Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

23 November 2011

Rahsia halia dan lengkuas sentiasa segar....

Halia dan lengkuas yang siap dipotong

Halia dan lengkuas sering kita gunakan untuk memasak terutamanya ketika mamasak lauk pauk. Disini ingin saya kongsi dengan anda semua bagaimana untuk mengekalkan aroma dan rasa kesegarannya kekal sentiasa. Sebaik sahaja kita membelinya kita hanya menggunakan sedikit sahaja dan yang selebihnya untuk digunakan pada masa lain pula.

Apabila kita menyimpannya begitu sahaja, ia kan memburuk, kadangkala mengecut dan kering begitu sahaja, sebab bukan setiap hari juga kita gunakan halia dan lengkuas ini.

Sebaik sahaja kita dapatkan halia dan lengkuas ini , hendaklah kita kupas kulitnya dan potong nipis-nipis. bubuh dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk di bahagian penyimpanan beku (freezer). Gunakan mengikut keperluan anda dari masa ke semasa. Senang saja kan?
Selamat mencuba!