Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

10 March 2010

SPM 2009 Negeri Terengganu Cemerlang

Selepas kecemerlangan yang dicatat dalam keputusaan UPSR dan PMR 2009, Negeri Terengganu sekali lagi memperolehi kecemerlangan dalam SPM 2009. Gred Purata Sekolah (GPS) diperingkat Kebangsaan ialah 5.34 manakala Gred Purata di peringkat negeri Terengganu mengatasi GPS peringkat Kebangsaan, iaitu 5.08.

Tahniah kepada semua guru penjana minda negeri Terengganu diatas pencapaian yang telah diperolehi dalam SPM 2009. Kejayaan yang diperolehi adalah peningkatan yang merangkumi segala aspek, iaitu peningkatan dari segi Gred Purata Sekolah, peningkatan kualiti dan kuantiti gred A bagi subjek dan peratusan lulus keseluruhan.

Berikut ialah senarai ranking 20 sekolah yang telah mencatat kecemerlangan dalam SPM 2009 dan seterusnya melonjakkan negeri Terengganu dalam kualiti pengajaran dan pembelajaran, khususnya pada peringkat peperiksaan persijilan SPM 2009.

1. Sekolah Sains Terengganu (SESTER)..................................GPS - 1.841
2. SBPI Batu Rakit, Kuala Terengganu....................................GPS - 1.878
3. Sekolah Men Keb Lembah Bidong........................................GPS - 2.078
4. MRSM Kuala Terengganu......................................................GPS - 2.053
5. Sek Men Sains Sultan Mahmud...........................................GPS - 2.097
6. MRSM Kuala Berang, Terengganu.......................................GPS - 2.115
7. SMKA Sheikh Abdul Malik, K Terengganu..........................GPS - 2. 140
8. SM IMTIAZ Kuala Terengganu............................................GPS - 2. 188
9. MRSM Kota Putera, Kg Raja, Besut Terengganu.................GPS - 2.308
10. SMK Tengku Mahmud, Besut.............................................GPS - 2.359
11. SMA Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.........GPS - 2.371
12. Sek Men Sains Dungun, Terengganu.................................GPS - 2.397
13. MRSM Yayasan Terengganu, Besut...................................GPS - 2.436
14. Sek Men Keb Mat Lagam, Kemaman.................................GPS - 2. 563
15. SM IMTIAZ Dungun, Terengganu.....................................GPS - 2.569
16. SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu...............................GPS - 2.769
17 SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.......................GPS - 2.795
18. SMK IMTIAZ, Kuala Berang..............................................GPS - 2.800
19. SMK Chukai, Kemaman, Terengganu...............................GPS - 2.823
20. SMKA Kuala Abang, Dungun Terengganu........................GPS - 3.042

Tahniah!!!!! Semoga SPM tahun 2010 akan menghasilkan lebih ramai lagi pelajar cemerlang dan Terengganu akan terus cemerlang dalam bidang pendidikan.


SPM 2009 SMAASZA CEMERLANG

Pelajar terbaik SPM SMAASZA 2009, Ainatul Mardiah (kiri sekali) yang menperolehi 12A+ dan rakan-rakan, Nik Aina Shuhada, Nurul Nazirah dan Samihah gembira dengan keputusan yang diterima.

Pelajar cemerlang SPM 2009 bergambar dengan Pengetua (tengah, bawah) Penolong Kanan (duduk dari kiri), Penolong Kanan Koko (duduk yang ke 3 dari kanan) dan Ketua Bidang, Pn Wan Farisah dan Pn Mardiana (duduk kanan sekali)

Para pelajar sedang mengambil keputusan daripada guru kelas masing-masing. Kelihatan juga Cg Zaiton (tudung purple) selaku Pengurus Program Kecemerlangan SPM sedang bersama-sama pelajar. Cg Zaitun adalah guru cemerlang Add Maths dalam SPM 2009 Tahniah!!!!

Pelajar cemerlang aliran Thanawi Mohd Naqiuddin sedang bersalaman dengan bapanya. Disebelah kanannya ialah Pn Ustazah Wan Farisah ibunya yang merupakan seorang tenaga pengajar di SMAASZA.

Pn Rohana Omar ternyata gembira apabila kesemua pelajarnya mendapat A dalam subjek Sains SPM 2009.


Keputusan SPM 2009 diumumkan hari ini. SMAASZA mencatat keputusan yang agak memberangsangkan, dimana 5 orang pelajar daripada Aliran Thanawi dan 1 orang daripada Aliran Sains masing-masing mendapat Straight A+. Peratus kelulusan adalah 100%. Jumlah pelajar adalah 105 orang.

12A - 1,
11A - 1,
10A - 8,
9A - 13,
8A - 12,
7A - 12,
6A - 14,
5A - 13,
4A - 9,
3A - 11,
2A - 8,
1A - 3.
JUM -105