dig in, repeat as necessary.

If someone told you there were eight foods that could make you more beautiful and help you feel a lot healthier, you’d want to eat up, right? Consider this your grocery list.

28 March 2010

BENGKEL PEMBINAAN ITEM OTI MATEMATIK 2010

Sebahagian peserta Bengkel Pembinaan Item Matematik OTI 2010 JPNT


Kelihatan Cg Reduzan Kadir (tengah ) selaku Ketua Panel sedang berbincang sesuatu dengan peserta.



Cg Zamri (belakang sekali) sentiasa membuatkan guru peserta bengkel tidak kering gusi, bukan kerana lawaknya, tapi kerana ketawanya yang terbahak-bahak.....

Assalamualikum wbt....


Berjumpa kita sekali lagi di laman yang simple dan ringkas tapi bermaklumat ini. Nampak nya sehari dua ini banyak pula perkara yang saya rasa patut berkongsi dengan rakan-rakan siber sekalian. Pada 27 dan 28 Mac 2010 seramai 30 orang guru di Terengganu dipanggil berbengkel oleh JPNT, Sektor Pengurusan Akademik iaitu Bengkel Pembinaan Item OTI Matematik 2010.

Bengkel ini diketuai oleh En Matzuldin b Jusoh, di Bahagian Sektor Akademik JPNT bagi mata pelajaran Matematik, sementara Ketua Panel Pembinaan Item ialah En Reduzan b Kadir daripada SKMA Durian Guling, Marang.

Ini adalah antara agenda jabatan ini untuk meneruskan kecemerlangan diperingkat peperiksaan awam, ujian peperksaan OTI pertengahan tahun 2010 yang akan diadakan setara seluruh negeri Terengganu. Usaha untuk melonjakkan prestasi subjek Matematik dengan kerjasama guru-guru yang sangat komited patut dipuji memandangkan ianya bukan lah satu usaha yng mudah untuk membuahkan satu hasilan yang produktif dan berkualiti.

Sepertimana yang telah dijanjikan selama dua hari berbengkel, kami dapat menyiapkan item-item tersebut dengan baik, iaitu item untuk Kertas Matematik daripada tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, termasuk Matematik Tambahan. Walaupun agak penat kerana tumpuan yang bersungguh-sungguh, tapi kami tetap gembira kerana mendapat kerjasama yang baik daripada seluruh anggota peserta yang terdiri daripada 30 orang guru. Guru-guru yang telah lama menyertai bengkel ini sedia menunjuk ajar dan membantu guru yang baru mula diberi tugasan ini.

Adalah diharapkan dengan usaha yang murni ini akan dapat mempertingkatkan lagi penguasaan dan kemahiran Matematik bagi pelajar-pelajar di Negeri Terengganu khususnya. Tidak dapat dinafikan lagi usaha penggembelingan tenaga seperti ini memberi output yang sangat berguna untuk guru-guru dan juga pelajar dalam meningkatkan prestasi dalam peperiksaan diperingkat persijilan seperti UPSR, PMR dan SPM.

Syabas kepada JPNT dan guru-guru yang menjayakannya. Semoga Terengganu akan terus unggul dalam bidang akademik secara keseluruhannya dan akan menduduki didalam senarai pencapaian terbaik dalam setiap peperiksaan awam yang diduduki.

Wallahua'alam
.

27 March 2010

"KEMENJADIAN" PELAJAR


Pelajar diddik supaya mengamal nilai-nilai murni, berdikari, bersungguh-sungguh dalam pembelajaran , patuh kepada peraturan sekolah, berdaya saing dengan semangat ingin berjaya dengan cemerlang. Persoalannya berapa ramai pelajar menghayati ajaran dan didikan yang disemai? - gambar hiasan -

Assalamulaikum Wbt....

Saya terpanggil untuk mencoret sepatah dua kata di laman ini sebagai memenuhi tuntutan rasa hati dengan senario budaya persekitaran persekolahan, pengisian jiwa yang mereka perolehi dengan penampilan dan pembawaan mereka (golongan pelajar) ke dalam masyarakat.

Kepada anda ibubapa dan golongan guru khususnya..... Pernahkah kita terfikir tentang "kemenjadian" anak-anak yang kita bimbing , asuh dan terap nilai-nilai agama, tatasusila dan segala macam ajaran yang baik-baik sebagai bekalan hidup mereka?


Terus terang boleh dikatakan masalah remaja semakin meruncing hari ini. Pelbagai masalah remaja yang kompleks sering kedengaran dan ketahuan oleh kita melalui media cetak, media eletronik, dan kadang-kadang berlaku di depan mata dalam masyarakat kita.

Kepada siapa harus disalahkan? kepada ibu bapa? atau guru yang tidak berkesan mendidik atau pun kepada masyarakat yang semakin tandus dengan nilai-nilai kerohanian?
Titik permulaan nya adalah rumah. Ibu bapa adalah sebagai pembentuk utama peribadi anak-anak di rumah. Ibu bapa adalah model nombor satu bagi anak-anak. Perletakan batu asas ini seharusnya dihayati, difahami dan dimetrai dengan kuat dalam jiwa anak-anak.

Bermula dari pembelajaran di Tadika, Sekolah Rendah, dan Sekolah Menengah masa mereka banyak dibangku persekolahan, bersama guru. Pendek kata daripada seorang kanak-kanak itu berumur 3 dan 4 tahun lagi mereka telah didedahkan dengan alam P& P guru. Lebih-lebih lagi apalagi seseorang itu membesar di asrama sebaik sahaja selesai UPSR iaitu sejak mula menjejakkan kaki keTingkatan Satu. Itu bagi mereka yang berprestasi baik dalam akademik. Bagaimana pula dengan mereka yang gagal dalam peperiksaan? hanya lepasan darjah enam, PMR atau SPM sahaja?

Kadang kala terdapat sebahagian pelajar apabila sebaik sahaja melangkah keluar dari alam persekolahan sudah tidak tahu menghormati ibubapa, tidak tahu menghargai guru iaitu dua golongan insan yang bertanggungjawab keatas perilaku dan pertumbuhan fizikal, jiwa dan mental mereka. Disinilah nilai-nilai "kemenjadian" keatas mereka harus difikirkan. Apakah kita harus mereka cipta satu instrumen atau mekanisma baru kerana kegagalan ini?

Apakah dengan ilmu dan bekalan yang sedikit itu boleh menampung kehidupan mereka ditengah arus mayarakat yang mencabar dan tanpa sempadan ini? Sana sini kita lihat aktiviti tidak sihat berleluasa berlaku dalam masyarakat kita seperti pelacuran, penagihan dadah, ragut, penderaan keatas kanak-kanak yang tidak berdosa, dan berbagai macam bentuk jenayah yang tidak terbayang dan tidak terduga oleh kita.

Agaknya apakah bentuk atau struktur masyarakat yang akan terjadi kepada jenerasi mendatang? Renung dan fikir-fikirkan lah..........

Mudah-mudahan golongan guru tidak akan jemu berdepan dengan "pancaroba" ini dan sentiasa bersemangat dalam mendidik anak bangsa.

18 March 2010

ANSWERING TECHNIQUES- Mathematics PMR


Assalamualaikum wbt....


Lagi 2 hari sekolah akan kembali dibuka, namun bagi sesetengah pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada hujung tahun ini seperti UPSR, PMR, SPM, STPM dan sebagainya telah kembali ke sekolah masing-masing lebih awal lagi. Ini adalah kerana sekolah mempunyai pelbagai aktiviti akademik sepanjang musim cuti ini seperti, kelas tambahan, kem mata pelajaran, teknik menjawab, program motivasi dan lain-lain lagi.

Kelihatan sebahagian daripada 135 pelajar SMAASZA sedang mengikuti Program Teknik Menjawab Matematik PMR 2010.

Walaupun slot ini hanya memakan masa 2 jam, tetapi pelbagai input yang saya sampaikan kepada mereka mengenengahkan konsep Matematik keseluruhan tajuk-tajuk ulangkaji Ting 1 dan 2 , termasuk juga sebahagian tajuk Ting 3.

Pelajar perempuan.............

Pelajar lelaki............

Begitu juga dengan para guru, jika pelajar sibuk mengikuti pelbagai program, sudah pasti ianya diterajui oleh guru-guru. Jadi tugas guru berterusan tidak mengira musim cuti persekolahan atau sebaliknya. Ia memerlukan pengorbanan yang sesungguhnya demi melihat anak murid mereka mencapai kecemerlangan sepertimana yang diharapkan.

Begitu juga dengan saya, setiap tahun bila selesai sahaja 3 bulan pertama persekolahan akan mula mendapat jemputan sesi ceramah teknik menjawab Matematik PMR. Hari ini saya berpeluang bersama-sama dengan pelajar-pelajar ting 3 SM Imtiaz, Kuala Terengganu (dulunya dikenali sebagai KOSPINT). Mereka adalah pelajar cemerlang, terima kasih kepada anak pelajar sekelian kerana telah memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi tersebut. InsyaAllah anda semua akan mendapat A dalam Matematik khususnya dan cemerlang dengan Straight A dalam PMR 2010. InsyaAllah.............

Dan pada malam ini, jam 8.00 hingga 10.00 malam nanti saya akan bertemu semula dengan 135 orang pelajar kesayangan saya iaitu pelajar ting 3 SMAASZA 2010 dalam program yang sama. Kamu semua adalah menjadi harapan ibubapa dan kebanggaan sekolah... Berusahalah dengan gigih, insyaAllah kamu semua akan mendapat straight 9A dalam PMR 2010...........Amin.

16 March 2010

TIPS - MATEMATIK ITU MUDAH!


Ramai antara pelajar yang mengatakan bahawa Matematik itu susah. Kenapa? Mungkin sebab anda tidak pernah mendapat A dalam setiap kali ujian atau peperiksaan. Jadi jika nak senang dapat A, kena berbaik-baik lah dengan Matematik, he, he, he, jangan berjauh hati dengannya...........TAK KENAL MAKA TAK CINTA.

Berikut ada beberapa langkah/tips yang boleh anda ikuti untuk menguasai subjek Matematik dengan mudah.

1. Jangan gunakan kalkulator semasa membuat latihan Matematik.
Dengan menggunakan kalkulator menyebabkan anda tidak dapat mengingati sifir dengan baik, kurang cekap mengira , mendarab, membahagi nombor2, malah tidak tahu meletak titik perpuluhan apabila operasi Matematik tersebut menggunakan nombor2 perpuluhan.

Anda boleh menggunakan kalkulator untuk menyemak jawapan anda. Walaubagaimana pun kemahiran menggunakan kalkulator juga perlu untk menjawab soalan Matematik kertas 1 semasa peperiksaan.

2. Selalu bertanyakan kawan, guru atau sesiapa sahaja yang boleh membantu kita menyelesaikan masalah dalam pembelajaran Matematik.

3. Jangan bertangguh apabila anda tidak faham kaedah penyelesaian atau operasinya. Usahakan berkali-kali tanpa jemu sehingga anda dapat memahaminya. Kalau tidak anda akan lebih tertekan apabila guru anda mula beralih kepada topik yang lain, dan masalah dalam pembelajaran Matematik menjadi semakin banyak untuk diseselaikan.

4. Memahami Konsep Matematik. Apabila pelajar dapat memahami konsep dengan jelas semua penyelesaian Matematik menjadi mudah. Rujuk kepada guru anda bagaimana hendak memahami konsep pada setiap topik yang anda pelajari.

5. "Workout" sekurang-kurangnya 20 hingga 30 soalan sehari mana-mana soalan / topik yang anda kenalpasti yang menjadi masalah kepada anda selama ini. Jika anda berjaya menjawab lebih daripada 3/4 atau betul sekurang-kurangnya 8 daripada 10 daripada soalan-soalan tersebut, anda berjaya. Kalau tak, anda seharusnya mengulangi semula latihan tersebut sehingga berjaya. Cuba dan cuba lagi.

6. Jangan "give-up". Berputus asa akan menjadikan pembelajaran Matematik anda semakin teruk prestasinya. Matematik adalah satu subjek yang menarik tapi mencabar. Hanya orang yang sanggup menempuh cabaran sahaja yang akan berjaya.

7. Ulangkaji berterusan. Ualngkaji secara berterusan akan membantu anda mengingati formula, menemukan anda dengan kepelbagaian kaedah dan akan merangsang minat anda untuk belajar Matematik.

8. Mengajar orang lain. Apabila anda memahami sesuatu operasi penyelesaian Matematik, walau semudah mana pun, cuba ajarkannya kepada orng lain. Dengan mengajar kepada orang lain akan menambah ingatan anda dan meningkatkan kemahiran dalam Matematik.

9. Matematik menajamkan minda. Apabila anda mengulangkaji sesuatu pelajaran dan rasa mengantuk, kembali kepada latihan Matematik untuk seketika, dan teruskan semula belajar matapelajaran tersebut. Latihan Matematik boleh menajamkan minda anda, jadi selang selikan ulangkaji anda dengan jadual belajar yang efektif. Setiap orang mempunyai gaya belajar dan pelbagai kecerdasan.

10. Yakin, anda bijak Matematik! Apabila anda mengamalkan tip-tips di atas, insyaAllah kemahiran anda dalam Matematik akan bertambah. Ini akan membuatkan anda semakin yakin kerana prestasi Matematik anda didapati meningkat dari semasa kesemasa. Yakin lah, anda boleh!

"PRACTICE MAKES PERFECT"

KECIL-KECIL CILI PADI...........

15 March 2010

KENDURI KAHWIN SANA SINI............

13hb Mac 2010 (Isnin) - Ini perkahwinan antara Nordiana dan suaminya...pejam mata?. Nordiana ni adik ipar Zalina Hassan dan kawan kepada Wan Zarina. Selamat Pengantin Baru. Moga bahagia selamanya....

Sama cantik, sama padan........

14hb Mac - (Ahad) - ini pulak anak Puan Nor Yasmin , Julia....cantik, tp sayang, gambar bersama pasangan tak sempat nak ambil. Apa pun selamat berbahagia.

15hb Mac 2010,( Isnin ) - ini perkahwinan anak Pn Hjh Rakiah Tengah antara Jihah dan Lokman. Menawan, seri pengantin.

Kelihatan ayahanda kepada pengantin perempuan, Tn Hj Talaha sedang berucap merestui perkahwinan kedua mempelai.

Sebahagian barangan hantaran daripada pihak perempuan.

Kedua mempelai sedang bersanding.

Pelamin yang simpel tapi menarik.