Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

13 June 2012

cuti tapi tak cuti

Assalamuaalikum wbt.
Salam kawan-kawan. Cuti pertengahan tahun 2012 sudah pun berakhir. Nampaknya sebahagian daripada cikgu-cikgu tidak bercuti pun. Ha macam mana tu? banyak kerja-kerja yang sepatutnya dilaksanakan memerlukan masa untuk menyelesaikannya. Maklumlah, minggu sebelum cuti telah diadakan pepriksaan pertengahan tahun.


 Pada setiap tahun guru digesa, dimotivasikan, diberi "peringatan" tentang peranan dan tanggungjawab guru dalam ucapan perasmian hari guru di sekolah masing-masing.


Gambar hiasan : Sebahagian daripada hadaiah hari guru dari pelajar saya. Sangat terharu sekali.

Jadi bila tiba musim cuti sekolah cikgu terpaksa menanda kertas peperiksaan pelajar dan seterusnya masukkan data analisa peperiksaan. Kerja-kerja merekod keputusan peperiksaan juga memakan masa. Manakan tidak, markah itu akan dimasukkan ke dalam SAP, epantau, buku rekod guru, buku rekod prestasi pelajar dan sebagai lampiran tertentu jika diperlukan daripada masa ke semasa.

 Ada juga sekolah yang mengadakan kelas tambahan, bengkel, seminar teknik menjawab dan kem mata pelajaran. Malah ada cikgu yang menjadi pengiring pelajar bagi program lawatan sambil belajar. Begitu lah rutin tugas cikgu yang memerlukan masa bertugas di luar waktu persekolahan termasuk hujung minggu. Kami para guru telah lali dengan arahan dan peraturan daripada pihak sekolah. malah ada antara kmai yang melakukannya secara sukarela tanpa arahan daripada mana-mana pihak bergantung kepada keadaan yang memerlukannya.


Pelajar-pelajarku : Mereka adalah jiwa bangsa. Pewaris jenerasi menterbilangkan negara di masa depan. Adakah kami berjaya merealisasikannya?

Tapi apa yang lebih penting kepada kami ialah kemenjadian murid yang dibawah didikan kami. Bagaimanakah mereka menghabiskan masa pada musim cuti sekolah. Adakah ibu bapa memantau aktiviti anak-anak mereka sepanjang musim cuti itu? Pada musim cuti persekolahan murid-murid diberi tugasan "homework" daripada guru mata pelajaran masing-masing. Sebaik sahaja sekolah dibuka tugasan mereka disemak oleh cikgu-cikgu dan jangan terkejut, ada didapati sebahagian daripada pelajar itu langsung tidak membuat kerja-kerja tersebut.........Apa yang seharusnya cikgu lakukan?

Mendidik pelajar remaja lebih susah berbanding mendidik pelajar kanak-kanak.....

Mendidik dan mengajar anak-anak zaman sekarang amat susah. Ia memerlukan pengorbanan, kebijaksanaan, kepimpinan unggul, kewibawaan dan kemahiran keibubapaan yang tinggi. Tanggungjawab dan amanah ini seharusnya dipikul dengan penuh kesedaran dan komitment yang tidak berbelah bagi.