


Antara pelajar yang mendengar ucapan pidato daripada pelajar yang memenangi pertandingan Pidato sempena Hari Sambutan Maulidur Rasul.
Baru-baru ini diadakan beberapa pertandingan dikalangan pelajar sekolah di negeri Terengganu sempena menyambut hari kelahiran Nabi kita, Muhammad SAW. Antara yang dipertandingkan ialah, Perarakan Maulidur Rasul, Pertandingan Pidato Menengah Atas Lelaki dan Perempuan serta Penulisan Khat Peringkat Atas.
Alhamdulillah sekali lagi SMAASZA telah mencatat kecemerlangan dengan memenangi beberapa acara yang dipertandingkan itu.
Antaranya laiah Johan Pidato Lelaki dimenangi oleh Saudara Ahmad Naqiuddin b Kadir dari SMAASZA, Johan Pidato Perempuan juga dimenangi oleh pelajar SMAASZA iaitu Saudari Che Khairunnisa bt Che Engku Razali.
Manakala bahagian Penulisan Khat juga diungguli oleh pelajar SMAASZA dengan menjuari keseluruhan pertandingan itu. Tidak ketinggalan juga SMAASZA turut menjuarai pertandingan Perarakan Maulidur Rasul. Sekolah menerima hadiah sebanyak RM2000. Tahniah.
Tahniah kepada pelajar SMAASZA. Anda menjadi pelajar harapan. CEMERLANG KOKURIKULUM, CEMERLANG AKADEMIK dan CEMERLANG SAHSIAH hendaknya. Mudah-mudahan hasrat negara untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan akan berhasil.
Tahniah kepada PK Koko yang aktif dan gigih, Pn Zalina bt Hassan.