11 March 2011
Mathematics PMR - Answering Techniques
04 March 2011
Minggu-Minggu Yang Padat
Assalamualaikum wbt....Sudah lama benar rasa tidak menulis aitikel untuk blog ini. Tuntutan kerja yang menimbun setiap hari menyebabkan banyak benda yang terlepas pandang. Justeru yang paling utama didahulukan, lantas yang kurang penting atau tidak penting diketepikan seketika, kadang-kadang terus terlupa begitu saja. Lagi pun memang tidak ada berita yang begitu menarik untuk dikongsi bersama.
Nampaknya Smaasza memulakan entry 2011 dengan sesuatu yg baik dan memberangsangkan.-- sebagai JOHAN dalam pertandingan perarakan Maulidur Rasul. Alhamdulillah..
Alhamdulillah, semua anak2 dah melangkah ke alam dewasa, sudah tamat zaman persekolahan masing2. Cabaran remaja meniti hari demi hari sudah berlalu. Selangkah telah berlalu. Tak lama lagi mereka akan melangkah ke dunia perkahwinan, (Insyaallah jika jodoh dipertemukan).
Tanggunjawab ibu bapa mendidik, mengasuh dan mengajar anak2 supaya menjadi insan berguna tersangat lah besar. Tak terhitung dan tak tertanggung rasanya memikul amanah Allah yg maha berat ini... semua kekuatan itu datang drpNYA.
Walau mereka dewasa sekali pun hati seorang ibu tetap merasakan tanggungjawab masih terpikul di atas bahu , kerana buruk baik anak2 ada lah cerminan orang tuanya....bukan di mana tempat dia belajar atau tempat dia menuntut ilmu.
Prestasi akademik yg cemerlang selalunya dikaitkan dgn kecemerlangan sekolah, tetapi prestasi akhlak yang cemerlang atau buruk dan sebagainya itu tetap terpikul atas kepala ibu bapa masing2... kerana ANAK ITU ADALAH AMANAH ALLAH yang dikurniakan kepada setiap ibubapa di muka bumi ini.
Tidak sempurna iman kamu , selagi tidak menunaikan tanggungjawab yg telah diamanahkan ke atas kamu dengan sebaik2nya dan hanya keranaNYA.
31 October 2010
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (SMKA DAN SABK)
Disempurnakan Oleh:
Y.BHG Tuan Hj Abd Rashid b Ngah
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pada:
27hb Oktober 2010
Tempat
Hotel Royale Bintang
Seremban, Negeri Sembilan.
DASAR DAN KAEDAH PEMBERIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)
Kelayakan:
Anggota yang layak dipertimbangkan untuk dipilih dan diberikan APC adalah seperti berikut:
*****Anggota Perkhidmatan Awam dalam semua kumpulan, gred dan kategori yang dilantik oleh mana-mana pihak berkuasa melantik, termasuk pihak yang mewakilkan kuasa oleh pihak berkuasa melantik berkenaan untuk berkhidmat dengan agensi awam samada secara ettap, sementara atau kontrak. Ini termasuk anggota yang berada di atas tangga gaji dan syarat-syarat perkhidmatan di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976, Sistem Saraan Baru (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan,
*****telah berkhidmat bagi tempoh genap setahunpada terakhir tahun penilaian.
Asas Penilaian:
Pemilihan anggota yang layak adalah berpandukan kepada markah yang diperolehi dalam penilaian prstasi tahunan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Anggota yang mendapat markah 85% dan lebih adalah layak dipertimbangkan untuk menerima APC.
Anggota yang memenuhi syara-syarat yang ditetapkan adalah layak dipertimbangkan untuk diberi APC oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) . Pemilihan diperingkat ini adalah berasaskan kepada penilaian PPSM ke atas sumbangan anggota berkenaan kepada organisasi Perkhidmatan Awam, komuniti, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.
Bilangan Penerima:
Bilangan penerima APC bagi setiap agensi tidak boleh melebihi 8% daripa jumlah anggota daripada jumlah anggota yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian berkenaan.
INTENSIF dan HADIAH:
Intensif dan hadiah APC adalah seperti berikut,
1. Sijil Perkhidmatan Cemerlang
2. Hadiah prestasi sebanyak RM1000.
3. Peluang dan keutamaan untuk memajukan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau pun persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan kepada prestasi kerja.
4. Peluang dan keutamaan bagi pencalonan untuk menerima pingat, bintang dan darjah kebesaran Persekutuan dan Negeri dan;
5. Nama dan gambar penerima dipamerkan di pejabat pada lokasi yang strategik atau yang biasa dikunjungi orang ramai.
Petikan :
Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM), Bahagian Pendidikan Islam Malaysia.
Sekitar gambar Majlis Penganugerahan APC 2009 pada 27hb Oktober 2010.
05 August 2010
KEM DI SANA SINI..............
Sekarang dah masuk bulan Ogos. Pejam celik, pejam celik kita dah hampir ke penghujung tahun......Peperiksaan UPSR , PMR, SPM, STPM , STAM akan berlangsung tak lama lagi. Di sana sini sibuk dengan pelbagai kem, kem motivasi, kem kerohanian / ibadah, dan yang paling rancak sedang berjalan sekarang adalah kem subjek.
Boleh dikatakan di semua peringkat institusi pendidikan samaada di peringkat Jabatan pelajaran negeri, jabatan pelajaran derah, sekolah-sekolah swasta, sekolah sekolah agama negeri , SABK serta badan-badan yang berkaitan dengan pendidikan seolah-olah mendapat satu penjadualan khusus dimana KEM-KEM MATAPELAJARAN sedang giat dijalankan di pelbagai lokasi. Matlamat nya sama iaitu untuk mencipta kecemerlangan dan melonjak prestasi akademik negeri Terengganu, seiiring dengan slogan 20 10 05 02.
Kepada pelajar-pelajar negeri Terengganu khususnya , anda sangat bertuah kerana mempunyai kumpulan guru yang sangat prihatin dan mengambil berat akan soal pendidikan khususnya dalam perkembangan sahsiah dan prestasi akademik anda. Mereka banyak berkorban masa dan tenaga demi untuk melihat kejayaan dan kecemerlangan anda dalam setiap peperiksaan.
Kepada pelajar yang terpilih untuk menyertai mana-mana KEM SUBJEK anjuran JPNT diharap dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan kepada pelajar yang tidak terpilih anda tidak perlu kecewa kerana di sekolah anda sendiri sudah sedia maklum, dan cikgu anda , dengan bantuan pengurusan sekolah juga mengadakan pelbagai program termasuk kem-kem subjek dengan lebih efektif sesuai dengan situasi dan fasiliti sekolah masing-masing. Rebutlah peluang yang disediakan dan anda mampu berjaya jika anda sentiasa komitmen dan yakin diri sepenuhnya.
Tahniah kepada Jabatan Pelajaran Terengganu yang telah bayak menganjurkan pelbagai kem kecemerlangan dan menghasilkan begitu banyak Modul-Modul untuk KeM Subjek yang merupakan input yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar. Diharap usaha murni ini akan berterusan dan sentiasa akan menjadi salah satu agenda terpenting diperingkat jabatan. Syabas.
30 June 2010
EDUCATION IN MALAYSIA FROM MY POINT OF VIEW
EDUCATION IN
Teachers of our present time are not knowledge enough to really understand and master the word “education”. It is not just going into classroom when the bell rings and start to blah, blah, blah………in front of the students and after that get caught with headaches and stress when the students are not in order or burden of work go hill high.
I define a teacher as:
Someone who is not only well-informed but highly knowledgeable with various knowledge and also is enlightened with such a divine so much so that:
1. When he/she walks into the classroom, he/she is not only entering the class, but he/she is able to enter his/her student’s hearts.
2. When delivering lessons, he/she is able to attract the
student’s interests as the north attracts the south pole.
3. When confronting with the students behavior he/she is able to “READ” their minds, their feelings such as confusions, grieve ness, boredom, frustrations etc.
4. These are parts of the qualities that had been generated from one great guru to another since centuries, from Adam to Abraham to Solomon to Jesus to Buddha to Tao to Muhammad SAW. They could hold millions of hearts through their teachings.
TEACHERS SHOULD ALSO BE GRADUATED WITH THESE VALUES AS THEIR PERSONALITIES:
1. Able to educate themselves first before educating others;
2. Able to respect them selves before gaining respects from students. When a teacher is able to gain respect, he/she orderly not only 40 children but even 4000000 or more.
3. Able to get deep into their hearts before they can touch their students feelings.
MY QUESTION IS:
Do teachers in our country are skillful enough on how to hold their students hearts so that when the students are disorder, teachers do not have to yell, but powerful enough with one stare and the students will be instantly behaved as if you are A KING????????
17 May 2010
KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI GURU SMAASZA 2010
By Norish Muss
Riang ria hari guru 2010.....meriah! terima kasih badan pengawas yg uruskan segala-galanya....
Sambutan Hari Guru pada tahun ini disambut meriah. Ia bermula dengan perarakan guru-guru dengan bunga manggar dan paluan kompang dari depan Dataran Ilmu SMAASZA , terus masuk ke Dewan Fikri SMAASZA. Tuan Pengetuan En Hasihm Embong telah memotong reben perasmian Hari Guru Tahun 2010. Antara ucapan telah disampaikan dalam perhimpunan tersebut ialah ucapan daripada, wakil pelajar, wakil guru, Penolong Kanan 1 dan Tuan Pengetua, termasuk membaca perutusan Hari Guru daripada Pengarah Pendidikan Malaysia, Tn Hj Alimuddin Mohd Dom.
Guru- guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan Negaraku serta membaca ikrar untuk menjadi guru yang terbaik, cemerlang dan gemilang. Beberapa kumpulan pelajar telah mengadakan persembahan Nasyid dan Sajak.
Beberapa acara sukan dan sukaneka diadakan serentak, antara nya ialah tarik tali, bola sepak, memancing, bowling kelapa, rebut kerusi, kupas bawang, gubahan hantaran, bermain congkak, dakapan kasih, baling bola dalam baldi. Acara-acara yang diadakan dipelbagai lokasi itu dijayakan oleh pelajar dan juga guru-guru. Sungguh meriah dan mesra sekali. Semua acara yang berlangsung adalah antara guru dan pelajar.
Pelajar juga telah menunjukkan kreativiti kelas masing-masing dengan membina kad-kad ucapan yang sungguh cantik, bervisi dan kreatif. Terima kasih kepada pelajar dengan komitmen dan bakat yang ditunjukkan. Kami guru-guru sangat berbangga dengan usaha dan kesungguhan mereka yang terlibat.
Sesungguhnya aktiviti ini dapat menjalin hubungan siratulrahim antara guru dan pelajar yang telah sedia terjalin dan sekaligus dapat merapatkan jurang antara guru dan pelajar bagi kebaikan bersama.
04 May 2010
PERKELAHAN AKADEMIK
Norish Muss
Perkelahan TOP 10 - Bersama dengan 27 org pelajar Tingkatan 3 Abu Darda'.
Tahniah kerana mendapat Gred Purata Kelas Terbaik.....dan hmm lumayan hadiahnya ialah berkelah bersama guru2 PMR dengan makanan yang lazat2....Turut serta Pen Kanan Akademik Pn Hjh Rakiah Tengah dan Ketua Bidang, Pn Normaha. Terima kasih kerana komitmen semua pihak.
PROGRAM : TOP TENSASARAN : Semua pelajar PMR 2010 - 135 orang
TARIKH : 4hb Mei 2010 (SELASA - 3.00 - 5.30 petang)
TEMPAT : Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu
Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak sekolah untuk melihat presatsi akademik pelajar meningkat dari masa kesemasa. Baru-baru ini pihak Projek Kecemerlangan PMR SMMASZA 2010 telah melancarkan program TOP 10 dalam usaha untuk melihat pelajar lebih bersemangat belajar dan berdaya saing yang tinggi dikalangan mereka dan seterusnya menjadi pemangkin terhadap kemajuan pembelajaran mereka.
Terdapat 5 kelas pelajar dan setiap kelas terdiri daripada ketiga-tiga kumpulan pelajar iaitu pandai, sederhana dan lemah. Kesemua mereka belajar didalam kelas yang mengambil kira kepelbagaian kecerdasan, tidak hanya dari segi akademik semata-mata.
Objektif:
1. Menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan
2. Pelajar pandai membantu kepada pelajar yang kurang pandai - Aktiviti Guru Muda
3. Pelajar menjadi rakan pembimbing kepada pelajar lain - Pembimbing Rakan Sebaya.
4. Memparaktikkan "peer coaching" dikalangan pelajar - Tutor-tutee
5. Memupuk semangat KEKITAAN dikalangan pelajar untuk membuktikan kemampuan kelas
masing-masing dari pelbagai bidang.
Matlamat :
1. Untuk merealisasikan hasrat sekolah bagi mencapai sekurang2nya 60% straight "A" dalam
PMR 2010.
2. Untuk menduduki ranking TOP 10 dalam negeri khususnya, dan negara amnya.
3. Untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan dan seimbang dengan amalan nilai-nilai murni
yang baik, terpuji sahsiahnya dan cemerlang akademiknya.
Rasional:
Adalah diyakini bahawa potensi pelajar akan lebih cepat berkembang apabila didedahkan dengan iklim pembelajaran yang kondusif dengan suasana yang ceria, tidak membosankan dan dapat menarik minat belajar dengan komitmen para guru yang ingin melihat kecemerlangan pelajar-pelajar nya menjadi kenyataan.
Antara beberapa kategori ganjaran telah diberi kepada pelajar :
1. Pelajar terbaik bagi setiap subjek.
2. Pelajar yang mendapat 7A, 8A dan 9A dalam ujian / peperiksaan.
3. Purata Gred Kelas Terbaik.
4. Kelas Terbaik ( tiada masasalah disiplin dikalangan pelajarnya dan kelas yang paling ceria
serta berinformasi).
5. Pelajar contoh
Adalah diharapkan dengan program seumpama ini akan membuahkan hasil yang terbaik dalam usaha untuk merealisasikan harat pelajar, ibu bapa, guru-guru dan semua warga SMAASZA demi untuk mencapai 9A PMR 2010.
Wassalam....
