Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

29 December 2009

Nilai-Nilai Keguruan

Guru-guru SMAASZA sedang beramah mesra dengan ibu bapa
pelajar

Rajin, bertanggungjawab dan prihatin.....itulah pelajar SMAASZA

Tolong cikgu lagi....ringan tulang, sedia membantu.

Guru Penyayang.........Ustz Wan Mailan dan Ustz Zawiyah senang didamping murind-muridnya. Sentiasa ceria, happy dan senyum sokmo.

6 Sifat dan Kualiti Peribadi Seorang Guru

Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan, selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, prefesional dan sosial yang baik dan murni.

6 Sifat dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Orang Guru:

1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.

3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.

4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.

5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.

6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.

Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi.

Sekian terima kasih.

Sikap Dan Akauntabiliti Guru







Sikap dan Akauntabiliti Guru Malaysia

Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar dan Ibu Bapa

  1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.
  2. Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain.
  3. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
  4. Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran.
  5. Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.

Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri

  1. Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
  2. Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa.
  3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya adalah seibang dengan perbelanjaan harian.
  4. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.
  5. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio dan television serta internet.
  6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah.
(Ehsan : Jabatan Pelajaran Negeri)

GURU MALAYSIA


Guru Sebagai Pembentuk Nilai

Nilai-nilai Guru merangkumi unsur-unsur pertimbangan seseorang individu seperti :

-kebolehan,

-kebaikan,

-pengetahuan,

-potensi,

-bakat,

-kepercayaan,

-kecekapan,

-sikap,

-emosi,

-jasmani dan

-tingkah lakunya.

Konsep nilai adalah berkait dengan moral, prinsip atau kelakuan orang, khasnya pelajar-pelajar di sekolah. Nilai ini merupakan kriteria bagi guru mengukur moral, prinsip atau kelakuan pelajar sama ada baik, wajar, diingini atau sebaliknya buruk, tidak wajar dan dibenci.

Nilai moral yang baik, wajar dan diingini boleh dibentuk dengan berbagai cara, iaitu melalui contoh teladan, norma, adat resam dan percayaan masyarakat, peraturan dan undang-undang, hukuman dan ganjaran, dan pendidikan.

Di dalam sekolah, pelajar-pelajar dididik supaya membentuk akhlak yang mulai dan menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai murni yang diingini. Nilai-nilai individu biasanya dibina daripada pengalaman-pengalaman yang dialaminya dari semasa ke semasa.

Guru sebagai pembentuk nilai hendaklah memainkan peranan sebagai role model supaya murid mencontohinya, di samping membentuk sahsiah murid melalui pengajaran-pembelajaran dan aktiviti kokurikulum.

(Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur)

SMAASZA SEKOLAH KU............



Baru-baru ni keputusan PMR 2009 telah diumumkan. Alhamdulillah negeri Terengganu sekali mencatat kecemerlangan yang agak membanggakan. Tidak ketinggalan juga dengan SEKOLAH KU, SMAASZA yang telah mencapai keputusan yang cemerlang, termasuk dalam 10
ranking terbaik.

Tahniah kepada semua guru yang telah berusaha bersungguh untuk mencapai kejayaan ini.


Tahniah juga kepada sekolah IMTIAZ Besut yang telah mengungguli kecemerlangan ini dengan mencatatkan Gred Purata Sekolah, 1.07.

KEPUTUSAN PMR SMAASZA 2009.

Bilangan Calon : 114
Gred Purata Seklah : 1.14
Kelulusan : 100%
Bilangan Calon Semua A (9A) : 52 (45.61%)

28 December 2009

PAUTAN YANG PERLU ANDA LAYARI.............

KHASIAT HERBA:

http://www.freewebs.com/toman007/tumbuhanterpilih.htm



GURU CEMERLANG:

http://www.slideboom.com/presentations/93369


CONTOH SOALAN PTK:

http://www.johordt.gov.my/ppdkulai/Peperiksaan/contoh%20ptk.htm



PEMBELAJARAN BERKESAN:

http://www.scribd.com/doc/2525392/siri-teknik-pembelajaran-berkesan

SYABAS SMAASZA

52 pelajar SMAASZA dapat 9A


KUALA TERENGGANU - Cogan kata ‘Kalau tidak kita, siapa lagi? Kalau tidak sekarang, bila lagi?’ yang diterapkan dalam diri pelajarnya membuahkan hasil cemerlang kepada Sekolah Menengah Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA).




Buktinya, keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan mencatatkan 52 daripada 114 pelajarnya mendapat 9A dalam peperiksaan itu.



Pencapaian yang diperoleh SM membolehkan sekolah itu tercatat dalam senarai sekolah berprestasi tinggi yang mencapai nilai Gred Purata Sekolah (GPS) kurang daripada 1.80.



Pengetuanya, Hashim Embung berkata, keseluruhan calon PMR berjaya lulus dengan memperoleh 1.14 nilai GPS berbanding tahun 2008 yang hanya mencatatkan 1.16 di dalam nilai berkenaan.



“Ini menunjukkan prestasi sekolah berada di tahap yang amat membanggakan hasil kerjasama guru dan pelajar serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan mereka memperoleh keputusan yang baik,” katanya kepada wartawan Sinar Harian yang membuat tinjauan ke SMAASZA.



Sementara itu, ketika ditemui di pejabatnya, beliau berkata, pencapaian yang diperoleh adalah kerana kesedaran ditanam dalam diri pelajar yang diterap sejak mula melangkah ke sekolah itu.



Selain itu katanya, pelbagai program yang dianjurkan pihak sekolah sejak awal persekolahan sehingga saat-saat akhir peperiksaan menunjukkan hasil membanggakan dan memberi kejayaan kepada pelajar.



Beliau berkata, sebagai sebuah sekolah menengah agama bukan berasrama penuh, beliau melahirkan rasa gembira kerana sekolah itu dapat berada setanding dengan yang mempunyai nama besar dan berada dalam senarai sepuluh Sekolah Berprestasi Tinggi.



(Sinar Harian 27hb Dec 2009)

25 December 2009

Bandaraya Bangkok

Pada pertengahan December 2009 yang lalu saya berpeluang berkunjung ke rumah teman yang sudah 20 tahun tinggal di Bangkok kerana berkahwin dengan warganegara Thailand.
Disni dipaparkan beberapa tempat yg sempat saya kunjungi......
"HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, LEBIH BAIK NEGERI SENDIRI.......


Sebuah Istana lama - Istana King V


Kenderaan awam...tut tut


The Grand Palace..

Persembahan Kebudayaan - Mentera pohon kabulkan doa


Sistem pendawaian yang tidak kemas dan tidak sistematik "menghiasi" keseluruhan bandar Bangkok, mungkin juga di seluruh pelusuk negara.

bersih...

Siam Paragon


Bangkok dengan kilauan cahaya

Namun.........................apa pun, bersyukur lah kita menjadi RAKYAT MALAYSIA.

1MALAYSIA