26 July 2011
LAWATAN PENANDA ARAS ke SASER dan TKC
Ketua Sektor Jaminan dan Kualiti JPNT, Tn Hj Mohammad b Embong sedang bersama-sama dgn Pengetua Sek Sains Seremban (SASER) ketika taklimat.
Sedang meninjau persekitaran lokasi dokumentasi SASER, yang dihiasi dengan pelbagai info terkini termasuk sejarah kejayaan sekolah dari masa ke semasa.
Berukar-tukar cenderahati antara JPNT SASER dan TKC.
Bertukar-tukar cenderahati antara JPNT dengan TKC (Kolej Tunku Khursiah)
Kami diberi taklimat yang cukup jelas tentang perkembangan sekolah dan punca kecemerlangan akademik yang dicapai oleh kedua-dua buah sekolah ternama negara ini.
22 July 2011
Kala Ibu Bertemu Cikgu....
Hubungan yang baik antara pihak sekolah, guru-guru dan ibu bapa amat diperlukan dalam usaha untuk memantapkan lagi "sistem pentarbiyahan" anak-anak didik kita.
Harapan kami guru-guru agar ibu bapa sama-sama turun padang dan menggembelingkan tenaga bersama-sama dengan pihak sekolah dalam emmberi kerjasama dan sedia menangani masalah anak-anak kita. Semoga kejayaan dan kecemerlangan menjadi milik mereka.
Selalunya ibu lebih berterusterang dalam membicarakan masalah anak-anak mereka.
Mereka sanagt-sanagt mengharapkan guru membantu anak mereka dengan sepenuhnya jika terdapat masalah dalam pembelajaran dan juga sosial anak-anak mereka di sekolah.
Kegembiraan ibu bapa tergambar pada wajah, jika guru memperkatakan tentang prestasi anak mereka yg kian meningkat dan sebaliknya kepada ibu bapa yang anaknya semakin merosot. Harapan mereka sangat tinggi, sebolehnya mereka ingin melihat dan mendengar yang baik-baik sahaja tentang anak-anak. Tapi dunia alaf baru sekarang banyak pancarobanya. Sebab itu disiplin anak-anak harus di pupuk semasa masih kecil lagi, kerana akhlak anak-anak tetap bermula di rumah. Apabila anak itu melangkah ke asrama , tugas mendisiplinkan anak-anak terpikul atas kepala bahu para guru. Namun begitu, pemantauan ibu bapa seharusnya tidak terhenti di situ sahaja apabila anak tiada di depan mereka. Hubungan yang baik antara ibu bapa dan guru sangat perlu untuk proses mendidik merka berjalan dengan baik dan berkesan.
Alangkah bertuahnya seoarang ibu / guru menjadi role model kepada anak-anak didik mereka. Sekarang ni agaknya berapa ramai anak dan pelajar yang mengatakan bahawa role model mereka adalah ibu bapa dan guru mereka? Perubahan globalisasi dalam sistem pergaulan dan sosial sekarang ini amat mengganggu proses pendidikan anak-anak di sekolah mahupun di rumah. kekentalan jiwa dan pegangan agama yang kuat sahaja yang tidak dapat meruntuhkan benteng keimanan remaja sekarang. Soalnya adakah mereka mendapat bekalan amalan nilai-nilai yang baik dan amalan kehidupan mengikut lunas-lunas ajaran agama kita yang disemai di rumah atau yang dipupuk di sekolah? Jika tidak bermakna kita kurang berjaya dalam usaha mendidik mereka.
Anak-anak memerlukan kasih sayang dan pemerhatian daripada ibu bapa sepenuhnya. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak akan dapat dirasai oleh anak-anak meskipun mereka jauh dari pandangan ibu bapa yang anak-anaknya tinggal di asrama. Ini bergantung kepada kefahaman ibu bapa tentang konsep "keibubapaan" yang ditampilkan, amalan dan kesan yang mendalam yang dipamerkan atau diserapkan ke dalam hati anak-anak.
Sistem pendidikan sekarang dikatakan lebih kepada mementingkan prestasi akademik yang tidak seiring dengan nilai-nilai akhlak dan sahsiah. Kadang-kadnag betul juga dengan apa yang diperkatakan. Nilai presatasi akademik boleh diukur melalui pencapaian pada setiap kali peperiksaan terhadap anak-anak. Tapi nilai akhlak dan sahsiah pelajar tidak dapat diukur dengan angka atau gred A, B, C, D dan seterusnya. Syarat kemasukan anak-anak ke pusat-pusat pengajian tinggi pula tidak memfokuskan kepada pencapaian akhlak dan sahsiah secara menyuluruh. Sebab itu terdapat pelajar-pelajar cemerlang di universiti yang "tidak menjadi" dan melakukan salahlaku dengan perbuatan yang tidak baik dan menjatuhkan maruah ibu bapa.
(spt : mengandung anak luar nikah dsb). Nauzubillah.
Guru-guru di sekolah dikatakan sebagai pengganti ibu bapa kepada anak-anak apabila mereka tinggal di asrama. Sejauh mana "hubungan" itu berjalan dan berkesan? Terdapat banyak kekangan dan batasannya, kerana pertalian ini tidak sedarah dan sedaging. Namun nilai-nilai keguruan,keibuan dan kebapaan yang ada di hati sanubari guru, ia masih lagi dapat mengisi ruang yang diperlukan oleh pelajar walau tidak sepenuhnya. Sebab itu guru perlu lebih prihatin dan cakna kepada anak didik mereka dengan lebih dekat. Sistem mentor-mantee yang dilaksanakan di sekolah sedikit sebanyak dapat membantu memupuk kasih sayang antara guru dan murid. Walaubagaimna pun ia bergantung kepada komitmen dan keikhlasan yang tinggi dari guru dan pelajar itu sendiri.
Betapa bangga dan gembiranya anak-anak pelajar jika ibu bapa mereka berkunjung ke sekolah (tapi tidak bagi pelajar yang ada kes disiplin). Mereka berasa bangga memperkenalkan ibu bapa mereka kepada cikgu mereka. Itu lah anak-anak kita. Hati mereka dekat dengan kita jika kita menyuburkan mereka dengan nilai-nilai murni dan jati diri yang utuh. Nilai kasih sayang sangat penting dalam institusi kekeluargaan. Hargai lah masa anda dengan anak-anak. Ia adalah sebuah kehidupan yang indah! Mereka adalah amanah kita.
Kebahagiaan anak-anak adalah kebahagiaan ibu bapa. Kecemerlangan anak-anak adalah kecemerlangan ibu bapa. Justeru itu kasih sayang dan tautan hati yang erat antara anak dan ibu bapa dibutuhkan demi membentuk sebuah keluarga yang harmoni. Kadangkala terdapat dalam sebuah rumahtangga itu satu hubungan yang hambar dan tidak harmoni dimana sering terjadi persengketaan keluarga. Anak-anak yang lahir dalam kelompok keluarga sebegini membesar dalam suasana yang tidak harmoni dan akan menimbulkan konflik dalam jiwa mereka. Perkara seperti ini akan membawa kesan ke dalam kehidupan mereka di luar rumah, termasuk di sekolah, di asrama mahu pun di dalam pergaulannya dalam masyarakat. Sebab itu dikatakan bahawa kepincangan dalam sesebuah masyarakat juga bermula daripada pembentukan nilai-nilai kekeluargaan di rumah.
Semua orang ada ayah. Semua orang ada ibu. Semua orang ada cikgu atau guru dalam kehidupan mereka. Semua antara kita adalah pemimpin. Jika semua pemimpin amanah dengan tugas dan tanggungjawabnya, maka akan aman lah kehidupan ini, akan harmoni lah masyarakat kita. Antara kita saliang memerlukan antara satu sama lain untuk melengkapkan kehidupan masing-masing. sesungguhnya Allah menciptakan sesuatu itu tidak dengan sia-sia. Setiap hamba Allah ada hak masing-masing. Jika hidup kita sentiasa berpaksikan kepada ajaranNYA, Insyaallah akan mendapat rahmat dan barokahNYA.
Ibu hanya lah seorang, ayah hanya lah seorang, tetapi cikgu mungkin berpuluh atau beratus kepada seorang anak itu....
namun peranan mereka tetap melingkari sepanjang hidup mu.
21 July 2011
Bersyukur lah Kita KepadaNYA....
Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus. Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.
Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.[1][2][3]
Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya. Saban tahun, ada nyawa yang terkoban akibat puting beliung.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puting beliung boleh berlaku hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan. Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak terbentuk.
Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara serentak serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada tempat yang sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih. Sekiranya angin ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung.
Apa perasaan kita, jika ianya terjadi di tempat kita. Ke mana hendak lari agaknya? Kalau saya tak sempat lari dah, pinnnnggggg..jatuh pengsan terus...berserah segala2nya kepadaNYA.Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puting beliung yang mengganas akan membunuh dan memusnahkan apa saja yang disentuhnya.
Yang Tersirat dan Yang Tersurat...
1. Kita patut menghormati dan menyambut baik pemberian itu.
2. Saya terfikir adakah saya selayaknya menerima anugerah itu?
3. Apakah perasaan kita pada masa menerima anugerah itu? , contohnya, bangga, riak, megah dan menunjuk-nunjuk? , selalu beringat, ini adalah ujian Allah untuk menguji hambaNYA.
4. Adakah terdetik dihati kita yang kita adalah terbaik daripada orang lain apabila menerima sesuatu hadiah/anugerah?
5. Kita seharusnya menjadikan anugerah itu sebagai perangsang untuk lebih berdaya maju dalam kerjaya dan penambahbaikan kepada usaha kita yang tak akan berkesudahan selagi kita berkhidmat.
Kadang-kadang kata-kata memang tidak terucapkan.....hanya hadiah dapat menggantikan kata, seperti ungkapan " tiada kata secantik bahasa" hanya hadiah pengganti diri.
Ungkapan dari guru untuk pelajar-pelajar nya. Pendek dan biasa sahaja perkataan dan ayatnya. Tapi jelas ia menggambarkan hasrat hati guru untuk memotivasikan pelajar, meniup semangat belajar cemerlang untuk menjadi pelajar cemerlang, sayangkan pelajarnya, kejayaan pelajarnya juga adalah sudah tentu kejayaannya juga.
Terima kasih kepada pelajar2 PMR 2008 yang membentangkan banner ini kepada kami.
Syukran......hanya sepatah perkataan keramat daripada pelajar kepada gurunya, tetapi begitu bermakna bagi kami, terasa lelah mengajar dan mendidik anda semua berlalu begitu sahaja....
Terima kasih kepada semua pelajar dengan aneka cenderamata..bukan hadiah yang didamba. Hormati guru, taat kepada ibu bapa dan patuh kepada peraturan sekolah, buat yg disururhNYA, jauhi yang dilarangNYA amat membahagiakan hati kami.
"minta maaf banyak2", ini hadiah bukan untuk hiasan..."
hahahha.
Saya mendefinasikan sebagai Aiman:
1. Seorang pelajar yang rendah diri.
2. Sangat perlukan perhatian gurunya, mungkin pada mata pelajaran yang belum dikuasai sepenuhnya.
3. Mahukan cikgu sentiasa mengingatinya (mau cikgunya guna selalu dan ingat kepadanya). Kalau disimpan , nanti cikgu mungkin lupa kepadanya).
4. Pohon restu guru dalam menghadapi pelajaran / peperiksaan.
Sebagai guru, kadang-kadang kita terlupa memberi perhatian yang sewajarnya kepada pelajar yang memerlukan bantuan kita. Terutama dalam masalah pembelajaran mereka. Bagi saya sesuatu yang tersurat itu mengandungi pengertian yang tersirat yang membawa kepada hasrat hati dan pengharapan seseorang itu kepada kita.