Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

01 February 2015

Setelah Bersara

Aku mula bersara pada usia 55 tahun. Ingatkan bila bersara banyak masa terluang, tapi tetap penuh masa terisi. Ya Allah, Alhamdulillah, Kau telah banyak menyedari ku, betapa kerdil diri ini. Terasa begitu banyak benda yang nak dibuat dalam waktu 1 hari yang ditempuhi, namun kena pasrah.

Ada orag kata tiada apa pada nombor, tapi ada juga menganggap sesuatu nombor itu bermakna sekali bagi mereka.
Yang jelasnya Allah memanggil pada ketika usia kita tidak kira berapa pun. Semua telah tercatatdi azali. Daripada bayi hinggalah kepada beberapa tahun, belasan tahun , puluhan tahun dan seumpamanya. Namun yang pasti tempoh kita menghuni di muka bumi ini semakin hari semakin singkat....

Kita manusia lemah. Hidup mati kita kerana Allah. Beristighfar , muhasabah diri dan sentiasa terasa diri kurang dan mencari kebenaran kerana Allah adalah salah satu punca untuk mencapai kebahagiaan hidup.



Ya Allah, berilah aku peluang supaya dapat ku tebus semuala masa-masa ku yang telah berlalu itu tanpa mengingati MU supaya beri ruang untuk ku bertaubat. Agar ku dapat memanfaatkan masa ini dengan sebaik-baiknya.

Kepada rakan-rakan sekerja ku dari dulu-dulu hingga ke saat akhir kita bersama-sama, maafkan segala sikapku yang tidak disenangi samada secara sengaja atau tidak sengaja. Segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang kurang baik itu dari diri saya sendiri....wallahuaalam.

13 March 2014

Tahun ini 55.

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama benar tidak menulis di sini. Sibuk, macam-macam hal. Pejam celik pejam celik, November 2014 nanti umur ku 55 tahun. Masa diberi pilihan pencen 60 tahun dulu aku sign 58 saja. tapi rasanya jika umur panjang rasa nak bersara pada umur 56 tahun saja. Ini bermakna aku ada 1 tahun lebih sikit lagi untuk meninggalkan tugas ku sebagai seorang pendidik.

Antara coretan ku bila memasuki alam persekolahan tahun 2014.

Drop a Book, Program Nilam. Sejauh mana program ini membuatkan pelajar terbangkit untuk minat membaca?
Tanggapan ibu bapa terhadap PIBG sekolah? Kurang mendapat sambutan. Sebahagian besar dewan hanya dipenuhi golongan guru. Kemanakah ibu bapa kepada anak-anak? Nyata, mereka tidak berminat untuk hadir ke mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Mengapa? Aku pun tidak tahu.......hmmmmmm.
Hari Sukan sekolah ku yang santai. Kami guru-guru tidak diwajibkan pakai baju sukan. Tetapi dikehendaki pakai baju yang berwarna mengikut rumag masing-masing. Hahahahaha, aku rumah Kuning dan kawan ku Cikgu Anisah rumah Biru.

 Tahniah Rumah Kuning Johan antara Rumah tahun 2014. Tumpang bangga.

Program SUMUR. Kami guru, sepakat , berganding bahu, satu inspirasi, menyahut seruan, memartabatkan 'ruang lingkup' kerja kami, SAYANG MURID dengan kreativiti tersendiri. Murid ku, adalah anakku jua.


Tersimpul sebuah harapan, menggunung sebuah impian, in sya allah usaha kami diberkatiNYA,
Ya Rob. Murid kami harta kami , wadah kami.

Perhimpunan harian. Tidak pernah jemu, walau perkara sama diaju. Generasi bangsa ku.

Santapan rohani , lenguh berdiri, duduk. Mereka permata negara. Harapan kami, semoga Allah memberi kesihatan yang baik , panjangkan usiaku untuk berkhidmat sehabis daya mungkin. Maafkan ku diatas segala kelemahan ku, kekurangan ku, kekhilafan ku.

Himpunan guru-guru ETA , mereka membantu cikgu Bahasa Ibggeris di sekolah-sekolah negeri Terengganu, tapi tidak termasuk sekolah ku. Tahniah SMAASZA , sekolah terbaik Bahasa Inggeris PMR tahun 2013.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan esuk akan menjadikan impian kami satu realiti.
"melahirkan insan terpuji"






10 November 2013

Kerana Minat

Anakku berniaga di warung.....

Mereka ada ijazah, namun tidak memohon untuk bekerja di jabatan kerajaan. Bekerja dengan pihak Swasta tak sampai setahun berhenti, kerana boring, tidak selesa dan sebagainya. Rupanya minat kerja sendiri, berdikari dan ingin mencuba sesuatu yang biasa sahaja tetapi mencabar dari segi persaingan.

Anakku dan suami di gerainya
Tidak bercita-cita terlalu tinggi, tapi inginkan kehidupan yang selesa dan cukup serba serbi , mereka mengambil keputusan berniaga di warung. Pada peringkat permulaannya hanya beroperasi untuk makan pagi sahaja dengan 6 menu yang tetap disamping lain-lain makanan. 6 menu tersebuat ialah, lontong, nasi lemak, pulut nyor, mee kari , mee goreng dan nasi impit kuah kacang. Semua nya dimasak sendiri seawal jam 5 pagi dan mulakan perniagaan jam 7 pagi.
Makanan lain juga disediakan, seperti popiya goreng, kerpok lekor goreng, dan karipap disamping kueh mueh yang lain.

Sambutan memang menggalakkan dan sudah ada pelanggan nya yang tersendiri.
Pulangan pendapatan nya jauh lebih lumayan berbanding dengan pendapatan semasa bekerja dengan pihak swasta dulu. Ini merupakan daya motivasi yang diterima yang menguatkan semanagt mereka untuk lebih berusaha dengan lebih giat lagi.

Antara pelanggan yang datang
 Konsep yang diterapkan ialah mementingkan, rasa yang sedap, layanan yang mesra pelnggan, keceriaan suasana dan kebersihan yang boleh menggamit pelanggan untuk berkunjung, katanya. Tetapi sejauh mana dipraktiskannya tidak ku kenalpasti kerana aku sendiri jarang ke warung nya dek sibuk dengan tugas sendiri yang banyak dan memerlukan komitmen yang tinggi. In shaa Allah , benar bagai dikata dan menjadi kenyataan.

Hati pelanggan harus dijaga
Semoga perniagaan yang baru saja menapak ini akan terus berkembang maju dan menjadi satu titik tolak sebagai satu kerjaya yang boleh menjadi tunjang kepada pendapatan mereka.
Semua pekerjaan perlukan ilmu untuk melaksanakannya. Jadi perlu belajar selok belok yang berkaitan. Kena bersungguh-sungguh, jangan main-main atau buat ala kadar.

Teringat kata-kata seorang bapa saudara,
"ala kerja warung sarapan makan pagi je, belajar tinggi2 buat apa, kalau hanya mampu buat kerja yang mampu dilakukan oleh mereka yang berkelulusan SPM saja".......
Mereka hanya tersenyum saja. Mungkin menjadi suntikan motivasi dan dorongan yang tinggi baginya.
Sebagaimana, sabda Nabi SAW, "sebaik-baik pekerjaan ialah berniaga"

Wallahua'lam.

13 October 2013

LADAP akhir dahhh..

As Salam semua,
Rasanya saya sudah lama tidak mendengar ceramah atau seminar sebarang isu yang berhubungkait dengan kerjaya kita. Kalau ada pun cuma sepintas lalu, dalam bentuk bengkel ringkas atau mesyaurat atau taklimat pendek.
Sabtu minggu 12 Okt 13 , yang lalu sekolah saya menjalankan LADAP, latihan dalam perkhidmatan untuk guru dan kakitangan. Intisari nya:
Slot 1 : Sarana Guru dan Sarana Ibubapa
Slot 2 : Mengapa Kita Sakit
Slot 3 : Motivasi dan Profesionalism Guru.
Masa : 8.00pg hingg 1.00 tgh. Tempat : Sekolah saya.

 Penceramah Slot 1 daripada PPD Kuala Terengganu En Mohd Salleh.

 Sampai hati sungguh, pagi pagi dah diberi gula2, hehehe, mujur dah makan nasi lemak sebelum datang. hmmmmm. Tapi jam 10.30 pg kami dihidangkan dengan mee goreng. Not bad.


 Sempat merakamkan kenangan.

Penceramah no 2, Dr Rohaidah btMohammad daripada pusat perubatan homoepathy Gong Badak.
wallaahuaalam.

Selalu merindui mu.....

Cucu ku baru sorang...... dan sekarang sedang menunggu cucu ke 2. hmmmm. Ini lah kebahagiaan ku kini. Siang malam terbayangkan keletahnya. Manja, nakal, dan paling penting suka mengamuk. hahahha, bising bebangor selagi kehendaknya tidak tercapai. Dah pandai macam2 ni, tau.

Amani 16 Oktober 2013 nanti genap lah umur nya setahun.
rambut dan gigi lambat tumbuh, tapi cepat boleh merangkak dan berjalan.

Petang2 bawa cucu jalan2 keliling pagar je, dok rok doh. berat 66
Ibu dan bapa Amanai ccayang, Hazri menantu dan Amalia anak ku.

pok amai2, belalang kupu2
tepuk biar ramai, nanti minum banyak susu.


cucu ku Amanai buat muka ppengong.......hehehehe bersama mak sedara dan mak sepupu.
Baby sedang belajar sesuatu tu, sebab ada2 je sesuatu yg baru yg ditunjukkan.

Happy, happy, happy, tunggu mamatok datang ye. Love u forever.


Hahahahhahahah, ini lah coretan ku.. tulis yang ringan, mudah dan memang untuk sedap hati sendiri. Ini lah cara ku melapangkan fikiran, melegakan minda. Biarkan pun ada yang akan kata perkara remeh , tapi ia membahagiakan ku.

...imbas kembali.

Assalamualaikum wbt...."
Salam sejahtera.

Rasa hampir setahun rupanya saya tidak ber'blog', hehehe. Kali terakhir Januari lalu. Maklum lah tahun ini sagat sibuk dengan pelbagai macam benda yang semua perlu urgent2 belaka. Begitulah tuntutan masa kini. Menjadi wanita yang berkerja masa kini tersangat membutuhkan segala komitmen. Namun seorang suri rumahtangga sepenuh masa juga memerlukan daya kekuatan spiritual yang tinggi dalam meneruskan rutin harian yang begitu mencabar apatah lagi bagi kita yang bekerja jadi cikgu. Bekerja 6, 7 hari seminggu telah menjadi perkara biasa.

Minggu lepas hari Rabu , 9 Oktober 2013, hari terakhir peperiksaan PMR untuk zaman ini, hehhehe. Dalam usia ku 54 tahun dan sudah mengajar selama 33 tahun rasanya ,sudah 'tua' menjadi cikgu. tapi bila berhadapan dengan kerenah pelajar terasa diri ini masih 'muda' lagi. Betapa semangat ku sentiasa berkobar-kobar untuk mendidik mereka yang semakin nipis jati diri.
Lantas rakan ku bertanya, hai , "engkau tu pulak , dah tebal sangat ke jati diri kau", hehehhe.
Ku terkedu.
Peristiwa yang menjadi coretan ku.


 Paling kanan, Pn Hjj Rakiah bt Tengah mantan PK Akademik , mula bersara pada 1 Jun 2013.
Semoga bertambah sihat dan ceria menjalani kehidupan.

 Selamat Pengantin baru, Pn Maziah dan En Roslan. Semoga bahagia melayari bahtera rumahtangga.

 Selamat pengantin baru kepadakedua2 bekas anak murid, Izzah Nadhirah dan Ahmad Shukeri
terasa diri ini semakin tua, huuuuu.

 Alhamdulillah, Matematik sentiasa menjadi subjek cemerlang setiap tahun.

                     Seragam setiap Selasa..... .
Barisan cikgu PMR 2013
Peperiksaan PMR sudah bermula......
dan gambar bawah ibu datang memberi restu dan ispirasi kapada anaknya. Doa sentiasa mengiringi.



Wedding of the year, 64 vs 32. Subhanallah. Jodoh ditangan MU.

 Tanggungjawab mengajar dalam kelas sudah selasai bagi tahun ini, sebab saya hanya mengajar pelajar tingkatan 3 saja. Namun banyak kerja-kerja lain sedang menunggu. Tak percaya? Boleh datang tengok. Ha hahahah hahha.

26 January 2013

KIK : Pahit dan Manis

Assalamualaikum. . . Tahun 2012 sudah pun meeninggalkan kita. Banyak sungguh peristiwa, kenangan, memori yang mungkin tidak dapat saya lupakan. Terasa diri ini sangat sibuk sesibuk2nya, serta sangat mencabar minda dan emosi. Itulah hakikat lumrah kehidupan.
Hmmm masin sungguh garamnya!!!!!. Terlalu banyak pengorbanan masa dan tenaga yang dipertaruhkan.
 Alhamdulillah, pasukan KIK kami, Alkhwrizmi telah berjaya mewakili Jpnt Terengganu ke peringkat kebangsaan yg dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malasysia, pada 30 Okt - 1 Nov 2012 bertempat di Hotel Royale Bintang dan Spa, Seremban Negeri Sembilan. Lelah terasa berbaloi.
Hmmm manis sungguh gulanya!!!!!.


Malam Perasmian

Dewan Pertandingan

Peluang yang mungkin hanya sekali.,.,.,.,.,.,


Ruang legar pameran kumpulan yang bertanding

Anugerah Kemenangan:

1.  Anugerah Bintang Terbaik - 3 Bintang
2. Anugerah Kumpulan Inisiatif Terbaik
3. Anugerah Penyertaan Individu (11 orang)


Ahli Kumpulan:

1. Pn Norisah Mustaffa (FC)
2. Pn Zawiah Dollah (Ketua)
3. Pn Wan Faridah Wan Abdullah
4. Pn Sh Aisyah A Rahman
5. Pn Zaiton Said
6. Pn Nor Adila Ali
7. Pn Rabeah Mustaffa
8. Pn Khadiajh Sulaiman
9. Pn Norizah Nawawi
10. Pn Azizah Zakaria
11. Cik Najwa Addawiah Tajuddin


Majlis Penutup dan pembahagian hadiah di rasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia.