Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

25 March 2012

Trip ke Korea Selatan...

Korea Selatan, sebuah negara yang saya pernah impikan untuk menjejaki kaki, rupanya telah menjadi kenyataan. Mungkin saya agak bernasib baik dan sudah menjadi rezeki , saya berpeluang mengikuti satu rombongan bersama-sama dengan sekumpulan guru, pengetua dan pegawai-pegawai JHEAT bhg Pend, Terengganu. Terima kasih yang tidak terhingga dengan hadiah yang tidak ternilai ini. Akan ku abadikan sebagai sebuah kenangan berinformasi dan amat bermakna.

Panoramanya, bentuk muka bumi, suasana, sosio ekonomi, budaya, makanan, dan sebagainya , amat berbeza dengan di negara kita Malaysia.
Kebetulan pula musim sejuk, winter. Suhunya antara -6 dan -2 darjah celsius. Kelihatan di sana sini di perjalanan dihiasi dengan pokok-pokok yang tinggal hanya  batang dan ranting sahaja. Tapi tetap cantik dan redup mata memandang.

Negara maju

Bergambar di hadapan hotel.....Prime in Seoul.

Kami sempat berkunjung di Kedutaan Malaysia di Korea Selatan.

Bersama dengan Duta Besar Malaysia di Korea Selatan TYT Dato' Ramlan Ibrahim

Makan malam di Kediaman Duta Besar Malaysia di Korea Selatan.

Kelihatan Duta Besar Malaysia di Korea Selatan, TYT Dato' Ramlan Ibrahim sangat mesra melayani rombongan kami makan di kediamannya.

Sedang mendengar taklimat yng disampaikan oleh Timbalan Duta Malaysia di Korea Selatan.

TYT Dato' Ramlan Ibrahim  sedang berucap.

Bergambar kenangan di pekarangan kedutaan.


Di hadapan Istana lama yang sudah tidak digunakan lagi.

Masing-masing beli ginseng....

Lapar .............berhenti makan tengahari.


Di hadapan hotel

Jalan-jalan melihat panorama kota .......
kepesatan pembangunan yang begitu mengagumkan, sesuai sebagai sebuah negara maju.

Bergambar di hadapan sekolah , Banpo Science School.

Mee sup korean.......

kim chi dan sengkuang jeruk, makanan tradisi orang korea.

Delegasi kami: Guru, Pengetua dan Pegawai Pendidikan, JHEAT.


Jamu mata

Shopping.......

Lauk pauk korean:
panggang, bakar, rebus, celur, stim,..semua tanpa minyak dan santan. Baik untuk kesihatan. Tapi kalau dah tekak melayu, susah sikit lah. Asyik teringat ikan percik, nasi dagang, budu dan "ppoyok" sokmo weh.

Lapangan Terbang Incheon,South Korea.

Istana lama...

Di pekarangan masjid.........

Masjid di Seoul tersegam megah...

Membeli tiket nak masuk ke Pulau Nami ....

Naik feri ke Nami Island, hanya 5 minit...

Nami Island

Pemandangan yang cantik

Sempat bergambar,,,,hehe, suka2 aje.
Menurut tuorist guide kami, Nami Island ini menjadi terkenal setelah drama Winter Sonata menjadi menjalani penggambaran di sini. Pada mulanya tuan punya tanah ingin menjualnya kerana tanah ini terpencil dan tidak mendatangkan hasil. Tetapi Nami Island ini mula menjadi terkenal seiring dengan terkenalnya drama Winter Sonata yang menjadi kegilaan penonton sedikit masa dulu. Banyak kenangan diabadikan di Pulau ini yang berkaitan dengan adegan-agena kisah pecintaan dalam drama itu. Sekarang beliau telah menjadi kaya raya dan bergelar jutawan kerana ia merupakan sebuah pulau yang menjadi tumpuan pelancong serata dunia. Pulau ini juga dinamakan sempena nama tuan tanah tersebut, Encik Nami.



Kelihatan salji masih memutih...

Kawasan bermain Ski


Lunch --------korean style sokmo.


Hotel penginapan kami

Strawberry farm

Manis bersari..............sejuk. Sungguh sedap.