Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

28 January 2012

Taman Rekreasi Masjid Terapung

Tasik Masjid Terapung : Masjid Tengku Tengah Zaharah

Taman Awam Kuala Ibai, Taman Reakrasi Masjid Terapung, Lagun Kuala Ibai,, adalah nama yang sering digunakan orang yang berkunjung ke sini dan memang bukan asing lagi bagi penduduk negeri Terengganu,, khususnya. Sebuah masjid yang dinamakan Masjid Terapung atau Masjid Tengku Tengah Zaharah dibina tersergam indah sebagai mercu tanda taman ini. Memang cantik dan mengasyikkan. Malah ramai pasangan pengantin yang memilih masjid ini sebagai tempat acara akad nikah di hari bahagia mereka.

Deretan pokok kelapa menambahkan lagi keindahan alam semulajadi yang ditonjolkan. Sejuk.

Kelihatan kereta yang membawa keluarga untuk beriadah dan melakukan aktiviti lain, seperti jogging, mandi manda, berkelah, barbeque, memancing dan lain-lain lagi.

Aktiviti kegemaran, kami berkelah. Memang seronok dan terasa nyaman dan rileks sekali.

Nyaman, damai tenang, permai dan sangat menyegarkan...

Nun jauh kelihatan air laut, manakala tempat saya berdiri itu adalah muara sungai.....lagun.

Gabungan alam yang harmoni dan semulajadi, muara sungai dengan tasik dan pertemuan laut dengan muara sungai. . . Apabila air pasang, akan berlaku pertembungan aliran air laut dan air sungai, dimana airlaut mengalir deras menuju ke sungai, fenomena penciptaan Ilahi Yang Maha Berkuasa, ya Rob.

Saya tersempak dengan seorang suami yang sedang menimbus separuh badan isterinya dengan pasir pantai di tepi laut, muara sungai itu. Mereka memberitahu sudah beberapa bulan mereka datang melakukan ativiti itu setelah si isteri terkena stroke dan tidak dapat berjalan. Alhamdulillah, sekarang dia sudah berjalan semula , walau terpaksa dipimpin. Namun yang penting ada perubahan yang positif kepada tahap kesihatannya. Saya yakin dengan ketabahannya serta dengan kuasa Yang Maha Esa, dia akan pulih sepenuhnya pada satu hari nanti.

Garam adalah salah satu egen penyembuh. Berendam dalam air laut dan pasir pantai banyak faedahnya dari segi kesihatan, seperti untuk pesakit gout, kebas-kebas tangan dan kaki, stroke dan juga lenguh-lenguh badan. Jomlah kita datang beramai-ramai. Udara pantai memang menyegarkan dan menyihatkan dan boleh menyembuhkan penyakit-penyakit yang tertentu. Malah bukan saja kita dapat menikmati keindahan alam dan berekreasi, tetapi juga boleh melakukan aktiviti yang seakan-akan seperti di spa!

Bunyi alam semulajadi yang fresh ialah bunyi ombak. Ahli sains mengatakan bahawa bunyi deruan ombak ada kaitan dengan gelombang otak. Ia membolehkan mengurangkan tekanan darah dan stress. Oleh sebab itu ada pereka cipta yang mereka alat atau mesen yang boleh mengeluarkan bunyi seperti ombak, iaitu sebagai salah satu alat terapi kesihatan.

Berada di bawah sinaran matahari pagi untuk 10-20 minit sudah cukup untuk mendapatkan vitamin D. Ia berupaya merangsang kelenjar pituitary otak yang bertanggung jawab untuk mendapatkan tenaga dan menstabilkan emosi dan perasaan. Walaubagaimana pun sinar matahari ini sangat mudah di didapati, dengan hanya keluar dari tempat teduh di mana kita berada., dan tidak semestinya berkunjung ke pantai. Cuma udara dan cahaya di tepi pantai lebih berkualiti dan fresh. Amalkan lah cara hidup sihat. hehehehe.

Udara laut memang bersih. Ia mengandungi ion-ion negatif dan berkemampuan mennyahkan toksin dalam oksigen. Ia sangat baik untuk mereka yang berpenyakit seperti alergi, depresi dan migrain. Oksigen pantai sangat berkualiti untuk dihirup, ia sangat semulajadi.

Alatan permainan untuk kanak-kanak juga disediakan. Tapi yang ini bukan kanak-kanak lagi, dah separuh abad pun, hahahahahahaha.

Pokok-pokok palma (pinang) yang sedang ranum berbuah ini menjadi penghias taman.

Berjalan-jalan di pasir pantai lebih memerlukan tenaga. Otot-otot bekerja lebih keras berbanding berjalan ditanah yang biasa. Kajian menunjukkan, ketika berjogging di pasir pantai kita memerlukan 5 kali banyak tenaga dan boleh membakar kalori sehingga 50% lebih daripada biasa.

Ada orang kata aroma pantai boleh membuatkan kita betul-betul jadi rileks dan meredakan stress. Servis di spa seperti penyediaan bau bungaan yang wangi, lilin beraroma, losyen badan , juga boleh kita dapati di pantai...ianya semulajadi.

Sesekali bertukar arah angin tempat makan dan lepak-lepak bersama keluarga memang menggembirakan. Ia juga boleh menambah kemesraan dan kasih sayang antara ahli keluarga.