Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

28 December 2011

Di sempadan ini. . . .



Dalam pencarian ini, setiap langkah tergelincir. Sedetik waktu, sehela nafas didalam genggamanNYA. Kita pasrah dalam berusaha, redha dengan ujianNYa berdoa dan berserah. . . .begitu lah hidup kita. Sentiasa didalam kawalanNYA.
Setahun sekali mendapat rawatan kesihatan. Rutin hidup masa kini. Mencegah lebih baik daripada mengubat. Namun masa kita dijemput olehNYA tak kira siapa kita, samaada sedang sakit, sedang ketawa, sedang bermain , bahkan sedang sihat walafiat, kalau ajal sudah sampai kita tidak boleh menolak walau sesaat.
Subhanallah. RahmatMU tidak ternilai, tidak terhitung. Hanya hambaMU yang masih alpa dan selalu lupa akan janji-janji MU.
Sempadan dan jangkawaktu yang diberi seharusnya kita jalani dengan penuh keinsafan dan keimanan. Kesihatan yang baik itu adalah suatu anugerah yang sangat berharga dan bernilai. Wallahualam.

Penyakit sambil lewa. . . .

Berniaga kecil-kecilan dari warung tepi jalan hingga ke kedai makan yang lebih besar, satu permulaan yg baik.


Bermula dengan berjualan di warung di tepi jalan, membuka kedai makan di kampung dan akhirnya berjaya membuka sebuah restoran yang besar, bertaraf antarabangsa merupakan satu kejayaan yang cemerlang.

Sambil lewa, main-main, hendak tak hendak, berlengah-lengah, pandang ringan. tidak serius apabila dalam melakukan sesuatu pekerjaan adalah sikap orang yang tidak berdaya maju. Semestinya mereka tidak mampu untuk bersaing dalam apa jua perkara dan apa jua bidang yang diceburi.

Asal siap, asal ada, asal hadir, asal masuk, asal menyertai, asal cukup adalah beberapa contoh sikap negatif yang masih menebal tanpa kita sedari. Untuk mencapai sesuatu matlamat, target seharusnya tinggi, reasonable, dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Sikap ala kadar, tidak bersungguh-sungguh akan mengundang kegagalan.

Dunia sekarang penuh dengan persaingan, walau dalam apa jua perkara dan apa jua bidang sekalipun. Jadi hendak tak hendak. kita perlu ada vaksin untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik serta dapat memuaskan hati diri kita sendiri.

Sektor swasta contohnya, untuk melonjak sesuatu kejayaan, pengalaman dan kemahiran yang diambil kira tanpa melihat sijil. Budaya kerja yang kreatif dan inovatif amat lah didamba untuk menjana kecemerlangan sesebuah organisasi. Bos-bos di pejabat swasta terutama berbangsa cina sangat berdaya saing dalam mencapai sesuatu hasil kerja yang berdaya maju dan berprestij.

Begitu juga dengan pelajar masa kini. Tuntutan yang pelbagai bentuk semakin hari semakin mendesak. Oleh itu mereka seharusnya mempersiapkan diri, cemerlangkan pencapaian peribadi, tingkatkan budaya kerja, ada jati diri, tanamkan budaya persaingan yang sihat. Seperti contoh, orang India telah bertekad akan melahirkan zuriat sekurang-kurang nya seorang daripda ahli kelurganya termasuk didalam kumpulan sehingga ke peringkat profesional.
Rezeki secupak tidak akan jadi segantang, boleh juga ditukar kepada rezeki secupak , insyaallah akan jadi segantang malah 10 gantang. Namun konsep rezeki ini harus diingat bahawa ia tetap datang dari Allah yang menentukan mengikut kehendakNYA kepada hambaNYA.

Konsep tawakkal dan berserah seharusnya bermula dengan cita-cita. Sesungguhnya Tuhan tidak akan menzalimi hambaNYA melainkan umatNYA sendiri yang menzalimi diri sendiri.
Jangan takut untuk gagal. Berjuang untuk mencapai kejayaan demi kemajuan diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan tanah air adalah jua suatu ibadah. Wallahualam.